Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Wednesday, October 28, 2009

Cerita Di Hujung Minggu

Cerita dimulakan dengan cerita petang Jumaat lepas. Lepas balik kerja, ambil kedua2 puteri kat rumah mak terus pergi Jusco Bukit Tinggi. Masa tu pembentangan bajet oleh PM sedang ke udara tapi disebabkan nak sangat pergi Jusco, kami teruskan juga. Alah, kalau dengar bajet pun takde bonus tahun ni untuk kakitangan awam. Walau apapun, saya bersyukur PM dah bagi RM500 hari tu. Bercerita pasal Jusco, saya sebenarnya nak cari VCD untuk Khadija, saja suka2 nak dia belajar melalui VCD.



Kami kat Jusco sampai 7.30 malam lebih kurang. Hakim kata lepas Maghrib baru balik.



Sambil tunggu abah solat Maghrib. Khadija yang nak melaram je sekarang ni.



Kesian Fatihah, kesejukan dengan air-cond Jusco ditambah hujan renyai2 kat luar. Kecil2 mama dah bawak g shopping sampai balik malam. Lain kali mama tak buat lagi ye. Tunggu Fatihah besar sikit ye.



Burger Hakim yang belum makan sebab nak solat Maghrib dulu.



Nilah VCD untuk Khadija tu. Geram sungguh bukan dia concentrate nak belajar tapi asyik tutup bukak VCD player gantikan lepas satu CD ke satu CD dia tukar. Tapi bila pasang kat komputer dia concentrate sikit.

Habis cerita pasal kat Jusco, pagi Ahad pulak, kami ke Tesco Setia Alam. Tujuan ke sana untuk shopping barang2 bulanan kami sekeluarga macam lampin pakai buang brand Huggies dan Pet-Pet (kalau nak tahu harga diapers kat kedai ubat lagi murah) tapi sengaja beli kat Tesco bulan ni sebab dah alang2 ke sana di samping barang dapur basah dan kering. Fatihah terpaksa bawa sekali sebab nak tinggalkan kat sape? Kami keluar awal pagi jam 8.45, dan sampai sekitar 9.15 pagi. Selesa sikit jalan tak ramai orang pagi-pagi kat Tesco.



Fatihah dalam stroller.



Khadija dengan botol susunya. Kedai pun banyak yang belum bukak masa tu.

Selesai membeli, terus balik dalam pukul 11.30 pagi dan saya meneruskan aktiviti memasak lauk makan tengahari yang simple je hari tu.



Petang Ahad, Khadija yang dah rimas ditukarkan baju. Khadija sekarang dah hampir2 nak meniarap dah.



Sedang berusaha dengan aktif.

Hari tu saya teringin nak cuba buat bubur kacang. Sebenarnya dah beberapakali buat tapi tak 'kick' sebab selalu guna santan kotak dan tak letak gula merah. Hari tu saya guna santan kotak, gula merah dan durian.



Seperiuk besar jadinya. Tapi tak macam mak buat jugaklah sebab kacang hijau agak terlebih kembang dan kurang santan kot. Apa2 pun rasa masih seperti bubur kacang lagi.

Thursday, October 22, 2009

Gambar Terkini Kakak Khadija & Video Klip Anak2 Mama

Kesian Khadija.....Kali ni baru ada entry tentang Khadija. Cerita pasal Khadija, dari sehari ke sehari makin menjadi2 perangai dia. Mungkin nakkan perhatian. Yelah, mama tak dapat nak lebih2 dengan Khadija lagi sebab dah ada baby. Mujur Hakim sentiasa layan kerenah Khadija.

Satu cerita pasal Khadija yang agak menggelikan hati iaitu dia suka cakap terbalik. Setakat ni 2 perkara dah saya perasan. Pertama, semasa dalam kereta, kalau dia duduk di kerusi depan bila dia nak ke kerusi belakang dia akan kata. "Nak duduk depanlah". Padahal tempat yang dia nak pergi tu di bahagian belakang. Mula2 saya tak faham, tapi bila dah faham......

Kejadian kedua, baru je berlaku. Khadija nak naik atas katil tapi dia kata "Nak turunlah". Hai Khadija, terbaliklah. Hakim cakap betulkan, dia keliru....



Baju yang Khadija pakai ni, mak usu yang jahitkan.



Nak melawa tiap2 hari. Sentiasa nak pakai baju baru.



Masa ni Khadija kena demam. Kesian dia.



Video klip ni dirakam semasa dalam kereta saya, menunggu Hakim collect duit sewa kat Sementa, Kapar.

Percubaan Yang Menjadi

Oleh kerana blog ni tercipta atas tujuan untuk merakamkan gambar2 dan aktiviti saya dan keluarga. So, saya disini nak mencoretkan cerita mengenai percubaan pertama saya memasak rendang yang menjadi.....fuh......macam yang mak saya masak. Rendang terhasil atas permintaan Hakim juga sebab dia nak sangat saya belajar masak lauk yang ala2 susah penyediaannya. Al maklumlah, Hakim dari keturunan Jawa, kurang makan rendang-rendang ni. Mujur ditemukan jodoh dengan anak Melayu Bugis Selangor tapi dibesarkan di Penang (mak saya) dan Melayu Perak (bapak saya). Dapatlah Hakim merasa lauk-pauk yang best2 dimasak oleh mak saya dan sekarang semuanya jadi kegemaran Hakim termasuklah nasi beriani.

Bercerita pasal masak ni, saya berterima kasih jugaklah kepada Hakim. Kalau dia tak galakkan saya mungkin saya akan malas memasak. Bukan malas, tapi sayang nak semak dan kotorkan dapur. Hehehe......Tapi bila dah masak rendang, rupa2nya senang je cuma nak sediakan bahan yang remeh.

Berbalik kepada cerita rendang tu, sorotan cerita seperti gambar di bawah :-



Isi kerang yang dah direbus dan dikopek hasil bantuan Hakim.



Bahan-bahan yang dikisar mula mendidih.



Masa ni bau best sangat. Rasa macam kat rumah mak pulak, kata Hakim sambil mengusik saya. Maknanya, walaupun belum masak tapi dah tahu mesti jadi rendang dan hasilnya pasti sedap nanti.



Dah masuk santan dan kerang. Tunggu sampai hampir kering.



Dah siap untuk dimakan. Oh ye, pada hari tu kami lauk rendang ni kami padankan dengan nasi lemak.

First Time Fatihah Di Bawa Keluar

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama Fatihah di bawa keluar. Masa dalam pantang ada 3 hingga 4 kali rasanya Khadija di bawa keluar. Jangan salah sangka, kami bukan keluar ke shopping complex atau untuk suka2 tapi bawa Khadija ke Klinik Kesihatan sebab Khadija kena demam kuning. Dalam 3 hari juga ulang alik ke klinik untuk dapatkan bacaan demam kuning, mujur tak teruk. Masih di bawah paras, so taklah kena tahan kat Hospital. Pastu masa umur 1 bulan kena ke Klinik untuk pemeriksaan saya dan baby serta suntikan.

Yang betul2 di bawa keluar adalah pada 11 Oktober iaitu sehari selepas cukur jambul. Taklah jauh sangat, tu pun sebab saya nak sangat ke kedai kain Nagoya, Tesco Bukit Tinggi, Klang. Apa lagi, Fatihah kami bawa tapi cuma duduk kat kedai makan Station Kopitiam dengan abah. Saya dan Khadija ke Nagoya dan 4 helai kain yang menambat hati saya telah dibeli.



Khadija yang makin pandai buat perangai.



Ye ye je anak mama si Khadija.



Anak mama yang baik, Fatihah yang tak banyak ragam.



Lena tidur terutama kat tempat sejuk.



Menu makanan kami tengahari tu. Al maklumlah dah habis pantang.

Terima Kasih Mak

Terima kasih mak, Hajjah Rohani binti Haji Hashim. Syukur Alhamdulillah, mak saya telah menurunkan pindah milik tanah bahagiannya kepada saya. Sekarang lengkaplah semua adik-beradik saya dah ada bahagian masing2 walaupun taklah sebesar mana (luas keseluruhan dalam 2 ekar +++) yang dibahagikan kepada 7 bahagian. Atas dasar kasih sayang, kenaan duti setem yang LHDN kenakan kepada saya hanya RM397.50 sahaja. Nasib baik tak banyak. Luas setiap bahagian pada anggaran saya boleh buat dalam 2 buah rumah yang ada halaman. Kalau rumah sewa tu dalam 10 buah, 5 buah kiri dan 5 buah kanan boleh dapat. Kat atas tanah tu nantilah saya akan bina rumah idaman saya nanti.



Urusan dilakukan di bangunan baru Pejabat Tanah Dan Daerah Klang.

Wednesday, October 21, 2009

Saja Je

Saya dah kembali bertugas di tempat kerja pada Isnin, 19 Oktober 2009. Actually sepatutnya genap 60 hari atau bersamaan 2 bulan adalah pada 14 Oktober tapi saya saja tambah 2 hari cuti rehat. Balik je bertugas, macam biasalah, keadaan meja saya haru-biru dengan fail-fail minit mesyuarat milik saya dari tahun 2001 hingga terkini. Al-maklumlah sekarang MPK sedang giat dengan program 5S. Bosan sebosan-bosannya, dahlah datang2 je kena attend Mesyuarat Pengurusan, pastu petang Selasa kena masuk Mesyuarat Kebenaran Merancang dan pagi ni disusuli dengan Mesyuarat J/K OSC. Hai berturut2 tak berhenti, rasa macam tak cukup tangan je. Doa saya, semoga saya diberi kekuatan dan ketabahan serta kesihatan yang baik untuk meneruskan kerja saya ni. Macam yang Hakim pesan, kerja satu ibadat. Moga2 juga rezeki yang saya perolehi benar2 halal untuk diberi kepada ibubapa dan anak2 saya.

Bercerita pasal kesihatan, sistem penghadaman saya tak ok dari hari Ahad hingga ke saat ni. atau lebih tepat dikatakan saya kena cirit-birit. Disebabkan kerja start hari Isnin, walaupun perut tak selesa, datanglah jugak.

Dengar2 dari 9 hingga 17 November 2009 ni Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Selangor kembali bersidang. Adakah saya terlibat sebagai pelapor lagi? Tak kisahlah, kalau dipanggil pergi sebab dapat jumpa kawan2 kat SUK tu. Stop sampai sini dulu sebab minit mesyuarat banyak yang menunggu.

Tuesday, October 20, 2009

Majlis Cukur Jambul Fatihah

Syukur Alhamdulillah, Majlis Cukur Jambul dan Akikah untuk Fatihah dan Aqilah (anak adik saya) telah diadakan pada 10 Oktober yang lepas di rumah mak di Telok Gadong, Klang. Majlis diadakan bersekali dengan jamuan hari raya. Ramai yang datang sebab disekalikan dengan rumah terbuka di mana kawan2 sekerja Nor dan Meor (adik saya) dan Hakim turut datang hingga ke petang hari tersebut. Kami anggarkan hampir 200 tetamu atau lebih yang datang hari tu.



Macam kenduri kahwin siap ada bunga telur. Mak uda dan Fatimah (penyewa rumah) sedang membantu.



Muffin coklat chip yang ditempah dengan mak usu. Yang saiz besar dalam 50 pcs sahaja. Yang diisi dalam cup kecil2 dalam 300 lebih jumlahnya.



Antara menu yang sedang dimasak iaitu nasi himpit dan agar2 gula hangus.



Satay daging kambing. Al-maklumlah 2 ekor kambing di akikahkan. Seekor masak kari kambing, seekor lagi dibuat satay.



Ayam masak merah. Macam kenduri kahwin siap masak pakai kayu api. Gambar nasi beriani lupa nak rakam. Untuk pengetahuan semuanya mak saya yang masak. Mak saya memang pakar dalam masak lauk kenduri-kendara ni.



Yang diraikan.



Kepenatan. Tidur je hari tu.




Kesian Fatihah, tengah tidur asyik dirakam gambar dia.



Bacaan marhaban dan cukur jambul.






Lepas marhaban dan cukur jambul disambung dengan bacaan tahlil untuk arwah.



Beg cenderahati untuk pak cik dan atuk2 yang bermarhaban.



Suasana kat luar rumah.



Masa ni dalam sekitar jam 11.30 pagi. Marhaban sedang berlangsung dan tetamu belum ramai yang datang.



Khadija dan mak cik Ain.



Sukanya Khadija sebab ada ramai kawan.



Lauk yang telah dihidang pada hari tu. Set buffet ni semua kepunyaan keluarga saya sendiri, bukan sewa sebab kami ni rajin buat kenduri.



Kuih-muih yang dibuat oleh mak, mak lang dan mak usu.



Kami bertiga.



Mama dan Fatihah.



Rambut Fatihah yang telah dicukur.

Hari Raya 2009



Hari Raya Aidilfitri kami 'especially'nya saya pada tahun ini serba ringkas sebab masih dalam pantang yang mana seminggu selepas raya barulah berakhirnya pantang saya. Walau bagaimanapun, raya tetap meriah dan Hakim dan Khadija masih pergi beraya tanpa saya. Sepanjang tempoh berpantang juga saya berada di rumah mak saya di Telok Gadong, Klang.

My 2nd Princess - Nur Khairin Fatihah binti Hakim



Masa ni masih kat Hospital.



Dah balik ke rumah mak.



Masa ni dah berisi sedikit, yelah umur dah masuk sebulan lebih.



Dah pandai senyum dan memuncung mulut bila orang cakap dengan Fatihah.



Bandingkan muka Fatihah masa ada rambut.



Setelah dibotakkan oleh Hakim. Moga2 rambut baru nanti lebih lebat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...