Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Wednesday, February 26, 2020

Kejayaan Diraikan ~ Majlis Ihtifal SRI Integrasi Al Farabi 2019

Alhamdulillah.  Kejayaan Khadija dan Khairin diraikan.  Usaha mereka untuk tahun 2019 di dalam peperiksaan berbalas dengan kejayaan yang cemerlang.  Setinggi-tinggi penghargaan buat guru-guru yang mendidik mereka berdua.  Jasa kalian hanya Allah yang dapat membalasnya.





















Oleh kerana keputusan UPSR dan PSRA diumumkan sebelum cuti persekolahan, makanya hadiah tahun ini dibawa balik Khadija bertambah :-

1.  Pencapaian nombor 2 peperiksaan akhir tahun (berdasarkan keputusan percubaan UPSR iaitu 6A).
2.  Pencapaian Terbaik UPSR.
3.  Pencapaian Terbaik PSRA (Mumtaz).
4.  Anugerah Sahsiah Terbaik.
5.  Anugerah Kedatangan Penuh (rekod kedatangan penuh dari darjah 1 - 6).


















Khairin pula membawa balik hadiah untuk tamat hafazan dan anugerah kedatangan penuh.  Akhir tahun Khairin dapat nombor 4, tapi mama turut bangga sebab pertengahan tahun dia dapat nombor 1.  Boleh dibanggakan kerana Khairin daripada kelas pertama dan kedudukan keseluruhan juga adalah sama.  






















Syukur.  Kejayaan tak datang bergolek tapi atas usaha mereka sendiri.  Mama dan abah bangga dengan kalian.






Thursday, February 20, 2020

Khadija Amanina ~ Harapan Kami

Alhamdulillah.  Syukur kepada Allah pemberi rezeki kepada kami, anak yang sihat, bijak pandai dan baik pekertinya.  Sentiasa buat mama dan abah gembira.  Terima kasih Ya Allah, terima kasih Khadija Amanina.




















Jika ada kayu pengukur untuk kira pencapaian Khadija dan mama pada usia 12 tahun, pastinya mama ketinggalan di belakang, baik dari sudut akademik dan agama.  Khadija mula solat lebih awal dan tanpa culas, tutup aurat, rajin ulangkaji pelajaran buatkan mama rasa Khadija adalah anugerah terindah dalam hidup mama dan abah.  Tapi ingat, semua ini adalah ujian daripada Allah.  Semoga kejayaan ini jadi permulaan buat Khadija untuk terus berjaya di masa hadapan.  Yang pasti, bukannya susunan A yang dipandang dan dihitung di 'sana' nanti, tapi pastinya amal soleh, sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat diamalkan itulah yang akan membantu di alam kekal abadi.

Mumtaz anak mama dan abah.... Khadija Amanina binti Hakim.






Friday, February 14, 2020

2019 Tahun Mencabar

Alhamdulillah, syukur masih diberi nikmat hidup olehNya.  Setahun tiada cerita di blog ini.  Kekangan masa dengan tanggungjawab yang semakin bertambah menghadkan saya untuk memuatnaik gambar dan bercerita di blog ini. 

Tahun 2019 tahun yang mencabar.  Tahun di mana mak dan bapak diuji dengan kemerosotan kesihatan.  Mak mula menjalani proses rawatan haemodialisis.  Tahun yang saya ambil keputusan untuk Cuti Separuh Gaji untuk bantu apa yang perlu.  Alhamdulillah, dipermudahkan.  Dari sini saya belajar banyak perkara terutama dari sudut syukur.  Syukur masih diberi nafas, syukur punya keluarga yang bahagia, syukur punya kesihatan yang baik, syukur punya kerjaya dan syukur dengan nikmat Allah bagi mudah semuanya.

Kembali bertugas bulan Julai, selepas seminggu pula saya diuji dengan kemalangan kecil di rumah sendiri.  Insiden pagar rumah roboh menimpa kaki kiri.  Mulanya ingat tidak serius hanya luka sahaja kerana darah mengalir keluar banyak, ingatkan sekadar ke hospital untuk dicuci luka dan dijahit jika perlu, tetapi setelah di x-ray, barulah tahu satu jari kaki patah.  Makanya, dimasukkan terus ke Hospital Pantai dan menjalani pembedahan.  Allah bagi cuti yang benar cuti di mana 2 bulan bertongkat dan hanya duduk berehat dirumah.  Alhamdulillah.  Aturan Allah sebaiknya.  

Tahun 2019 berlalu dengan banyak kisah yang buat kami tersenyum bila mana anak-anak hadiahkan kegembiraan pada kami dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang.  Terima kasih Khadija, Khairin dan Harraz kerana telah buat mama dan abah berbangga walaupun baru permulaan tapi kami tahu itu atas usaha dan selebihnya Allah yang permudahkan.  

Nikmat apa lagi yang hendak saya dustakan?  Syukur Ya Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...