Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Saturday, February 28, 2015

Kami Di Hari Cuti Tahun Baru Cina

Cuti panjang Tahun Baru Cina baru-baru ni kami tak berjalan jauh. Hanya berjalan sekitar Klang dan bawa anak-anak ziarah atuk nenek mereka di Bukit Kerayong, Kapar. Mujur juga tak 'plan' jalan-jalan keluar dari negeri Selangor.  Kalau tak memang tak berbaloi sebab dengarnya semua tempat 'jammed' tak kiralah atas jalanraya, tempat makan, hentian R&R.  Alhamdulillah, bertepatan dengan kami yang mana sejak dulu lagi memang mengamalkan percutian yang dirancang, baik dari segi pemilihan lokasi, tarikh dan bajet.























Baby Muhammad Harraz yang semakin aktif meniarap.  Dalam tak sedar, contohnya tidur pun dia akan meniarap.  Meniarap pula bukan statik di satu tempat.  Siap boleh buat pusingan 360 darjah lagi. Memang bijak bintang hati mama ni. 


Kami pun sebenarnya tidaklah hanya duduk diam 4 hari bercuti tu kat rumah je.  Kami ada juga jalan-jalan sekitar Klang.  Jalan-jalan cari makan yang utamanya.  Masa ni kami makan di Johnny's Restaurant di AEON Bukit Raja, Klang.  Dah lama rasanya tak ke sini, lebih dari 5 tahun.  Rasanya juga ni baru kali ke-2 atau ke-3 saya menjamu selera di Johnny's ni.























Si mulut becok, Khairin Fatihah yang semakin hari semakin banyak songeh.  Mulut juga semakin becok. Selagi tak tidur ada je yang direkanya.  Alhamdulillah, Fatihah juga menunjukkan minatnya untuk berlumba belajar untuk jadi pandai kata dia macam kakak.














Makan di Johnny's Restaurant ni ada pilihan menu goreng-goreng. Tapi yang utama adalah 'steamboat'.



Cuti kali ni juga, rumah kami dikunjungi Aqilah dan Hazirah yang hanya balik sekali-sekala ke Klang.  Kali ni dia duduk seharian di rumah kami.  Ibu ayah sibuk pergi 'shopping' sebab nak pindah rumah baru mereka di Hulu Langat nanti.  Rupanya, rumah kami terutama pondok ni jadi idola Hazirah @ Angah.  Siap beritahu ayah dia nak buat pondok macam rumah kakak Dija bila rumah baru mereka siap nanti.














Semoga hubungan rapat Khadija dan Fatihah dengan sepupu mereka berpanjangan sampai bila-bila.  


Aktiviti abah Hakim bagi mendapatkan berat badan ideal.  Cuba aktif di dalam sukan berbasikal dengan menyertai program berbasikal sempena hari Wilayah di Putrajaya.  Berat mama 'maintain'.  Berat abah Hakim makin naik.  Apa pun, mama doakan abah Hakim sentiasa sihat untuk sama-sama membesarkan permata hati kami.  Insya'Allah.






Wednesday, February 18, 2015

Muhammad Harraz @ 4 Months

Perkembangan buah hati kami baby Muhammad Harraz pada usia 4 bulan ni dia dah boleh meniarap dan pandai bagi 'respond' bila kita agah atau bercakap dengan dia.  Mulut dia pun ikut bercerita dengan kita.  Alhamdulillah. 























Baru-baru ni disebabkan kecuaian mama, Muhammad Harraz pun ikut batuk dan demam.  Mungkin sebab mama tak pantang minum ais sedangkan baby masih menyusu badan.  Muhammad Harraz hanya akan menyusu badan di malam hari dan sepenuhnya bila mama cuti. Pada siang hari bekerja Muhammad Harraz akan menyusu botol sepertimana kakak Khadija dan Fatihah semasa baby dulu.

Mama doakan Muhammad Harraz kuat, sihat dan bijak macam kakak-kakak kamu.  Amin.






Sunday, February 15, 2015

Uji Bakat Qari Junior Musim 4 @ Sri Pentas, TV3

Satu pengalaman yang baru buat Khadija bila mana dia menghadiri uji bakat rancangan Qari Junior musim 4. Uji bakat ini dijalankan di stesen televisyen terkemuka negara TV3 di Sri Pentas, Bandar Utama, Damansara yang berlangsung pada 7 Februari 2015 telah melakar sejarah di dalam diari zaman kecil Khadija.

Mulanya, kami mengetahui mengenai pencarian peserta bagi rancangan Qari Junior ini daripada Ustaz Ahmad menerusi facebook beliau.  Ustaz Ahmad, mantan mudir Khadija semasa belajar mengaji teknik Al-Baghdadi di Pra-Tahfiz Az-Zahrah mempelawa bekas pelajar beliau yang berbakat dan berminat untuk menyertai uji bakat tersebut. Bila kami tanyakan kepada Khadija, 'respond' yang diberikan amat positif, beliau dengan yakin dan berani ingin mencuba.


Gambar terkini Khadija yang kami kepilkan bersama Profil yang perlu dibawa pada hari uji bakat.  

Melalui pencapaian Khadija yang telah beberapakali menyertai pertandingan hafazan mewakili tadika PASTI dan Pra-Tahfiz Az-Zahrah dengan membawa pulang beberapa anugerah beserta pencapaian di dalam kelas tilawah di tahfiz Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Farabi, kami yakin bakat yang ada tidak seharusnya disia-siakan.  Apa salahnya mencuba?  Bukan kemenangan atau glamour yang kami mahu, tetapi pengalaman baru dan berharga itu yang penting buat Khadija untuk melangkah ke peringkat yang lebih tinggi kelak. 























Khadija dan Fatihah.  

Uji bakat bermula jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang.  Kami tiba agak lewat sekitar jam 2.30 petang kerana abah Hakim mendahulukan Mesyuarat PIBG sekolah Khadija.























Khadija yang bersemangat dan teruja untuk mencuba sesuatu yang baru.  Mama lagilah teruja sebab sebenarnya baru pertama kali menjejakkan kaki ke Sri Pentas, TV3 ini.



Bergambar di hadapan bangunan Sri Pentas, TV3.

Sebenarnya, berlaku insiden semasa kami hendak memasuki bangunan ini.  Kami dan lebih kurang 10 keluarga lagi telah dihalang memasuki bangunan dengan alasan peserta uji bakat melebihi daripada sasaran. Penerbit khuatir sesi uji bakat tidak dapat dihabiskan sekiranya tiada had untuk peserta yang masuk.  Mujur dalam ramai-ramai, ada seorang dua ibu yang bertegas untuk masuk dan akhirnya dengan izinNya, kami semua dapat mendaftar untuk uji bakat ini.  


Alhamdulillah.  Khadija dapat nombor 200 daripada 235 peserta keseluruhan yang mendaftar untuk sesi uji bakat ini.

Saya ada terdengar beberapa ibubapa yang bertanya di meja urusetia yang mana sesi uji bakat Qari Junior untuk musim sebelum ini hanya dihadiri tidak lebih daripada 70 peserta dan uji bakat berakhir awal. Tahun ini penerbit tidak sangka mendapat sambutan penyertaan melebihi daripada yang disasarkan.  Itu yang daripada sepatutnya pendaftaran ditutup pada jam 5.00 petang diawalkan ke jam 2.00 petang.  Bukan silap kamilah yang datang lewat nikan?














Adik yang setia menemani kakak dari mula sampai akhir.  Bila nak daftarkan dia sekali untuk saja 'test' keupayaan dia, cepat-cepat Fatihah kata tak nak.  Tak 'sporting' langsung si adik.  Sangat berbeza dengan kakak Khadija.  Tapi mama dan abah Hakim tahu, Fatihah ni malu tapi mahu.  'Next time' kalau ada lagi, kita cuba pula ya, adik!


Kami melepak dan makan-makan di kafetaria yang tersedia di lobi Sri Pentas.  Mujur ada kafe kalau tak memang boring.  Nak 'window shopping' di One Utama sebenarnya boleh je, tapi disebabkan malas nak menapak dan susah nak mencari 'parking', adalah lebih baik kami lepak disini sahaja.  

Masa ni lebih kurang pukul 6.00 petang, peserta yang baru diuji bakat baru sampai 120 orang.  Bayangkan, giliran Khadija pukul berapa agaknya?














Khadija bergambar dengan abang Elly Iskandar.  Sungguh peramah dan boleh diajak berborak.  

Sesi uji bakat berhenti untuk solat Maghrib dan Isyak dan bersambung sekitar jam 8.30 malam.  Dimulai dengan nombor sekitar 140 ke atas. Kali ni nampaknya agak laju uji bakat yang dijalankan memandangkan masa telah lewat malam.  Saya dapati ramai juga peserta yang telah lama menunggu menarik diri dari uji bakat ini.














Giliran Khadija tiba akhirnya lebih kurang pukul 9.50 malam. Alhamdulillah.    


Khadija diminta memperkenalkan diri dan menceritakan serba sedikit latar belakang beliau.  Nampak Khadija agak tertekan juga, manakan tidak biasanya pukul 10.00 malam ni, dia dah tidur. 


Khadija nampak begitu yakin dengan lantunan suara yang nyaring mengalunkan surah Al-Fatihah seperti yang diminta oleh Elly Iskandar. Dalam masa lebih kurang 5 minit juga Khadija di temuramah.  

Syabas Khadija! Mama dan abah amat bangga dengan kamu. Menghadiri sesi uji bakat dengan berani dan yakin sudah membuatkan kami bangga dengan kamu.  

Keputusan uji bakat ini sekiranya terpilih akan diberitahu kemudian oleh pihak penerbit rancangan.  Jika tidak terpilih sekali pun di sesi yang seterusnya, mama dan abah dah cukup berpuashati dengan pencapaian kamu kerana kami tahu semua peserta yang hadir termasuk kamu adalah anak-anak yang hebat pencapaiannya. Tambahan pula, peserta yang dipilih kena lengkap kriteria yang dikehendaki oleh penerbit seperti boleh bertaranum, menghafaz, ceria, comel dan bijak.

Kalau terpilih, Syukur Alhamdulillah...... tapi kena fikir juga sebab dengarnya peserta kena beri komitmen penuh setiap hujung minggu untuk rakaman rancangan Qari Junior musim 4 sepanjang bulan April dan Mei ini.

*** Mujur tak bawa baby Muhammad Harraz, kalau tak mesti tak selesa.






Saturday, February 14, 2015

Selera Makan

Cara pemakanan sehari-harian kita memang perlu dijaga jika inginkan tubuh badan yang sihat.  Apa yang paling ditakuti bila makanan menjadi punca kepada penyakit yang dihidapi seperti diabetes dan darah tinggi. Pada saya, cara pemakanan juga perlu dikawal selain daripada untuk mengelakkan daripada penyakit tetapi juga daripada perkara yang paling saya takuti iaitu pertambahan berat badan @ obesiti.  Alhamdulillah, berat badan saya masih tidak banyak beza dengan berat badan dahulu.  Cara pemakanan yang paling saya jaga ialah makan malam tidak melebihi jam 8.30 malam setiap hari dan tiada istilah makan/minum lewat malam atau 'supper' di rumah kami.

Kadang-kadang terfikir juga, baik makan sahaja selagi berselera kerana bila dah sakit, nikmat makan itu dah tiada rasa apa-apa. Namun, pesan saya pada diri sendiri dan pembaca, makanlah selagi berselera tetapi biarlah secara berpada-pada atau tidak terlalu berlebihan kerana apa yang kita kerap makan di dalam kuantiti yang banyak itulah yang menjadi punca kepada setiap penyakit yang kita hidapi.  'Entry' kali ni khusus gambar berkaitan dengan selera mata hingga turun ke perut ~














Tanaman kami yang menjadi bulan Februari ni ialah pisang tanduk dan pisang nangka.














Berkali-kali kami buat pisang goreng cheese.  Oleh kerana buat sendiri, habis keseluruhan pisang disira dengan taburan cheese dan susu pekat beserta coklat rice.  Sungguh puas menikmatinya berbanding dengan pisang goreng cheese yang kami beli sebelum-sebelum ini.  Dahlah harganya boleh tahan, segala-galanya kurang, baik dari segi pisang yang belum cukup masak hinggalah ke taburan sira di atasnya.



Pokok daun bawang yang terhasil daripada semaian bawang merah.














Lauk gulai @ kari ayam yang sekarang ni dah jadi kesukaan Khadija dan Fatihah.  Tak puas makan di rumah wan, saya masak sendiri. Saya memang gemarkan lauk yang berkuah seperti ini.  Memang 'best' sebab selain dari makan dengan nasi boleh juga diratah makan bersama roti atau paling tidak dengan biskut kering empat segi.






Wednesday, February 11, 2015

Rezeki @ Pesta Buku SACC, Shah Alam

Kami tak lepaskan peluang bawa anak-anak ke pesta buku yang berlangsung pada awal Februari di SACC, Shah Alam. 



'Booth' pertama yang Khadija tuju, Ana Muslim.  Dija dah pandai memilih buku ikut citarasa dia, bukan lagi buku komik atau majalah tetapi yang dipilihnya novel bersiri Ana Muslim.














Fatihah yang belum berminat dengan karakter Ana Muslim.  Kat 'booth' ni sempat juga saya belikan mereka berdua t-shirt Ana Muslim. 














Kami di 'booth' kaedah membaca bahasa inggeris 'Noddy'.  Kerana nak 'menjaga hati' dan memberi peluang kepada jurujual, saya terperangkap hampir 1 jam di 'booth' ini.  Padahal tak berminat langsung.  Kaedahnya lebih kurang macam 'Grolier'.  Harga hampir RM2,500.00 termasuk buku dan set DVD yang boleh dibeli secara ansuran bulanan.  Pendapat saya mengenai kaedah pembelajaran sebegini, ianya memang baik untuk membantu anak-anak belajar membaca dengan cepat, tetapi masih perlu pemantauan dan tunjuk ajar dari ibubapa.  Tak berbaloi rasanya kerana saya tahu tahap anak saya yang cepat bosan dengan sesuatu. 














Budak baik, Muhammad Harraz yang berada bersama abah Hakim sepanjang kami menjelajah setiap 'booth'.























Mereka berdua yang tak tahu duduk diam.

Kami berbelanja tak sampai RM100.00 dengan 6 majalah Upin Ipin, novel Ana Muslim, 2 buah buku pengetahuan agama abah Hakim dan 2 helai t-shirt Ana Muslim.














Singgah ke Plaza Alam Sentral sebab nak ke Romantika.  Sebelum tu kami makan tengahari di Restoran Syed.























Di pesta buku, Muhammad Harraz didukung abah Hakim.  Tapi kat Plaza Alam Sentral kami baringkan dia dalam 'stroller'.  Lebih selesa untuk Muhammad Harraz.

Sebenarnya selama 2 hari berturut-turut kami ke pesta buku ni.  Esoknya petang Ahad kami berulang ke sana disebabkan nak 'collect' hadiah cabutan bertuah.  Alhamdulillah, tak dijangka rezeki berpihak kepada kami.  Nama abah Hakim yang saya tulis pada setiap kertas cabutan bertuah terpilih salah satu daripadanya.  Makluman dibuat oleh pihak penganjur menerusi panggilan telefon pada jam 8.30 malam yang meminta hadiah cabutan bertuah diambil di kaunter urusetia di dalam tempoh 24 jam.  Cabutan  bertuah ni kalau tak silap dibuat setiap hari dengan tawaran beberapa hadiah.























Abah Hakim biasa-biasa je.  Yang teruja saya, sebabnya saya yang menulis kertas cabutan bertuah tersebut.














Di kaunter urusetia, kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.














Hadiah disampaikan secara tidak formal di hadapan kaunter urusetia.  Rupa-rupanya salah seorang kakitangan PPAS ni isteri kepada kawan kami, staff MPK juga iaitu Baizurin.














Hadiah cabutan bertuah, set Al-Quran Read Pen. 














Ni set Al-Quran Read Pen yang kami ada sebelum ini.  Tapi pen dan 'charger'nya telah dicuri semasa rumah kami dipecah masuk dulu.  Sangat bersyukur kerana Allah gantikan set yang lebih lengkap buat kami.

Dari sini, saya belajar........ hikmah yang tersembunyi daripada amalan bersedekah dan wakaf.  Terdapat rahsia disebaliknya, semakin banyak kita memberi, Allah akan pulangkan kembali kepada kita dengan cara yang tidak disangka-sangka.  Rezeki bukan sahaja dari sudut harta dan kebendaan, tetapi juga kesihatan yang baik, anak-anak yang sihat, cerdik dan cemerlang serta rumahtangga bahagia. 

Pesanan buat diri saya dan pembaca, jangan kedekut atau teragak-agak untuk bersedekah.  Bukan nilai yang besar perlu dibelanjakan untuk bersedekah, yang penting ianya ikhlas walaupun kecil.






Tuesday, February 3, 2015

Gambar Cantik Majlis Aqiqah

Akhirnya gambar yang Pak Unggal @ Amirul (sepupu saya) siap untuk tatapan kami dan ini sebahagian daripada gambar yang telah dirakam.



















































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...