Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Friday, April 27, 2018

Sukan Al-Farabi 2018 ~ SAFAR

Bulan April tahun 2018, jadual saya agak padat dengan program.  19 April, seawal jam 7.30 pagi kami dah sampai ke Sekolah Kebangsaan Taman Gembira bagi meraikan sukan tahunan Sekolah Islam Integrasi Al-Farabi (SAFAR).























Pelajar tahap 1 diminta duduk berkumpul di dataran hadapan kantin.























Kesian Khairin bosan menunggu.  Datang awal jam 7.30 pagi, tapi acara sukaneka pukul 10.00 pagi baru bermula.

















Acara untuk pelajar tahap 2 dan sekolah menengah iaitu larian dijalankan di padang.  Agak menguji kesabaran juga sebabnya padang lecak teruk kerana petang dan malam sebelumnya hujan turun lebat.  Macam mana pun acara sukan perlu diteruskan walau dalam keadaan yang kurang selesa ini.


Lebih kurang pukul 9.30 pagi baru acara perarakan/perbarisan rumah sukan bermula.  Agak lewat sebab menunggu ketibaan tetamu VIP untuk merasmikan program.

















Khadija masuk 2 acara.  Satu telah dilaksanakan pada hari sebelumnya di padang sekolah.  Untuk acara tu, dia bawa balik pingat Perak.  Pada hari sukan berlangsung dia cuma masuk perarakan/perbarisan sahaja. 

















Khadija rumah biru sama dengan Faris.  Rumah biru mengambil Doraemon sebagai maskot pasukan mereka.

















Rumah merah bertemakan Boboiboy.  Rumah kuning iaitu rumah sukan Khairin pula bertemakan Spongebob.  Satu lagi rumah hijau tak pasti bertemakan kartun apa.


















Harraz yang menyibuk ke tengah padang sebab nampak kakak Dija dan kawan-kawan kakak yang kenal Harraz melambai-lambai panggil dia.

















Habis kaki Harraz terkena selut dan air lecak.  Mujur ada paip air.  Agak mencabar jaga Harraz sorang-sorang sebab abah Hakim tak ikut serta kami kerana ada tugasan lain.


Sementara menunggu giliran acara sukan mereka, Khairin duduk melepak dengan kawan-kawan.

















Sengaja skodeng pergerakan dan pergaulan Khairin dengan kawan-kawan dia.  Boleh tahan juga dia ni berborak dan melawak dengan kawan-kawan dia.  Ingatkan dia ni pasif tak ada kawan sebab apa Khairin ni 'moody' orangnya.

















Mujur acara tahap 1 dijalankan di gelanggang hoki.  Kalau di padang, habis kotorlah pakaian dan kasut mereka.

















Faris anak mak cik Nor yang masuk acara kepit bola.  Kesian kalah.  Tak dapat apa-apa pingat.  Tak apalah Faris, yang penting semangat kesukanan tu ada.  Lagi pun bukanlah dia penyebab kepada kekalahan.  Bila acara berpasukan mesti ada yang agak lambat pergerakannya.























Harraz yang asyik-asyik merengek.  Lepas satu, satu dia minta nak beli dekat gerai-gerai jualan yang disediakan di situ.  Kalau makanan atau minuman tu memanglah tak kisah, ni nak mainan.  Sabar jelah.


Dah penat dan bosan menunggu.


Monyok tunggu acara dia.


Akhirnya, dekat pukul 11.30 pagi baru acara sukan Khairin bermula.  Masa berlatih, dia masuk acara pakai kasut boot.  Tapi dihari sebenar, acara bertukar kepada golek bola dengan gelung disebabkan masalah teknikal.  Itu yang kami dimaklumkan oleh Ustaz.
 
 
Boleh tahan lincah juga Khairin ni.


















Penat mama menjerit bagi sokongan pada Khairin.























Alhamdulillah.  Dapat pingat Gangsa (nombor 3).


Khairin dan BFF dia, Khairunnisa.  Dia ni kawan Khairin dari tadika PASTI.  Yang peliknya bila masuk Al-Farabi, mereka berlainan kelas tetapi masih berkawan baik.  Akan rehat bersama setiap hari di kantin.  Cuma, Khairin ada cerita yang tahun hadapan Khairunnisa akan bertukar sekolah.  Pesan juga pada Khairin, jangan lupa minta nombor phone Khairunnisa supaya boleh berhubung nanti.


Khairin anak solehah.























Si pipi merah mama dan abah.






Thursday, April 26, 2018

Minggu Setiausaha 2018 @ Hotel Flamingo, Ampang

Alhamdulillah.  Rezeki saya tahun ini di bulan April berganda-ganda.  Bersyukur sangat sebab dihantar pihak pengurusan ke Seminar Setiausaha 2018 di Hotel Flamingo, Ampang. 

Seminar yang pengisiannya ada ceramah (LPPKN, KWSP, PERKESO dan Penganalis Jenayah), tips mendeko kek oleh Pengarang Buku "Hey, What's In The Oven" dan persembahan artis (Man Bai diiringi gitaris Along Exist).


Kami sampai lambat, dah separuh ceramah sesi 1 oleh LPPKN berjalan.  Lambat sebab kesesakan yang teruk ke Ampang.


Puan Zuriani dan MC seminar tersebut, Kieran.

 





















Ambil  peluang bergambar dengan Puan Zuriani.  Lemah lembut tutur kata orangnya.























Semua peserta diberi sebiji cupcake yang kemudiannya disuruh deko sendiri.  


















Hasil cupcake yang dideko saya.

 















Kami.

















Makan tengahari saya.

Program kursus ni, selain daripada pengisian program..... Beg goodies dan waktu makan adalah yang paling ditunggu-tunggu.

















Sambil makan, kami dihiburkan dengan nyanyian.


Dah 51 tahun umur Man Bai tetapi amat bertenaga memberi persembahan 5 buah lagu secara 'live'.























Kieran.























Penganalisis Jenayah, Kamal Affandi Hashim.  Kali kedua saya mendengar ceramah mengenai panduan menangani gangguan seksual di tempat kerja.  Pelawak juga dia ni rupanya.

















Ambil peluang bergambar.


















Bergambar lagi.

























Main phone masa ceramah KWSP dan PERKESO.  Hahahah, pengisiannya agak membosankan. 


Dulu masa zaman sekolah, tak pernahlah jawatan Secretary ni ada dalam senarai cita-cita saya bila dewasa.  Tapi siapa sangka, inilah kerjaya yang menjadi sumber rezeki saya.  

Saya bersyukur kerana telah memilih bidang ini sebagai kerjaya saya.  Kalau ditanya apa kepakaran saya?  Jawapannya menulis trengkas dengan kelajuan paling minima 80 perkataan seminit dan menaip dengan peratusan 99% kesalahan serta menyediakan minit mesyuarat serta-merta selepas mesyuarat.  Ya, saya berbangga dengan jawatan ini walaupun bukanlah memberi gelaran pangkat yang tinggi.  

Semoga keberkatannya menjadi catatan dalam timbangan amal saya kelak. 






Tuesday, April 24, 2018

Tahniah Perwiraku

Tahniah!  Pengiktirafan kedua kalinya dalam perkhidmatan abah Hakim dengan pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017.  Syukur Alhamdulillah.




















Semoga abah Hakim terus istiqomah dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...