Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Wednesday, September 11, 2013

Khadija Berucap Dan Bersukan

hari sabtu minggu lepas dija pergi taman pengkalan batu ustazah pilih dija jadi wakil pelajar pasti darul ulum dua jadi dija kena hafal ucapan wakil pelajar abah bawa dija pergi taman pengkalan batu   

Syukur Alhamdulillah, akhirnya hari sukaneka PASTI Darul Ulum II terlaksana sudah walaupun dah menganjak ke bulan September. Berbeza dengan pengalaman 2 tahun sebelum ini, kalau tak silap saya diadakan paling lewat dalam bulan April.

Ya, benar apa yang ditaip Khadija di atas. Beliau telah dipilih oleh ustazah sebagai wakil pelajar bagi menyampaikan ucapan pembukaan sukaneka tersebut.  Saya amat bersyukur kerana ini merupakan salah satu dari impian saya.  Sebenarnya bakat Dija ni dapat kami lihat semenjak beliau di usia 3 tahun lagi, cukup berketrampilan di barisan hadapan dalam apa juga acara.  Insya'Allah ada rezeki, mana tahu suatu hari nanti Khadija dapat jadi pemidato mewakili sekolahnya..... itu juga impian saya.

















Lokasi sukaneka di Taman Pengkalan Batu pada tahun ni. Berbeza dengan tahun sebelumnya diadakan di dalam dewan.  Kami ke lokasi sehari sebelum hari sukan.  Sengaja nak dengar Dija baca teks ucapan yang ustazah berikan.  Ustazah ada menelefon kami, minta Dija hafal teks tersebut tanpa melihat kertas pada hari sukan nanti.

















Bukan main seronok mereka berdua.  Dapat main kereta kawalan jauh di tempat yang luas ni.

















Memang bersemangat Dija menghafal ucapan.  Abah Hakim pula sabar menunjuk ajar Dija.

















Hari Ahad, 8 September.  Bergambar dengan 'backdrop' program.

















Kami yang cuba menjadi mama dan abah yang terbaik buat mereka.

















Perbarisan pelajar yang terdiri dari rumah hijau, kuning dan merah. Khadija dalam rumah hijau.

















Masa yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba.  Saya pula yang berdebar. Agak kecewa sebab Dija diberikan kertas oleh ustazah untuk baca ucapan.  Sebenarnya Dija dah hafal siap dengan intonasi dan gaya sekali. Mungkin ustazah tak 'confident', takut kalau-kalau Dija terlupa.  


Mama bangga dengan kamu Dija.


Tahniah Dija.  Dapat pujian sebab bacaan yang lancar dan jelas. Pengacara majlis ada mengusik Dija, yang kata beliau ada gaya untuk menjadi pembaca berita.  

















Patuh dengan arahan.  Menunggu untuk beratur keluar dari barisan.

















Masa ni dia lalu di hadapan kami.  Malulah tu konon.

















Khadija sertai 2 acara.  Ni 'game' pertama yang diberi nama Master Chef Junior.

















'Game' ni, rumah hijau dapat jadi juara.  Masa ni Dija tengah berbaris nak ambil 'medal'.

















'Medal' emas untuk acara pertama.  Tahniah.

















Berbaris untuk 'game' yang kedua.  Masa saya merapati beliau, saya ada pesan "Dija main betul-betul tau". Dia cuma jawab "Mama doakanlah Dija".  

















Agak agresif Dija bermain.  Saya dapat lihat, ada peningkatan pada tahun ni.  Dija dah memahami konsep bersukan.  Main dengan bersungguh-sungguh untuk menang. 


















Akhirnya, rumah hijau menjadi juara keseluruhan sukaneka PASTI Darul Ulum II bagi tahun 2013.























Khadija dah penat.























Dua 'medal' emas berjaya dibawa balik Dija pada tahun ni.

Insya'Allah Dija, mama dan abah akan 'support' Dija bersukan sebab otak yang cergas bermula dari badan yang sihat.  Walau apa pun minat kamu Dija, ingat pesan mama dan abah............ akademik perlu diutamakan.






Wednesday, September 4, 2013

Kami Di Hari Merdeka

masa hari tu masa 31 hari bulan lapan tahun 2013 dija pergi taman botani negara shah alam bes sebab dapat naik basikal ada tempat duduk belakang baby bes sangat

Ayat di atas dikarang oleh Khadija.  Seperti biasa dia akan mengambil peluang bila mama dia tinggalkan meja komputer.

Ya, betul.  Pada 31 Ogos lepas kami anak-beranak ke Taman Botani Negara Shah Alam atau dulunya dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam.  Persinggahan yang boleh dikatakan tidak dirancang langsung oleh kami.  Terus terang saya katakan, saya tak berminat ke sini.  Yang beria-ia hanya Mr. Hakim saya.  Mungkin disebabkan selalu sahaja saya memotong idea dia nak ke sini, makanya pada pagi hari merdeka tersebut, setelah kami bersarapan di Restoran Hakim di Seksyen 7, Shah Alam, terus sahaja dalam senyap kereta kami melencong ke sana.

















Mereka berdua yang begitu 'excited' dapat berjalan.  Dija yang paling banyak soalannya.  Apa yang nyata dia tak sangka ada satu tempat yang seakan-akan Zoo Negara di Shah Alam ni.  Punyalah kepoh mulut dia.

















Hanya saya dan Hakim dikenakan bayaran masuk.  RM3.00 seorang untuk dewasa.  Kanak-kanak berumur 6 tahun ke atas baru dikenakan bayaran masuk.  Nak tahu lebih lanjut, boleh layari di Taman Botani























Dija lagi.....























Adik dan mama.

















Ramai juga pengunjung ke sini.  Masa ni lebih kurang pukul 11.00 pagi.  Cuaca agak panas dan bahang pada ketika ni. 

















Budak berdua ni memang tak tahu duduk diam.  Masa ni, kami tengah beratur nak naik tram.

















Dalam tram.  Khadija masa ni ok-ok sahaja.  Fatihah merengek sebab kepanasan.

















Atas jambatan gantung.

















Fatihah yang agak penakut nak jalan atas jambatan ni.

















Dija yang ulang-alik jalan.  Saja je dia berlari untuk menggoyangkan-goyangkan jambatan ni.

















Abah yang penyabar. 

















Sebenarnya saya dah mula rimas dah masa ni.  Dalam jam 12.00 tengahari tegak kami kat dalam hutan tu.  Mulalah Fatihah dan Dija merengek sebab panas dan takutkan monyet.

















Antara tempat-tempat yang ada dalam Taman Botani ni.

















Sebelum balik, atas permintaan Dija..... kami menyewa sebuah basikal.  Kat sini ada 2 tempat yang sediakan perkhidmatan sewa basikal.  Kami pilih tempat yang paling murah, RM5.00 sejam.  Jadilah, untuk penuhi permintaan anak-anak.  Bukan berkayuh jauh pun, cuma kat kawasan sekitar pintu masuk je.

















Giliran Dija pulak.

















Pengunjung tak perlu risau.  Basikal memang banyak di sini.  Saya juga difahamkan kalau kita nak kayuh basikal sendiri kat dalam kawasan ni dibenarkan, tiada bayaran lain dikenakan selain daripada bayaran di pintu masuk sahaja.


Dah mula bosan.  Masa ni dah hampir pukul 1.00 tengahari.  Cuaca yang tadinya cerah tiba-tiba bertukar mendung dan hujan gerimis dah mula turun.  Sebelum hujan lebat, baik kami beredar dulu.  Lagi pun saya dah mula rimas, cukuplah 2 jam sahaja kami di sana. 

















'On the way' kami nak balik, lalu di hadapan bangunan tempat saya mencari rezeki, bangunan Sultan Alam Shah, Majlis Perbandaran Klang.  Nampak kereta berhias MPK untuk program ambang kemerdekaan malam sebelumnya di dataran kemerdekaan Shah Alam.


Teruja nampak kereta berhias ni, kami singgah untuk mengambil gambar mereka berdua.

















Itulah cerita kami di hari merdeka tahun 2013.

#  Hari merdeka yang dimulai dengan bekalan air yang dicatu/dihentikan seketika oleh pihak SYABAS ekoran tumpahan minyak diesel di hulu Sungai Selangor.  Mujur air kembali ada pada sebelah tengahari hari tersebut. 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...