Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Wednesday, February 28, 2018

Nasi Goreng By Kakak Dija

Saya memang tak beri kebenaran untuk Khadija cuba-cuba memasak walaupun hanya menggoreng telur kerana khuatir jika dia cuai akan membawa padah.  Tapi memandangkan dia pun dah berumur 11 tahun, makanya kena juga mulakan tunjuk ajar sekurang-kurangnya cara menghidup dan mematikan api dapur masak.  Risau juga kalau terlalu ditegah nanti dia tak tahu langsung macam mana nak masak.

Untuk percubaan kali pertama memasak ni, bahan-bahan semua saya sediakan.  Khadija hanya diminta menghidupkan api dapur masak, memasukkan minyak dalam kuali dan menumiskan bahan yang ditumbuk sahaja.  Bagi dia hilangkan rasa takut kalau-kalau ada minyak terpercik dahulu.  Bila dah berani nanti, saya akan bagi dia buah sepenuhnya dari proses mula memasak hingga akhir.


















Nasi goreng kampung kurang pedas.


















Sempat juga Khadija masukkan dalam Instagram dia dengan caption berbunyi "First cook.  Baru nak belajar.  Sedih oh....." Banyak dapat 'liked' dari kawan-kawan dia.























Nasi goreng kampung kurang pedas yang sesuai untuk Khadija, Khairin dan Harraz yang memang tak makan pedas.






Thursday, February 22, 2018

Terapi Diri @ Window Shopping

Penghujung bulan Januari dan awal bulan Februari, apa yang saya perasan setiap tahun adalah musim mudah diserang demam, batuk dan selesema.  Cuaca tak menentu, sekejap hujan, sekejap panas berminggu-minggu antara penyebab yang mengganggu kesihatan kami.  Saya juga amat perasan bila tiba musim buah limau mandarin, walau hanya sebiji dimakan, kesannya akan batuk berpanjangan.

Harraz seminggu dicutikan dari ke tadika sebab demam dan batuk.  Mujur, Khairin demam pada hujung minggu, makanya sekolah masih diteruskan tanpa culas walau sehari.  Kakak Dija pula, demam agak teruk kali ni, tapi masih juga ke sekolah sebab nakkan kehadiran penuh.  Cumanya, satu hari dia diambil pulang lebih awal dari biasa tanpa perlu sambung ke kelas tahfiz.  Kehadiran masih dikira penuh menurut pihak sekolah sebab kedatangan telah direkodkan dan telah melebihi jam 10.30 pagi.  Alhamdulillah, anak-anak saya seorang yang komited dan berdisiplin tinggi.  Syukur.

Cerita hujung minggu kami pula sekarang ini sentiasa penuh dengan jadual.  Semenjak Khadija memasuki tahap 2 ini, setiap Sabtu perlu hadir ke kokurikulum.  Dia juga telah kami masukkan ke pusat tuisyen pada hujung minggu.  Disebabkan ini, aktiviti jalan-jalan kami pada hujung minggu agak terhad dan terkekang buat masa ini.

Makanya, pada cuti Tahun Baru Cina yang panjang baru-baru ini, kami habiskan masa dengan berjalan dan beriadah di Shopping Complex.




























Melayan kerenah budak-budak yang adakalanya menghiburkan, tetapi selebihnya adalah menggeramkan.





Thursday, February 8, 2018

Majlis Kesyukuran dan Tahlil Arwah

Alhamdulillah.  Awal bulan Februari 2018 dimulakan dengan majlis bersilaturrahim anak, cucu dan cicit Arwah Haji Hashim bin Md. Isa (atuk saya) dan Allahyarhamah Hajjah Mariam binti Daud (wan saya).  Syukur perjalanan Majlis Kesyukuran, Doa Selamat dan Tahlil untuk arwah atuk, wan, opah dan moyang serta pak cik, mak cik yang terlebih dahulu meninggalkan kami telah berjalan dengan lancar.

Majlis pula diadakan di rumah baru cikgu Amirah dan wan alang (mak saudara saya) yang bersebelahan dengan rumah mak cik Nor (adik saya).  Rumah di taman perumahan baru iaitu Taman Udang Kuning.  Bercerita mengenai taman perumahan ini, ianya merupakan tanah pusaka arwah wan Hajjah Mariam binti Daud yang ditinggalkan untuk anak-anak.  Tanah ini terletak di antara kawasan rumah-rumah kampung.  Disebabkan tiada sebarang perancangan adik-beradik mak untuk tanah ini setelah arwah wan tiada, makanya adalah lebih baik ianya dimajukan untuk taman perumahan.  Syukur Alhamdulilllah, Allah mudahkan urusan pembangunan taman perumahan ini secara usahama (Joint Venture) bersama pihak pemaju perumahan.  Dapatlah dalam 39 unit rumah teres.  Makanya, 9 unit rumah telah dipersetujui oleh pihak pemaju untuk diberikan kepada tuan tanah.  Daripada 9 unit itu, bahagian mak saya ada 2 unit.  Syukur Alhamdulillah.  Harga untuk setiap unit adalah mengikut  keluasan rumah yang mana harga maksima ketika ini adalah sekitar RM380,000.00.  Syukur Alhamdulillah.  

Al-Fatihah untuk arwah atuk Hashim dan wan Mariam.  Peninggalan pusaka arwah banyak untuk kami.  Saya sebagai cucu turut terkesan dengan peninggalan ini kerana tapak tanah rumah yang saya dirikan juga adalah daripada arwah atuk Hashim.  Syukur Alhamdulillah.  Saya turut menyimpan impian untuk mencari mana-mana tanah untuk dijadikan aset sepertimana orang tua dahulu buat untuk anak cucu.  Semoga impian ini Allah permudahkan.

















Sebahagian daripada kami yang datang awal.

















Majlis kenduri bertembung dengan majlis akikah anak sepupu kami.  Makanya, sepupu dari sebelah Kuala Lumpur tak dapat datang.


Di hadapan rumah baru mak lang.

















Susah juga nak mengumpulkan semua.  Setakat adik beradik saya memang akan ada tapi sepupu sepapat mesti ada yang tak dapat datang.


Dapat juga menyelit di hujung.

















Selesai tahlil dan doa selamat.  Apa lagi terus makan sebab jam pun dah menunjukkan pukul 2.30 petang.  Masing-masing sudah kelaparan.

















Mereka kanak-kanaklah paling 'excited' bila ada kenduri sebab dapat berkumpul dan bermain.  Tambahan pula, ada 'playground' dekat depan rumah mak cik Nor mereka ni.  Apalagi 'super excited' dari pagi sampai ke petang main buaian dan gelongsor.

















Orang surau.

















Makanan melimpah ruah hari tu sebab kami anak saudara mak lang masing-masing bawa kuih-muih.

















Ain semenjak dah masuk sekolah menengah ni dah tak nak main dengan budak-budak.

















10 tahun lagi, masing-masing dah remaja.

















Kakak Khadija yang dah semakin pandai 'mengelat' jaga adik.  Dalam kematangan dia, ada juga sifat keanak-anakan dia.  Masih nak main dekat 'playground', melompat dan memanjat.  Tak apalah, bagi dia peluang menikmati zaman kanak-kanak dia.

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar.  Terima kasih arwah atuk dan arwah wan.  Insha Allah, nama kalian sentiasa dalam ingatan kami.






















Semoga amalan dan kebaikan arwah atuk dan arwah wan menjadi ikutan kami cucu dan cicit legasi Haji Hashim dan Hajjah Mariam.  Al-Fatihah untuk arwah.






Wednesday, February 7, 2018

Menuai Hasil

Pisang tanduk hasil daripada berbudi kepada tanah.  Dimasukkan dalam blog ni untuk menjadi kenangan di kemudian hari.
























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...