Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Monday, December 31, 2012

1001 Cerita

'Entry' kali ni saya rangkumkan beberapa cerita yang berlaku dalam beberapa hari dalam bulan Disember ni.  Setiap hujung minggu kami penuh terisi dengan pelbagai aktiviti.  Dipendekkan cerita memang tiada satu hujung minggu pun kami betul-betul berehat sehari suntuk di rumah. 



Gambar Khadija dan Fatihah dengan sepupunya Fariz dan mak cik Ain.















Aktiviti bermain di dalam 'khemah' ni kat rumah mak @ wan mereka.















Fariz yang agak lincah dan bijak tetapi bukan 'hyperaktif'.















Aktiviti seterusnya adalah ke 'used car' mencari pengganti kepada kesayangan kedua milik Hakim (selepas saya, Dija dan Fatihah).  















Pencarian kami berakhir di Jalan Sentul, KL.  Agak jauh tetapi berbaloi bagi kami.  















Kami adalah antara ibu bapa yang ke mana-mana pasti membawa anak-anak.  Bab ni memang Hakim tidak berkompromi dengan saya lagi-lagi pada waktu malam atau hujung minggu.  Walaupun anak-anak kami yang menjaganya wan mereka sendiri, kami tidak mengambil kesempatan untuk meninggalkan mereka dengan wan mereka kerana bagi Hakim waktu malam dan hujung minggu adalah waktu 'privacy' pengasuh walaupun mereka dibayar.  
















Aktiviti memasak ayam bakar ni adalah semasa cuti hari Krismas. Oleh kerana kami tidak merancang ke mana-mana, maka menu pada hari tersebut agak 'special' sedikit.  Seperti biasa, kegemaran kami sekeluarga iaitu nasi beriyani.  Gambar di atas adalah ayam yang sedang diperap bersama ubi kentang kecil.  Sedap sangat rasa ubi kentang yang dibakar.
















Jelatah timun.  Saya hanya letak gula, garam dan perahan limun sahaja.  Hasilnya sama juga seperti jelatah yang diletak cuka makan.
















Hasil ayam yang telah siap dibakar.  Agak garing sedikit di luar tetapi isi dalamnya ok.  Bahagian luar ayam saya lumurkan dengan madu.
















Ayam masak merah 'style' saya.  'Simple' janji ada rasa.  Agak mengecewakan sebab sampai sekarang masih tak dapat rasa yang sama macam ayam masak merah yang mak masak.
















Sebab kenapa kami tak keluar pada hari tersebut adalah kerana memanggil 'cleaner' pejabat Hakim membantu membersihkan rumah.  Selalu hujung minggu kami buat sendiri.  Tapi kali ni nak persekitaran rumah dibersihkan sekaligus seperti menyapu, mengemop, mengelap cermin tingkap, lap kipas, cuci keseluruhan 'toilet' termasuk dinding 'toilet' dan berus lumut di longkang sekeliling rumah.  
















'Cleaner' @ bibik yang sedang membasuh lantai luar.  Bibik ni datang dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.        Beliau mengenakan caj RM10.00 untuk tempoh 1 jam.  Di rumah kami beliau berada dalam 7 jam, so bayaran yang kami buat adalah RM70.00.  Bolehlah, daripada nak buat semua sendiri memanglah tak larat.















Gambar ni mula dirakam semasa kami sekeluarga 'shopping' di AEON Bukit Tinggi semasa J-Card baru-baru ni.  Kami ke sana selepas balik dari pejabat.  Sebaik mengambil anak-anak, kami terus ke Jusco ni.  Dah terbiasa membawa mereka walaupun dalam suasana dipenuhi orang ramai.  Kami masuk dari pintu tengah yang mana sebaik sahaja masuk, kami singgah di 'stage' yang mana ada pemberian hadiah sempena hari Krismas.  Tapi sebelum tu kena jawab soalan dulu.  Khadija yang agak berani, bila tahu ada hadiah terus nak turut serta menjawab soalan. 
















Ada 2 soalan yang ditanya kepada Khadija.  Kelakar, selamba je Khadija jawab walaupun salah.  Pengacara program minta Hakim bantu Khadija jawab soalan kedua sebab soalan pertama tadi dah salah.  Dengan dibantu oleh abahnya, akhirnya Khadija mendapat hadiah.  Walaupun hadiah yang diberikan kecil tapi mungkin besar bagi Khadija.  Yang paling 'best' saya lihat Khadija sangat 'sporting' dan berani mencuba nasib.

Itu sahajalah 1001 cerita kami.






Tuesday, December 25, 2012

Strawberry Celup Coklat Dan Donut Keledek

Strawberry celup coklat ni antara aktiviti saya dan Khadija sekembali dari klinik gigi.  Ianya dibuat pun atas permintaan Khadija yang beria-ia benar nak makan strawberry celup coklat yang menurutnya sedap semasa rasa di Cameron Highland.  Oleh kerana strawberry pun ada, saya hanya perlu membeli coklat masakan sahaja untuk projek tersebut.



Strawberry yang masih segar.  Separuh strawberry yang Khadija petik kami bagi teacher Atiqah.















Beria-ia Khadija nak buat sendiri strawberry celup coklat ni.















Setelah dicucuk lidi pencungkil gigi, saya suruh Khadija susun elok-elok strawberry tu dalam pinggan.















Gigih mencucuk lagi.















Dah hampir habis kesemua strawberry dicucuk lidi.  Semuanya Khadija yang buat.  Saya cuma 'double boil' kan cooking chocolate je.




Sebelum bagi Khadija buat.  Saya tunjuk ajar dia dulu.  Coklat tu saya 'double boil' kan dengan dicampur sedikit susu pekat manis.  Sengaja saya tambah susu, hasilnya strawberry susah nak melekat sepenuhnya dengan coklat.















Tangan Dija tengah celup coklat.
















Hasil celupan coklat.















Khadija minat betul dengan kerja mencelup coklat ni.  Mungkin sebab dia dah tak sabar nak makan.  Tapi  bila semua dah siap, yang habis dijilat Khadija dan Fatihah, coklatnya.  Manakala strawberry ditinggalkan.















Projek buat donut keledek ni juga pada hari yang sama.  Keinginan nak buat donut ni terdetik bila mana ada keledek yang turut dibeli semasa di Cameron.  Memang best donut keledek ni, lembut dan rasanya teramat-amatlah sedap dari donut biasa.















Sedang digoreng.















Hasilnya yang gebu dan lembut.















Donut ni 'favourite' budak berdua ni especially si kenit Fatihah.  Abah @ Hakim pun apa kurangnya.  Lebih kurang 16 ketul donut yang terhasil dihabiskan sekelip mata oleh kami.  Syukur atas nikmat.






Sunday, December 23, 2012

Ke Klinik Gigi

Keesokan hari selepas balik dari bercuti di Cameron, saya membawa Khadija dan Fatihah membuat pemeriksaan gigi di Klinik Kesihatan Pandamaran.  Ini merupakan kali kedua saya membawa mereka, kali pertama semasa bulan Jun tahun ni.  Pemeriksaan gigi ini adalah untuk setiap 6 bulan sekali.  Bukannya mereka ada masalah gigi, cuma saya nak biasakan mereka dengan pemeriksaan gigi seawal usia 3 dan 5 tahun.

Untuk makluman, pemeriksaan gigi untuk kanak-kanak dan dewasa adalah mengikut jadual yang ditetapkan hanya pada hari-hari tertentu sahaja.  Walau bagaimanapun, untuk cuti sekolah ni, pemeriksaan oleh kanak-kanak/pelajar boleh dibuat setiap hari (Isnin - Jumaat) samada pagi atau petang.















Saya memilih klinik kesihatan ni atas faktor dekat dengan rumah mak @ wan mereka.















Masih dengan hobi membacanya.  Kemana-mana pun Khadija pergi sekarang ni, buku sentiasa ada di tangan.















Tunjuk gigi.















Gigi susu Khadija saya lihat masih elok, tiada yang rosak kecuali satu gigi dihadapan dah rompong.  Manakala Fatihah giginya agak rapuh dan cepat rompong, hampir 3 gigi susu hadapan telah hilang dengan sendirinya.  Tujuan saya selain daripada pemeriksaan berkala, saya ada meminta doktor gigi membuang tunggul gigi susu yang tertinggal. Tetapi menurut doktor, saya hanya perlu membawa mereka untuk membuang tunggul bila gigi kekal keluar nanti.















Giliran Khadija.  Relaks je, kalau saya dah berdegup-degup jantung ni.















Giliran Fatihah pula.  Kedua-duanya tak takut langsung dengan doktor gigi.  Oleh kerana gigi Fatihah ni jenis yang cepat rosak, doktor ada menyapu sejenis ubat.  Saya tak pasti, apa ubat tersebut.



Untuk makluman rakan-rakan semua, klinik ni ada memberikan berus gigi dan ubat gigi percuma kepada kanak-kanak/pelajar yang membuat pemeriksaan gigi pada cuti sekolah ni.  Jadi, tunggu apa lagi, sekiranya ada kelapangan, bawalah anak-anak anda ke mana-mana klinik gigi kerajaan.  Tiada bayaran dikenakan bagi kanak-kanak yang belum bersekolah.  Kalau dah sekolah, perlu bawa GL dari sekolah masing-masing.






Friday, December 21, 2012

Hobi Baru Khadija

Syukur Alhamdulillah, Khadija dah pandai membaca dengan lancar tanpa perlu mengeja pada usia 5 tahun.  Mungkin bagi ibu bapa yang lain, anak mereka dapat membaca pada seawal usia 4 tahun.  Tetapi bagi saya dan suami, ianya merupakan pencapaian yang agak membanggakan bila Khadija dapat membaca pada usia ini.  Seingat saya Khadija mula membaca dengan lancar ni pada bulan September lepas.  Walau bagaimanapun, pendapat saya lambat atau cepat bukanlah kayu pengukur untuk kecemerlangan anak, namun ianya merupakan satu permulaan kepada pembelajaran anak-anak kita.  Tahniah kepada abah @ Hakim yang banyak berusaha melatih Khadija membaca di samping teacher Atiqah yang banyak membantu kami.















Apa yang saya perasan, semenjak Khadija pandai membaca ni, semua perkataan yang dipapar di kaca televisyen, suratkhabar, buku, majalah, kain rentang di tepi-tepi jalan, papan iklan kedai habis dibacanya.  Yang melucukan kami, iklan dalam bahasa inggeris pun dibaca dalam sebutan bahasa melayu.  Hinggakan suasana dalam kereta kedengaran lebih nyaring suara Khadija membaca daripada bunyi radio yang dipasang.















Kusyuk membaca sampai tak perasan saya sedang rakam aksi beliau.















Majalah Upin Ipin ni saya beli semasa di hentian R & R Tapah atas permintaan Khadija sendiri.  Sekarang ni saya banyak belikan Khadija bahan bacaan dalam bentuk buku cerita dan majalah kanak-kanak seperti Ana Muslim, Sayang Muslim dan Barbie.















Semasa dalam kereta pun Khadija tak jemu-jemu membaca majalah Upin Ipin.  Tengoklah Fatihah selamba je. 















Tak sedar lagi, mama sedang rakam aksi beliau.

Mama harap minat Dija dengan buku ni berterusan seperti kata slogan 'Membaca Itu Jambatan Ilmu'.






Wednesday, December 19, 2012

Cameron Highland, Kami Datang Lagi!

Lokasi percutian kami sekeluarga ke Cameron Highland adalah atas pilihan Khadija.  Percutian selama 2 hari 1 malam pada 11 dan 12 Disember 2012.

Fatihah dan Khadija yang teruja, tak sabar nak sampai Cameron. Gambar dirakam di hentian R & R Tapah.  Berhenti sekejap untuk 'breakfast' dan ke 'toilet'.

Kami bertolak dari Klang seawal jam 7.00 pagi.  Sampai di Ringlet dalam pukul 10.00 pagi.  Sebelum ke Brinchang, kami singgah di Bharat Plantation.  Masih dalam suasana pagi, cuaca ketika ni memang sejuk.  Tapi tak perlulah nak pakai 'sweater'.  Bukan apa, rimas.

Kami sekeluarga berlatar belakangkan ladang teh.



















Khadija yang semakin tembam bagai di pam-pam cuti sekolah ni. Percutian ni juga merupakan hadiah di atas kecemerlangan Dija dalam peperiksaan akhir tahun tempoh hari.  Bagi kami, biarlah pemberian hadiah seperti percutian ni lebih memberi kesan dalam ingatan dan dikenang. 


Mama dan adik Fatihah yang agak penakut.  Tak nak jalan sendiri, nak berpimpin tangan je.















'Loving couple' dunia akhirat.  Insya'Allah.


Menikmati keindahan alam.



Abah dengan anak-anak.















3 of us.


Lokasi ke-2 sebelum tunggu masa 'check in'.















Kami memilih Hotel Rainbow yang terletak di Brinchang.  Hotel ni hampir sangat dengan tapak pasar malam.  Sepanjang cuti sekolah ni, pasar malam di Cameron diadakan setiap hari.  Bilik yang kami pilih ni tak terlalu besar atau kecil, sesuailah dengan kami 4 beranak. Yang penting ada tv dan 'water heater'.  Kadar yang dikenakan juga berpatutan RM250.00.















Selesai 'check in', berehat sekejap di bilik.  Kami merancang untuk keluar berjalan kaki di sekitar tapak pasar malam dan terus makan malam.















Aksi 2 beradik.  Saya pakaikan mereka 'sweater' sebab cuaca di luar pada petang tu hujan berpanjangan. Dari kami 'check in' sampaikan ke maghrib, hujan turun dengan lebat.  


Bergambar sementara  menunggu abah ambil payung dari dalam kereta.  Berjalan sambil berpayung kami anak-beranak petang tu di Cameron Highland.















Sebelum cuci mata, singgah di KFC dulu atas permintaan Khadija. Waktu ni, kami berharap sangat hujan kat luar tu cepat-cepat berhenti. Susah nak berjalan dalam hujan dengan bawa budak 2 orang ni.  Nak berkereta lagilah tak praktikal, dengan jalan yang agak sesak memanjang di pekan Brinchang dan 'parking' yang terhad, lagi baik kami memilih untuk berjalan kaki memandangkan lokasi yang nak kami pergi tu hanya beberapa meter je dari hotel kami menginap.















Selesai redah hujan ke pasar malam dan terus makan malam di salah sebuah kedai makan yang kalau tak silap saya namanya Pak Nik Ikan Bakar, kami terus balik hotel.  Budak berdua ni bila dah sampai bilik terus buka baju, tak sabar nak berendam dalam 'bath tub' yang dipanggil kolam oleh mereka.  Mujur ada 'water heater', tak lah kami sejuk sangat.















Sarung tangan yang dibeli di pasar malam.  Selain tu, antara yang kami beli adalah 'fridge magnet', bantal strawberry dan 'souvenir' untuk anak buah.















Keesokannya, kami 'check out' seawal jam 8.00 pagi bagi meneruskan perjalanan ke lokasi-lokasi yang belum kami lawati. Bukan apa, nak mengelak kesesakan jalan di beberapa lokasi di Cameron ni.















Lokasi pertama yang kami terjah setelah 'breakfast' adalah taman rama-rama.  Tak ingat pula berapa bayaran masuk yang dikenakan kerana semuanya diuruskan oleh Hakim.















Kakak yang selamba.  Adik pula masih takut-takut.  "Apalah adik ni, dengan rama-rama pun nak takut, bukannya dia gigit".  Dialog Khadija mengusik Fatihah.















Khadija dengan teropong pemberian Pak Usunya.















Jantung hati mama dan abah.















Kami sayang kamu berdua.















Kami sekeluarga.















Kami lagi.  T-shirt hijau ni, Hakim beli semasa ke Krabi, Thailand akhir bulan November lepas.  Saya memang suka pakai baju yang sama warna kalau ke satu-satu lokasi.




Ke ladang strawberry dan memetik sendiri strawberry ni memang atas permintaan Khadija. Berkali-kali Khadija mengingatkan kami mengenai perkara ni. Bayaran yang dikenakan untuk masuk ke ladang strawberry ni adalah RM30.00 untuk 2 orang.  Dengan kadar tu juga, strawberry yang boleh dipetik untuk seberat 500 gm.  Sekiranya melebihi berat tersebut, kadar tambahan akan dikenakan.















Dua beradik yang teruja.  Teruja dengan sesuatu pelajaran baru bagi mereka.
















'Entry' percutian kali ni diakhiri dengan gambar mereka berdua dengan hasil strawberry yang dipetik.  Jelas kegembiraan di wajah mereka berdua.  Mama dan abah tahu, Khadija dan Fatihah seronok dengan percutian ni, sampaikan kamu berdua tak nak balik.  Lain kali, kita bercuti lagi tapi dengan syarat kamu berdua kena rajin belajar dan dengar cakap mama, abah, wan, atuk dan guru.  Cemerlang pendidikan kamu, baik budi pekerti dan akhlak, Insya'Allah berjaya dunia dan akhirat.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...