Projek buat kek pandan ni adalah khusus untuk bekalkan Fatihah ke tadika pada hari Jumaat baru-baru ini. Tadika Fatihah memang tak sediakan makanan pada hari Jumaat yang mana pada hari tersebut, pelajar digalakkan untuk membawa makanan dan berkongsi makan bersama kawan-kawan.
Disebabkan agak malas nak buat kek yang kena sukat tepung dan gula. Saya hanya beli tepung kek segera jenama Nona. Hanya perlu tambah 4 biji telur je kalau ikut arahan kat kotak. Tapi saya suka-suka tambahkan sedikit esen vanila dan 'ovallete'.
Kek yang siap dibakar. Sekarang kalau buat kek, saya suka gunakan bekas aluminium seperti ini.
Hasil kek yang dipotong. Boleh tahan sedap rasanya. Saya berpuashati dan sekarang mengulang untuk kali kedua beli tepung kek 'instant' jenama yang sama tetapi untuk perasa kek marble pula. Cumanya, bila masa adunan tersebut bertukar menjadi kek? Tunggulah bila masa saya rajin dan tergerak untuk membuatnya.
0 comments:
Post a Comment