Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Tuesday, September 27, 2011

Wajah-Wajah Kesayangan Saya
















Wednesday, September 7, 2011

Aidilfitri 2011

Hari Raya Aidilfitri tahun ni kami sambut dengan kesederhanaan tetapi masih meriah seperti tahun-tahun lepas. Cerita lebih kurang sama seperti tahun lepas, pagi raya di rumah mertua di Kampung Bukit Kerayong, Jeram, Kuala Selangor. Menjelang jam 11.00 pagi kami ke rumah keluarga sebelah saya pula, di Telok Gadong, Klang. Raya kedua pula bersama keluarga sebelah mertua, berkonvoi beramai-ramai ke rumah saudara-mara sebelah Hakim. Raya ketiga dan seterusnya ke rumah adik-beradik pula.

Gambar Raya Pertama -



Khadija dan Fatihah yang dah bangun awal pagi. Punyalah 'excited' mereka berdua ni. Pada malam raya, Khadija berebut channel tv dengan Fatihah pasal, Khadija nak dengar alunan takbir raya. Bila saya tanya kenapa nak sangat dengar takbir raya, Khadija boleh bercerita yang menurut ustazah di PASTI bila raya ada takbir, melawat kubur dan macam-macam lagi. 'Advanced' juga pengetahuan Khadija ni.



Pasangan bahagia dunia dan akhirat. Amin.



Kami yang masih berempat lagi pada tahun ni. Warna tema kami raya pertama biru putih.



Menunggu abah balik dari solat Aidilfitri. Khadija dan Fatihah bersama sepupu.



Makan kuih raya.



Fatihah dengan kerepeknya.

Gambar Raya Kedua -



Cute bila dipakaikan baju yang sama.



Busana dari kain sari yang dihadiahkan oleh pak cik saya. Kain sari ni 6 meter, lebih 2 meter lagi dibuat baju kurung Khadija.



Family Hakim. Saya frust juga, gambar dengan family sebelah saya tiada. Disebabkan kelam-kabut bila sampai ke rumah mak, lupa nak ambil gambar.



Bersama ipar dan biras (dengan pasangan masing-masing). Warna tema kami untuk raya kedua coklat gold.



Dengan cousin.



Di rumah mak saudara Hakim. Punyalah ligat Fatihah ni, berpeluh-peluh bermain dengan sepupu-sepupunya.



Sebelah petang, kami masih meneruskan agenda beraya. Kali ni ke Kampung Bukit Kuching. Budak berdua ni dah bertukar baju lain.



Gambar Raya Ketiga.



Warna tema kami sekeluarga adalah oren. Masa ni di rumah abang sulung Hakim.



Hari seterusnya di rumah kami. Semua adik beradik Hakim beraya dan berkumpul di rumah kami.



Mungkin raya tahun ni, merupakan raya terakhir kami di Taman Saujana Kapar ni. Insya'Allah tahun hadapan di rumah baru.



Di rumah acik Jikin yang totally berubah wajah. Cantik, dengan sofa dan cat baru.



Fatihah yang ceria. Tunjuk 'peace' konon. Tapi satu jari je.



Fatihah lagi.



Berbaju kurung pink kali ni.


Syawal selama sebulan. Maka, belum terlambat ucapan hari raya ditujukan kepada sesiapa yang membaca blog saya ni. SELAMAT HARI RAYA AIDLIFITRI DARI KAMI SEKELUARGA. Semoga kita bertemu lagi Syawal tahun yang akan datang.






Tuesday, September 6, 2011

Kek Sempena Aidilfitri

Kalau orang lain, sibuk dengan biskut raya tapi berbeza dengan saya yang memilih hanya untuk membuat kek buah kukus dan kek marble bersempena dengan kedatangan syawal tahun ni. Kiranya saya dah 'expert' dengan kek buah kukus. Cumanya kek marble tu kurang lembut sedangkan resepi yang saya gunakan diambil dari mak usu yang dah sememangnya mahir menghasil dan menjual kek.



5 kek buah ni terhasil daripada 2 bancuhan adunan.



Kali ni saya menggunakan bekas aluminium foil. Bukan apa, mudah nak diagih-agihkan kepada mak, mak cik dan mak mertua.



Kek marble sedang dibakar di dalam oven.



Bancuhan 2 adunan dapat menghasilkan 4 bekas kek marble.



Hakim dan mak cik-mak cik saya rata-rata memuji kek buah kukus ni dan ada yang memberi galakan supaya saya cuba memasarkannya. Insya'Allah kalau rajin dan ada kelapangan masa, akan saya usahakan.






Monday, September 5, 2011

Peristiwa Di Akhir Ramadhan 2011

Syukur Alhamdulillah, ramadhan tahun 2011 telah sampai ke penghujungnya. Seperti biasa, rutin keluarga kami untuk berbuka puasa di luar hanya pada malam terakhir ramadhan atas sebab Hakim tak nak rugi melepaskan peluang solat tarawikh berjemaah. Lokasi pilihan kami tahun ini bukan di hotel tetapi hanya di Pizza Hut, Jusco Bukit Tinggi.



Fatihah kesayangan saya.



Sayang betul kakak dengan adik.



Berbuka puasa disekalikan dengan sambutan birthday Fatihah pada 16 Ogos lepas.



Kek mereka berdua pilih sendiri.



Budak cinonet yang cute.



Mak dan bapak mertua serta kakak dan adik ipar turut serta atas jemputan dari kami.



Khadija yang nakkan perhatian.



Adik dengan keknya.



Khadija dah pandai ber'posing' bila bergambar.



'Pose' menarik dari Khadija.



Fatihah korek hidung bersama aciknya.



Aksi dari Fatihah.

Oleh kerana birthday Fatihah jatuh pada bulan puasa seperti tahun lepas, maka sambutan dibuat secara bersederhana sahaja. Doa mama buat Fatihah, semoga Fatihah membesar sebagai anak yang solehah, cerdas akal fikiran, sihat tubuh badan dan berjaya dunia dan akhirat. Amin.

Mama sayang Fatihah!!!

Semoga kami diberi kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur supaya dapat lagi bertemu bulan Ramadhan dan Syawal pada tahun akan datang.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...