Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Thursday, August 17, 2017

Harraz Masuk Taska

Muhammad Harraz akhirnya dimasukkan juga ke taska.  Kalau diikutkan perancangan untuk masuk taska ni sejak awal tahun lagi tapi disebabkan hati mama yang berbolak-balik dan juga wan yang kata tak payah masukkan, maka hajat nak masuk taska tu tertangguh sehinggalah ke bulan Ogos ni.  Itu pun sebab mama dan abah Hakim kesiankan wan yang tak berapa sihat sejak akhir-akhir ini.  Walaupun wan tetap berkeras kata tak perlu masukkan Harraz ke taska, tapi atas dasar sayangkan mak dan juga untuk kebaikan Harraz sendiri, kami tekad masukkan juga Harraz ke taska bermula 16 Ogos 2017.

Kemasukan ke taska ni pada umur 3 tahun memang dilalui juga semasa kakak Khadija dan Khairin Fatihah dulu.  Cumanya mereka lebih awal masuk ke taska berbanding Harraz.  Masa tu memang kami tekad nak hantar atas dasar anak-anak perlu didedahkan setahun lebih awal bergaul dengan rakan-rakan sebelum masuk ke tadika.  Hasilnya memang anak-anak yang dihantar ke taska ini lebih berdisiplin, pandai berkawan dan tak pakai lagi 'diaper' pada usia 4 tahun.  Mudah untuk hantar mereka ke tadika bila umur 4 tahun nanti.

Begitu juga dengan Harraz, ini juga sebagai persediaan dia pada tahun hadapan untuk masuk ke tadika.  











'Handsome boy' yang seakan-akan teruja nak ke sekolah.  Malam sebelumnya Harraz tidur agak lewat dari biasa.  'Excited' barangkali sebab dia tengok persiapan yang mama dia buat untuk dia ke taska. 























Harraz sejak dari 'baby' memang mudah sangat bangun pagi.  Bangun pagi seawal jam 5.30 pagi selalunya, tapi kadang-kadang terlajak juga dia ke 6.30 pagi.  Tapi itu masa yang paling lewat untuk dia.  Walaupun sebelum ni, wan yang jaga Harraz tapi kami amalkan sejak dia umur 6 bulan lagi dah mandikan dia sebelum kami hantar ke rumah wan.  Alhamdulillah, antibodi Harraz kuat sebab dia tak mudah dijangkiti selesema walaupun dibasahkan kepala setiapkali mandi.























Sebaik sampai ke taska, Harraz teruja "nak main taman", kata dia.
 












Sehingga petang, apa yang teacher @ pengasuh di Taska Comel Intelek laporkan dalam group 'Whatssapp', Harraz pandai berkawan dan 'happy' je.  













Taska Comel Intelek di Jalan Sungai Udang, Klang ni saya pilih sebab lokasinya antara jalan yang kami lalui untuk pergi dan balik kerja.  Aktiviti dan program taska ini merujuk kepada program di bawah Persatuan Taska Negeri Selangor.













Alhamdulillah.  Banyak yang Harraz dapat belajar disini nanti.













Ada hafalan surah-surah harian juga.























Belajar pakai bedak.



















Aktiviti baca buku cerita.

















Janji kamu 'happy' Harraz.  Jangan buat teacher marah sudah.







Tuesday, August 8, 2017

Muhammad Harraz @ 2 years 10 months

Pejam celik, pejam celik..... rasa macam cepat sangat masa berjalan sekarang ni.  Muhammad Harraz dah nak masuk 3 tahun lagi 2 bulan.  Alhamdulillah.























Harraz dah pandai macam-macam.  Pandai membahasakan dirinya dengan panggilan yang kadang-kadang 'adik', 'kita' atau 'Muhammad Harraz'.  Faham percakapan kita, cumanya masih sedikit pelat.























Handsome boy ni masih nak melekap menyusu badan terutamanya bila nak tidur.  Waktu lain dia tak kisah. 























Insha Allah, tahun depan Harraz dimasukkan ke tadika.  Sekarang ni, mama tengah 'survey' tadika yang terbaik buat Harraz.






Monday, July 31, 2017

Bertemu Sepupu-Sepapat

Gambar-gambar berhari raya bersama sebahagian anak, cucu dan cicit Allahyarham Haji Hashim bin Md. Isa dan Allahyarhamah Hajjah Mariam binti Daud. 
















































































































Semoga ikatan kekeluargaan dan ukhuwah ini berpanjangan sehingga ke akhir hayat.  Perancangan nak buat hari keluarga tu ada cuma perlukan masa yang sesuai untuk dapat kumpulkan semuanya.  Insha Allah, di satu masa nanti.  Semoga Allah menyatukan hati-hati kami, anak, cucu dan cicit serta keturunan Haji Hashim dan Hajjah Mariam untuk bersatu-padu.  Amin.






Friday, July 21, 2017

Warni-Warni Aidilfitri ~ Bila Kami Pergi Beraya














 












Warna-Warni Aidilfitri ~ Open House

Syukur Alhamdulillah, tahun ni ramai juga tetamu yang datang ke rumah.  Adik-beradik ada yang datang berulangkali.  Saya tak kisah, itu menunjukkan mereka selesa dengan rumah kami.

Tahun ni, saya agak rajin sedikit untuk meraikan lebih tetamu selain adik-beradik samada daripada sebelah keluarga saya mahupun abah Hakim, makanya beberapa kawan pejabat saya dan abah Hakim, jiran selorong dan kawan-kawan surau abah Hakim kami santuni dengan menjemput mereka makan di rumah kami pada petang 6 Syawal.

Menu ringkas yang kami pilih adalah nasi beriyani, kurma kambing, ayam masak merah, jelatah, papadom dan buah-buahan.  Lauk-pauk disediakan atas bantuan mak.  Manakala nasi beriyani 100% saya sediakan.































Kali ni memang tak sempat nak bergambar dengan semua tetamu kerana dari tengahari tetamu yang datang bersilih ganti.  Saya berikan masa sebelah tengahari untuk kawan-kawan, sebelah petang untuk jiran dan kawan-kawan surau, manakala petang hingga ke malam adik-beradik sahaja.  Alhamdulillah, lauk-pauk mencukupi tetapi nasi terpaksa di masak lagi kerana tidak mencukupi.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...