Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Monday, November 28, 2016

Ihtifal 2016

Alhamdulillah.  Kami masih diberi peluang untuk mengikuti Majlis Ihtifal Sekolah Islam Al-Farabi, Klang untuk tahun 2016.  Majlis yang diadakan khusus untuk meraikan pelajar-pelajar cemerlang sekolah rendah dan menengah Al-Farabi disamping penganugerahan sijil graduasi kepada pelajar tingkatan 5.

Perasaan saya sudah tentulah teruja sebab Khadija dan Fatihah akan naik pentas.  Teruja dan bangga melihat kejayaan anak-anak yang pada saya adalah hasil daripada usaha mereka sendiri disamping tunjuk ajar guru dan doa dari kami yang tidak pernah putus-putus untuk melihat kejayaan mereka.  Dengan izin Allah juga, tanpa keizinan 'Dia'..... semua ini tidak terjadi.  Alhamdulillah.














Lokasi majlis seperti tahun-tahun sebelum ini, Dewan Putra, Kampung Delek Kanan.














Perarakan masuk para graduasi.














Perasmian program.


Khadija duduk di dalam barisan penerima anugerah.


Salah satu keterujaan kami..... nak tengok Khadija menari.














Khadija ikut serta dalam tarian yang bersama kumpulan pelajar tahun 1.


















Biasalah, siapa tak kenal Khadija.  Kalau boleh semua acara dia nak masuk.  Alhamdulillah, walaupun dia aktif, pelajaran setakat ini tak diabaikan.

















Bangga melihat Khadija menari di atas pentas kerana mama dulu tak seberani Khadija.

 












Persembahan nasyid oleh pelajar sekolah menengah.














Acara yang dinanti-nantikan.  Bermula agak lewat tapi kami masih bersemangat menunggu.














Alhamdulillah.  Khadija masih mengekalkan tempat pertama dalam kedudukan kelas dan keseluruhan untuk tahun 3.























Hadiah diberikan bersekali untuk kedudukan dalam kelas dan skor A.  Alhamdulillah, Khadija dapat skor 10A daripada 12 subjek yang dipelajari.  Dua subjek Khadija tidak mendapat skor A/Mumtaz iaitu Sains dan Fekah/Tauhid. 























Tempat ketiga kelas Hafazan.  Alhamdulillah, Khadija dah melangkah ke kelas hafazan selepas berjaya melepasi kelas pra-tahfiz dan tilawah.  

Usaha yang berterusan juga perlu dari rumah bukan sahaja mengharapkan guru di sekolah.  Khadija dan Fatihah selalunya mengaji selepas solat subuh dengan dipantau bacaannya oleh abah Hakim.














Seterusnya, hadiah kedatangan penuh.














Jelas terpancar kepuasan pada wajah Khadija di atas usahanya untuk tidak ponteng sekolah walaupun tidak sihat.  Syabas Khadija, 3 tahun berturut-turut membawa balik hadiah kedatangan penuh.  Moral dan positifnya disini, ia dapat mendisiplinkan diri pelajar untuk komited dengan peraturan sekolah.















Lagi hadiah untuk Khadija.  Hadiah kedatangan penuh ke kelas tahfiz.  Alhamdulillah.














Alhamdulillah, Khairin Fatihah juga dapat hadiah.  Walaupun tak dapat hadiah 'top 3' dalam kelas, tapi mama dan abah bangga sebab Khairin dapat nombor 4 di dalam kelas 1 Bestari dan keseluruhan tahun 1.  Khairin memperolehi hadiah bagi skor 8A.  Tahniah, Khairin..... kamu juga sama bijak seperti kakak.























Mereka dan hadiah yang diperolehi.



Happy dengan kejayaan anak-anak.


Khadija dan kawan-kawan kumpulan tarian bergambar kenangan.

















Bersama ustazah-ustazah yang melatih persembahan mereka.















Seminggu sebelum hari terakhir persekolahan, Khadija menerima kejutan...... Khadija dinobatkan Tokoh Pelajar bagi tahap 1.  Pengumuman yang dibuat secara kejutan semasa program sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah.  Alhamdulillah.  

Hadiah berupa senaskhah Al-Quran dan baju.


4 beg diperolehi mereka pada tahun ini.  Syukur, dua tahun kebelakangan ini kami tidak perlu membeli beg dan alatulis kerana mereka berdua sering menerima hadiah di atas kecemerlangan mereka di sekolah.















Barisan hadiah alatulis dan buku yang mereka perolehi.  Bila tengok semua hadiah-hadiah ini, mama dan abah Hakim bersyukur kerana punya anak-anak hebat seperti kamu.  Alhamdulillah.  Ini semua ujian daripada Allah.  Semoga semua ini memberi kebaikan kepada kami.  Doa kami juga semoga kejayaan mereka berterusan ke tahun-tahun akan datang.







Wednesday, November 16, 2016

Sehari Di Perpustakaan Raja Tun Uda dan Taman Botani Shah Alam

Bulan Oktober dan November, terasa begitu sibuknya dunia kerjaya saya.  Sehinggakan terpaksa menggunakan cuti hujung minggu menyiapkan kerja di rumah.  Disebabkan inginkan keselesaan ruang kerja, saya putuskan untuk membawa anak-anak bersantai sambil menemani saya buat kerja di Perpustakaan Raja Tun Uda.  Khadija dan Fatihah pula, bila dengar je nak ke perpustakaan, masing-masing 'excited' dan tak sabar atas alasan dah lama kami tak bawa mereka ke perpustakaan.














Harraz yang masih tak faham, apa itu perpustakaan.  Tak tahu duduk diam walau seminit.













Nurin Syazwana, kawan Khadija ikut sekali.  Nurin ni boleh dikatakan kerap juga datang ke rumah kami.  Oleh kerana, Nurin pun tak banyak hal, maka tak jadi masalah untuk kami bawa dia ikut sekali.

 
Mewarna antara aktiviti yang pihak Perpustakaan slotkan untuk kanak-kanak.  Harraz pun kononnya ikut sama mewarna.














Kejap main, kejap membaca.  Itulah mereka.  Saya sebenarnya tiada bersama ketika ini, saya menyiapkan kerja di tingkat 2.  Mereka di bawah pengawasan abah Hakim yang melaporkan kepada saya secara bergambar dari masa ke semasa.























Inilah jadinya kalau abah yang jaga.  Tak ditegah apa anak nak buat. 























Akhirnya Harraz kecundang, tidur sekejap lebih kurang 30 minit sementara menunggu mama siapkan kerja.














Bangun dari tidur, kerja mama masih tak siap-siap lagi.  Khadija, Fatihah dan Nurin pun dah puas baca buku dan bermain.  Disebabkan mereka dah mula kelaparan, makanya abah Hakim bawa mereka makan dahulu di kafetaria perpustakaan tanpa mama.

Selesai kerja lebih kurang pukul 2.30 petang, terus sahaja mama ajak balik.  Tapi atas rengekan budak-budak yang masih tak puas berjalan, maka abah Hakim putuskan untuk bawa mereka ke Taman Botani, Shah Alam. 


















































Setelah puas berjalan dan sebelum balik, kami singgah isi perut yang kelaparan dengan minum petang di bawah pokok.  Memang 'enjoy' sangat kami pada hari tersebut.  Nurin pun nampaknya seronok, lain kali boleh ajak ikut serta lagi pengembaraan kami.







Sunday, November 13, 2016

Shell Out

Fenomena 'shell out' ni dah memasuki setahun tapi kami baru nak mencuba.  Itu pun disebabkan penangan viral.  Jadi untuk merasa tidak ketinggalan dan juga tak rajin nak cuba masak sendiri, kami putuskan untuk mencuba 'shell out' di kedai makan yang khusus menyediakan hanya menu ini di Kampung Raja Uda.

Berbaloi juga, dengan harga RM50.++ kami dapat set nasi untuk 4 orang, telur dadar dan air yang boleh ditambah seberapa banyak kali pun. 























Khairin yang pelik dengan cara makan 'shell out' sebab tak ada pinggan.























Kami.























Selfie-selfie.























Harraz yang teruja.














Khairin yang banyak tanya tapi akhirnya makan tak berhenti.























Khadija pun pelik, tak tahu nak mula makan macam mana.  

Alhamdulillah.  Penhujungnya semua puashati dapat merasa nikmat apa itu 'shell out'.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...