Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Friday, March 29, 2013

Program Mengisi Cuti Sekolah

Cuti sekolah kali ni saya hantar Khadija menyertai program Science Camp anjuran Tadika Ceria Az-Zahrah.  Program yang berlangsung selama setengah hari pada 27 Mac 2013 bertujuan untuk memupuk minat kanak-kanak meneroka alam sains. Program dikendalikan oleh Little Ibnu Sina Workshop yang mana bayaran penyertaan ada dikenakan untuk bahan dan makan/minum peserta.  Hasil persetujuan bersama, hanya Khadija yang kami hantar untuk menyertai program tersebut.  Kami bimbang kalau Fatihah dihantar menyertai program yang sama, mereka berdua tidak fokus.

























































Peserta program setiap seorang diberikan passport oleh Little Ibnu Sina Workshop yang mana passport tersebut kena simpan untuk dicop bagi program yang seterusnya.  

Misi kami untuk Khadija turut serta dalam program ini supaya beliau dapat mengisi cuti sekolah dengan aktiviti bermanfaat.  Kalau tak, asyiklah dia menonton cerita Upin Ipin melalui Youtube.






Monday, March 25, 2013

Kek Untuk Adik

Projek buat kek pandan ni adalah khusus untuk bekalkan Fatihah ke tadika pada hari Jumaat baru-baru ini.  Tadika Fatihah memang tak sediakan makanan pada hari Jumaat yang mana pada hari tersebut, pelajar digalakkan untuk membawa makanan dan berkongsi makan bersama kawan-kawan.














Disebabkan agak malas nak buat kek yang kena sukat tepung dan gula.  Saya hanya beli tepung kek segera jenama Nona.  Hanya perlu tambah 4 biji telur je kalau ikut arahan kat kotak.  Tapi saya suka-suka tambahkan sedikit esen vanila dan 'ovallete'.


Kek yang siap dibakar.  Sekarang kalau buat kek, saya suka gunakan bekas aluminium seperti ini.















Hasil kek yang dipotong.  Boleh tahan sedap rasanya.  Saya berpuashati dan sekarang mengulang untuk kali kedua beli tepung kek 'instant' jenama yang sama tetapi untuk perasa kek marble pula.  Cumanya, bila masa adunan tersebut bertukar menjadi kek?  Tunggulah bila masa saya rajin dan tergerak untuk membuatnya.






Friday, March 15, 2013

Fun English At Home

Sehari sebelum ke temasya sukan PASTI, saya hadir ke program 'Fun English At Home' anjuran Tadika Ceria Az-Zahrah (TCAZ).  Satu program yang amat bagus bagi saya.  Program yang memerlukan kerjasama dan penglibatan ibubapa di rumah untuk membantu anak-anak mengenal dan memahami bahasa inggeris.















Teacher Nur Edzati Kamaludin sedang memberikan penerangan mengenai program tersebut.  Setiap minggu 5 perkataan bahasa inggeris tak kira samada peralatan di sekeliling, kenderaan, binatang dan sebagainya perlu diajar kepada anak.  Perkataan boleh dizahirkan secara menulis, 'print out'/lekat atau lukisan di dalam buku yang akan dibekalkan oleh TCAZ dengan kreativiti masing-masing.  Program dinilai bermula pada 22 Mac hingga akhir bulan September 2013.  Bintang/markah diberikan oleh guru adalah berdasarkan kepada :-

a)  Komitmen ibubapa -  1 bintang
b)  Kreativiti ibubapa - 1 hingga 3 bintang
c)  Sebutan oleh kanak-kanak mengenai perkataan yang diajar oleh ibubapa - 1 bintang berdasarkan 1 perkataan
d)  Boleh menyebut dan memahami perkataan yang diajar tersebut - 1 bintang berdasarkan 1 perkataan

Ada hadiah disediakan untuk kategori pelajar umur 4, 5 dan 6 tahun.  Setiap kategori ada 3 pemenang.  Insya'Allah saya akan usahakan, hadiah bukan keutamaan.  Apa yang penting, matlamat utama program ini iaitu memperkasa dan memantapkan penguasaan bahasa inggeris dapat dicapai.















Tak berapa ramai yang hadir.  Menurut Pengetua TCAZ, Puan Hajjah Zaharah Awang walaupun hanya 2 atau 3 orang ibubapa yang hadir, program tetap diteruskan.  Rasa bertuah kerana dapat meluangkan masa untuk hadir pada program ini.  Selain dapat mengenal teacher2 di TCAZ, dapat juga berkenal mesra dengan ibu kepada anak-anak yang berada di TCAZ ni.   















Slot pertama, 'ice breaking'.  Kami dibahagikan kepada beberapa 'group'.  Diberikan kepingan kertas yang mana kami diminta untuk menghasilkan setinggi yang boleh daripada susunan kertas tersebut.



















'Group' yang memenangi aktiviti ini.

Ahli kumpulan kami.  Bergambar setelah selesai menyiapkan tugasan kedua.  Dengan menggunakan straw, kami diminta menyusun setinggi mana yang boleh straw tersebut dengan hanya diberikan pita pelekat sebagai alat bantuan.  Bola ping pong turut diberikan untuk diletakkan di atas/puncak straw.  'Group' yang paling tinggi dan kukuh susunan straw dikira sebagai pemenang.  Sekali lagi, 'group' kami bukanlah pemenang untuk aktiviti ini.

Rupa-rupanya ada maksud yang tersirat daripada aktiviti ni.  Asas (tapak) yang kukuh diperlukan untuk menentukan sejauh mana seseorang itu boleh pergi.















Fatihah yang menemani saya di sepanjang program dijalankan.  Mulanya malu-malu nak bergaul tapi lama-kelamaan dialah yang tak tahu duduk diam.















Damia Hani anak Puan Ruhaidah Kasman.  Comel macam ibunya.  Ida ni saya kenal menerusi blog ni.  Masa tu dia 'survey' tadika untuk masukkan Hani.  Terus kami berkawan menerusi fb dan berjumpa di alam realiti bila anak-anak kami di tadika yang sama.















Program  berhenti seketika untuk makan-makan.















Aktiviti seterusnya selepas makan.  Kaedah pelaksanaan program 'Fun English At Home' yang boleh diaplikasikan di mana-mana lokasi.  Sebagai contoh ketika di dalam kenderaan, di shopping complex dan sebagainya.  Contoh, ajak anak kita berkomunikasi dalam bahasa inggeris yang paling 'simple' ketika di dapur.  "Fatihah, can you take for mama a spoon..... please".  Kat situ, benda yang boleh kita tampal kat dalam buku adalah sudu ~ spoon.

Dengan adanya program ni, Insya'Allah saya juga boleh 'improve' bahasa inggeris kami yang dah tentunya sebelum ini amat jarang ianya digunakan.






Thursday, March 14, 2013

Khadija Main Netball

Semenjak Khadija dan Fatihah dah sekolah ni (walaupun masih tadika), boleh dikatakan hampir setiap minggu ada sahaja program anjuran tadika mereka yang kena kami penuhi.  Memang agak memenatkan.  Tapi bagi saya ianya berbaloi.  Khadija terpilih untuk bermain netball bagi mewakili PASTI Darul Ulum di dalam Temasya Sukan PASTI kawasan Kapar, Klang.















Sebelum diteruskan latihan, ustazah terlebih dahulu meminta kebenaran daripada ibubapa.  Saya dan Hakim memang berfikiran terbuka mengenai ini.  Kalau nak anak cemerlang, kena seimbang antara akademik dan ko-kurikulum.  Makanya, Khadija dibenarkan untuk turut serta.  Secara tak langsung, dapat juga dia belajar teknik main netball pada seawal usia 6 tahun.  Berbeza dengan saya dahulu, darjah 6 baru berpeluang main netball. 















Khadija berbaju coklat dan berseluar jalur merah.  Latihan dijalankan tak sampai seminggu, terus ke hari perlawanan.  Dalam tempoh tu, setiap hari balik sahaja dari tadika, Khadija terus tidur.  Letih agaknya.















Membaca doa dan membuat senaman ringan @ meregangkan otot sebelum bermain.















Temasya sukan tersebut diadakan pada hari Ahad, 10 Mac 2013 bertempat di padang awam Jalan Kopi, Kampung Bukit Kapar, Klang.  















Walaupun kami juga ke lokasi tersebut, sengaja kami biarkan Khadija menaiki bas dengan rakan-rakan.  Khadija ni agak popular di kalangan kawan-kawan di PASTI, sana sini menjerit nama Dija ajak dia duduk sama. 















Seronok betul Dija dapat naik  bas dengan kawan-kawan dari team netball dan team bola sepak.















Peserta @ kontigen daripada PASTI Darul Ulum II.















Khadija nombor 3 dalam barisan.















Perarakan kontigen bagi perbarisan di hadapan khemah VVIP.















Semangat betul Khadija dan kawan-kawan.  Maklumlah masih awal pagi.  Cuaca belum terik lagi.



Lautan pelajar-pelajar PASTI kawasan Kapar.  Saya difahamkan terdapat hampir 2,000 orang pelajar PASTI untuk kawasan ini sahaja.















Duduk dalam khemah sementara menunggu perlawanan dimulakan.















Fatihah yang menyibuk.  Kawan Dija yang duduk sebelah Fatihah tu pun namanya 'Fatihah' juga.















Player bola sepak sedang membuat senaman ringan sebelum memulakan perlawanan.  Teruja saya lihat perlawanan mereka ini.  Memang hebat.  Comel beraksi di padang.















Hakim yang sabar melayan kerenah anak.  Fatihah mula buat perangai bila cuaca dah panas terik.















Comelkan?















Tiba masa yang dinantikan.  Khadija beraksi dengan kawan-kawan.  Khadija jadi 'Centre'.















Senaman ringan dulu.















Masa ni saya pula yang berdebar-debar.















Team netball Dija ni memang cool dan relax je.  Buat derk dengan bola.  Bila dapat bola berebut sesama sendiri.  Sabar je saya tengok.















Sedang beraksi.  Kalah pada perlawanan pertama.















Perlawanan kedua, ustazah tukar posisi Dija jadi WD pula.















Kali ni pun kalah juga.

Kami balik sebelum selesai keputusan diperolehi disebabkan cuaca yang agak panas terik.  Tambahan pula dah hampir jam 1.00 tengahari.  Yang nyata team netball yang mewakili PASTI Darul Ulum II tak dapat tempat pada perlawanan tersebut.  Team bola sepak saya rasa kalau tak jadi Juara mungkin Naib Juara.  

Kalah atau menang bukan ukuran.  Khadija terpilih dan dapat bermain dalam sukan netball pada usia seawal ini pun dah dikira satu pencapaian yang patut dibanggakan bagi kami.






Tuesday, March 12, 2013

Aktiviti Lasak

Gambar-gambar yang saya rakam bila mana Khadija dan Fatihah diberikan 'green light' untuk bermain di luar.  Dia orang berdua ni memang suka kalau dapat lepas bermain di luar.















Ketika menyibuk mengacau abah dengan projek menyimennya kira-kira 2 bulan lepas.















Dija dengan cangkulnya.  Fatihah pula dengan tangan menguis-nguis pasir.















Aktiviti berbasikal ni pula pada hari yang lain.  Khadija yang masih mengayuh basikal dengan roda 3.  Penakut dia ni, masih tak pandai nak imbangkan badan.















Hakim seorang abah yang punya tahap kesabaran yang tinggi.  Sangat menjiwai anak-anak.  Walaupun cuma 5 minit je dapat berbasikal sehingga ke jalan hadapan, Khadija saya lihat sangat berpuas hati.  Kelebihan Hakim yang saya lihat, cuba memenuhi permintaan anak sedaya-upaya walaupun dia keletihan.  Di situ memang saya bagi Hakim markah 99.99%.  Lagi 0.01% saya nilaikan kekurangannya bila mana permintaan anak tak akan dihiraukan kalau dia dah lena tidur.

 


Fatihah menunggu kakak di pintu pagar.  Sambil pegang botol susu kakak.















"Nah kakak, susu kakak".















Khadija yang masih minum dalam botol susu pada umur 6 tahun.  Ni tahun akhir mama bagi kamu can minum dalam botol susu.  Tahun depan, 'no more' botol susu ok.  Bukan kami tidak pernah ajar dia minum susu dalam cawan,  tapi 'result'nya susu tak diminum langsung.  Khadija dan Fatihah sebenarnya masih minum susu Anmum dalam usia ini.  Paling kurang 5 pek susu Anmum untuk mereka tiap-tiap bulan kami peruntukkan.  Ianya untuk pastikan mereka mendapat kebaikan daripada nutrien yang terkandung dalam susu.  Buktinya mereka jarang sekali demam, batuk atau selesema.















Pandai pula malu.  Botol susu hanya bila di rumah kami dan rumah wan sahaja.















Fatihah yang panjang akal.  Pandai nak membuli abah, minta tolong tolakkan basikal.















Bila permintaan dia tak kami hiraukan.  Mulalah merengek dan terjerit-jerit.  Sabar jelah.















Sekali-sekala dapat main di luar.  Biasanya duduk memerap depan televisyen, tak  habis-habis menonton Upin Ipin.  Bagus untuk mereka juga sebenarnya aktiviti di luar ni sebab bila badan dah cergas otak pun secara tak langsung menjadi lebih cerdas.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...