Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Thursday, November 17, 2011

Hari Anugerah PASTI Tahun 2011

Khadija Amanina puteri sulung saya telah berjaya menamatkan sesi persekolahan PASTI tahun 2011 bagi usia 4 tahun. Tahun depan, Khadija baru masuk 5 tahun dan kami mengambil keputusan untuk meneruskan pendidikan awal Khadija di PASTI Darul Ulum II, Sungai Udang.

Kalau ditanya, apa perkembangan Khadija setelah hampir setahun di PASTI, bagi saya dan Hakim ianya agak memberangsangkan bagi anak yang berusia baru 4 tahun kerana kami dulu pun hanya mengenal ABC dan 123 pada usia 6 tahun. Tapi Khadija dah lebih daripada itu pada usia seawal 4 tahun. Antaranya -

1. Khadija dah boleh mengenal dan menulis A hingga Z mengikut turutan dengan betul.
2. Nombor 1 hingga ke puluhan juga sudah boleh ditulis Khadija.
3. Beberapa doa seperti doa makan, masuk tandas, doa ibu bapa, doa naik kenderaan, doa memasuki rumah, doa terang hati dan maknanya sekali Khadija sudah boleh baca.
4. Cara mengerjakan solat bermula dari mengambil wuduk walaupun tak berapa betul lagi.
5. Bacaan dalam solat seperti surah Al-Fatihah, Al-Ikhlas sudah boleh dibaca dengan jelas oleh Khadija.
6. Telah memasuki buku Iqra' 3 dan menurut ustazahnya Khadija agak terang hati berbanding rakan lain dalam mengaji.
7. Boleh menulis nama KHADIJA AMANINA HAKIM, nama saya, nama Hakim dan nombor handphone kami berdua.
8. Agak meminati buku yang mana buku dan pensil sentiasa di tangan beliau.
9. Kurang meminati lukisan kerana mungkin mengikut saya yang kurang kreatif dalam kerja-kerja seni.



Seperti tadika-tadika lain, akhir tahun ni pasti akan mengadakan majlis anugerah kepada pelajar-pelajar yang samada diadakan di sekolah, dewan atau hotel. PASTI Darul Ulum II seperti biasa memilih Dewan Telok Pulai MPK sebagai lokasi majlis tersebut yang telah berlangsung pada sebelah malam hari Jumaat, 11 November yang lepas.



Kami tiba di dewan tersebut lebih kurang pada pukul 8.00 malam. Ingatkan kami paling lambat, rupa-rupanya ramai lagi ibubapa yang belum sampai. Sebaik sampai, pelajar-pelajar dikumpulkan di bawah khemah di tepi dewan dan diberi makan dan minum.



Khadija dengan salah seorang kawan yang saya rasa rapat dengan beliau iaitu Tasinatul.



Sedang berbaris untuk memasuki dewan. Waktu pada ketika ni dah hampir jam 10.00 malam. Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh ADUN Kawasan iaitu Y.B. Dr. Halimah Ali. Disebabkan nak tunggu Y.B. sampai, perjalanan program agak lewat dimulakan. Kesian saya lihat ibubapa dan anak-anak yang menunggu.



Bersama rakan sekelas. Kelas Khadija iaitu 'Humairah', rata-rata pelajarnya berusia 4 dan 5 tahun.



Giliran Khadija naik pentas ambil piala.



Bersama Syafiqa. Saya suka tengok Syafiqa ni, comel dan cantik.



Malam tu Fatihah memang hilang 'mood'. Manakan tidak, Fatihah demam waktu tu. Dengan suhu badan yang panas, kami terpaksa juga bawa Fatihah bersama. Selesai je Khadija terima piala, kami bergegas pulang. Lagipun, Khadija tak dapat apa-apa anugerah sebab untuk pelajar usia 4 tahun, belum ada lagi peperiksaan. Peperiksaan di PASTI hanya untuk pelajar usia 5 dan 6 tahun.

Walaupun kedatangan Khadija ke PASTI tahun ni tak penuh, tapi semuanya sebab demam. Tiada satu hari pun Khadija tidak hadir ke PASTI disebabkan samada malas atau mengada-ngada tak nak ke sekolah. Saya boleh puji Khadija dari segi disiplin ke sekolah kerana dia memang bersemangat setiap hari ke sekolah yang mana mungkin disebabkan sifat Khadija yang suka berkawan.

Pandangan saya dan Hakim tentang pendidikan di PASTI pula, bagi kami memang baik khususnya untuk pembentukan akhlak dan sahsiah kanak-kanak. Dan disebabkan itu jugalah kami mengambil keputusan untuk meneruskan pendidikan awal Khadija di PASTI tahun hadapan.





Wednesday, November 16, 2011

Kisah Adik



Dah lama saya tidak bercerita mengenai kakak Khadija dan adik Fatihah. Maklumlah sibuk dengan hal di rumah dan di tempat kerja telah membuatkan saya terlupa untuk merakamkan gambar aktiviti kami. Kalau diikutkan sepanjang tempoh kami menunggu rumah siap, boleh dikatakan hampir setiap hari kami makan di kedai. Kamera pula ada sahaja dibawa bersama di dalam 'handbag' tetapi disebabkan sibuk memikir 'progress' rumah membuatkan saya malas hendak merakam apatah lagi bercerita di dalam blog.

Kembali kepada entry saya kali ni iaitu khusus mengenai kisah perkembangan anak-anak.



Fatihah yang sudah hampir 2 tahun 3 bulan pada November ini. Masih bermasalah berat badan yang kurang. Manakan tidak, makan dan minum terlalu sedikit. Sehinggakan saya pernah menukar susu tepung Fatihah dari Anmum kepada Sustagen tapi beliau menolaknya. Kalau nak tahu, Fatihah ni masih menggunakan botol kecil. Kalau ditukar ke botol besar, memang membazir kerana takkan dihabiskan air susu tu lagi-lagi bila dah sejuk. Bukan tak diusahakan dengan vitamin penambah selera makan seperti appeton atau yang diambil dari klinik kesihatan, tetapi selera makan Fatihah masih sama. Sehinggakan saya ditegur oleh doktor di klinik kesihatan kerana berat badan Fatihah belum mencecah 9 kg, mujur ketinggiannya selari usia. Mungkin Fatihah ni ikut mama dia kot, cinonet je orangnya.



Perkembangan Fatihah pada usia sekarang ni -

1. Sangat suka dengan binatang terutama kucing. Gambar yang saya rakam ni adalah ketika Fatihah dengan anak kucing mak cin Ain nya. Anak kucing ni dibawa oleh sepupu saya, Ain dari rumahnya dengan diletak di dalam kotak. Fatihah bila dapat anak kucing ni, dibuatnya seperti anak patung je. Berbeza dengan si kakak Khadija yang memang penakut dengan kucing @ apa-apa haiwan semenjak peristiwa botol susu beliau dirampas monyet di Langkawi beberapa tahun lepas. Rupanya peristiwa tu meninggalkan kesan pada Khadija hingga ke hari ini.

2. Fatihah terlalu kuat merajuk. Kalau merajuk, dia akan berguling dan berbaring di lantai.

3. Suka menunjukkan riak muka yang spontan terutama bila marah yang mana kening beliau akan berkerut-kerut dan bulu kening yang lebat akan bercantum, kelakar kami melihatnya.

4. Cukup kuat bergaduh dan paling pandai memula dan mencetuskan pergaduhan dengan kakaknya. Apa yang saya boleh katakan Fatihah ni agak garang berbanding Khadija yang lembut dan 'friendly'.

5. Manja yang terlampau sampai saya naik rimas. Fatihah lebih manja dengan saya berbanding abahnya. Contoh paling senang, Fatihah akan menangis bila saya tiada di sebelah beliau bila terjaga dari tidur.

6. Masih menyusu badan. Kesukaan Fatihah ni sukar dihentikan serta-merta kerana saya agak simpati dan rasa kejam untuk menghentikan beliau menyusu. Bukan apa, dahlah Fatihah ni kurang suka makan, kalau tak menyusu lagi lah kesian dia. Tapi kesukaan Fatihah ni kadang-kadang buat saya tension. Manakan tidak, dah pandai bercakap. Kadang-kadang tak pandai nak 'cover', depan khalayak ramai, selamba je dia minta 'Mama, adik nak tetek'. Sekarang ni, pantang saya ada di depan mata, Fatihah mesti merengek nak bergayut atau kata lain yang orang suka guna 'mengempeng'. Memang 'tension' saya dibuatnya. Tapi tunggulah masa dan ketika yang sesuai, saya akan hentikan juga kesukaan Fatihah ni.

7. Pandai bercakap tetapi dengan butir kata yang masih pelat. Berbeza dengan Khadija yang dah petah bercakap pada usia ni.

8. Agak lambat sedikit perkembangan berbanding Fatihah yang pada usia ni dah kenal semua warna. Saya ada cuba mengajar, minta Fatihah ikut tapi dia buat 'derk' je. Mungkin faktor manja dan rasa dirinya 'adik' tu yang membuatkan dia rasa dia masih 'baby' bak kata dia.

9. Tak sabar bila minta sesuatu. Selagi tak dituruti, habislah terpaksa dengar rengekan beliau dengan aksi merajuk berguling-guling atas lantai.

10. Sifat yang paling bagus, agak pandai berkawan dan senang bila di bawa ke sesuatu majlis. Saya boleh tinggalkan dia main dengan kawan-kawan seusia dia tanpa mengganggu saya.

11. Akan menunjukkan satu jari dengan berkata 'peace' kononnya bila nampak saya nak merakam aksi beliau. Aksi begini memang sama dengan kakak Khadija semasa usia ni.



Kami cuba tukarkan panggilan Fatihah daripada 'adik' kepada 'kakak'. Tapi masih dibahasakan dirinya 'adik' bila bercakap dengan kami. Bukan apa, mungkin bila dipanggil 'kakak', seperti Khadija dulu, kurang sikit manja dan mengada-ngada dia tu.



Kakak dan adik bergambar di salah satu sudut dinding rumah baru kami. Punyalah lasak bermain 2 beradik ni, sampai berpeluh-peluh.

Walaupun perkembangan Fatihah agak lewat sedikit jika saya bandingkan hanya dengan kakaknya Khadija pada usia yang sama beberapa tahun lepas, saya tetap bersyukur kerana Fatihah sihat. Mungkin faktor manja dan merasakan dialah 'adik' yang membuatkan Fatihah tak nak mengikut apa yang kami ajar, tapi saya tahu Fatihah juga anak yang bijak.

Mama sayang Fatihah. Semoga Fatihah jadi anak yang solehah, diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia, dipelihara kehidupan didunia, cemerlang akhlak & pendidikan di dunia dan akhirat. Amin.



Mama sayang kamu berdua.







Tuesday, November 15, 2011

Aidil Adha 2011 Kami

Aidil Adha 2011 kami agak kelam-kabut dan penat. Kelam-kabut dan penat disebabkan berpindah secara tidak rasmi dari taman perumahan kami ke rumah kami yang baru siap kami dirikan. Syukur Alhamdulillah, walaupun berpindah bukan secara rasmi kerana hanya barang-barang keperluan dan kecil sahaja yang kami bawa dahulu. Kalau diikutkan rumah tu pun belum 'complete' sepenuhnya iaitu pagar dan kabinet kitchen yang masih di dalam proses untuk disiapkan. Bila dah 'complete' sepenuhnya nanti saya akan 'upload' gambar-gambar dari proses awal rumah didirikan sehinggalah lengkap semuanya.

Berbalik kepada cerita Aidil Adha kami, syukur Alhamdulillah kerana saya dan Hakim pada tahun ini telah menunaikan ibadat korban anjuran PEKERTI, MPK.



7 ekor lembu kesemuanya dikorbankan di bawah anjuran PEKERTI tahun ini. Manakala 2 ekor kambing untuk akikah. Lembu kami nombor 4.



Akhirnya lembu ditumbangkan.



Hakim yang terlibat membantu melapah daging lembu.



Tugas yang nampak senang tetapi memerlukan kesabaran juga.



Kambing golek. Masa ni staff belum ramai yang datang. Lebih kurang pukul 12.00 tengahari, perkarangan surau MPK mula dipenuhi staff yang menunggu untuk mengambil daging korban.



Khadija dan Fatihah yang bila dah jumpa kawan terus lupa mama.



Fatiha yang dah comot berpeluh-peluh kerana ligat berlari di dalam surau.

Secara keseluruhannya, Aidil Adha kami tahun ni memang 'simple' sangat. Saya pun cuma berada di rumah mak sekejap je. Tambahan pula sibuk dengan aktiviti mengemas di rumah baru kami. Bukan apa kami memang teruja duduk di rumah baru yang jauh lebih besar dan selesa dari rumah di taman perumahan. Syukur sekali lagi ke hadrat Allah S.W.T. dengan rezeki dan nikmat yang diberikan kepada kami sekeluarga kerana dapat memiliki sebuah rumah lagi.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...