Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Thursday, June 19, 2014

Aktiviti Mereka Di Cuti Sekolah

Cuti sekolah selama 3 minggu lepas, pada hari mama bekerja mereka akan menghabiskan masa seharian di rumah wan.  Kalau tak bermain dengan Fariz dan Puteri sepupu mereka, masa dihabiskan dengan menonton televisyen.

 
Gambar dirakam selepas balik dari kenduri, singgah sekejap kat rumah wan.  Mereka berdua memang pandai buat mata juling sejak dari 'baby' lagi.  

 
Fatihah yang semakin menjadi-jadi manja dan mengada terutama bila bersama abah Hakim.  Nakkan perhatian yang lebih dan pujian, tapi agak malas berusaha jika dibandingkan dengan kakak.  Apa-apa pun Fatihah memiliki karakter tersendiri yang istimewa bagi kami.

 
Menonton wayang di MBO, Harbour Place selepas ke kenduri kahwin.
























Sampai di MBO hampir 2.45 petang, tayangan terhampir jam 2.50 petang.  Elok je ada cerita Abang Long Fadhil lakonan Zizan Razak yang paling terdekat.  Terus sahaja abah Hakim beli tiket. 


















Cerita ni kenalah dengan 2 beranak ni Khadija dan abah Hakim. 

















Mama dan Fatihah yang tak berapa nak layan cerita Abang Long Fadhil sebab aksinya memang banyak tak logik.  Fatihah asyik merungut nak minta tukar tengok cerita lain.


















Di hari yang lainnya, kami bawa mereka berdua ke Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam.  Mama carikan Fatihah buku berkaitan angsa yang bertepatan dengan projek 'Fun English At Home'.























Fatihah yang mulanya agak 'moody' sebab masih mamai dikejutkan dari tidur.  Dia ni pantang jalan jauh sikit mesti tertidur dalam kereta.























Akhirnya, lepas 10 minit kembali aktif semula.

















Lepas tu, mulalah Fatihah dan Khadija tak duduk diam.  Berlari ke sana sini dalam 'library' tu.  Walau ditegah suruh duduk diam tak dihirau mereka.























Hujung minggu seterusnya, kami ke Sungai Buloh mencari pokok bagi projek landskap kami.

















Mereka yang tak sabar, sampai je rumah terus mulakan operasi menanam pokok yang dibeli dalam pasu.

















Bukan main suka sebab dapat main tanah.

















Pokok buluh yang kami beli untuk ditanam di dalam pasu besar dan diletakkan di hadapan pondok @ gazebo kami.

















Hasil landskap kami.  Abah Hakim bersemangat untuk menambahbaik landskap setelah pasang lampu kat gazebo ni.  Meriahlah nampaknya malam Ramadhan dan Syawal kami tahun ni dengan kerlipan lampu gazebo ni nanti.

















Keterujaan mereka berdua beradik di musim cuti sekolah ni bertambah bila mana abah Hakim beli mesin potong rumput jenis sorong.  Selalu abah Hakim guna yang sangkut kat belakang, kali ni tukar pakai sorong pula sebab katanya boleh potong rumput dengan lebih 'relax' dan santai.  Kakak Dija yang paling 'excited' nak tolong abah Hakim potong rumput.














Berjalan ke beberapa 'shopping complex' dalam beberapa kali juga dengan tujuan beli baju raya mereka berdua.  Setakat ni mama dah puashati sebab dapat beli mereka beberapa pasang baju dan kasut raya dengan harga yang berbaloi sebab beli masa ada diskaun.  Alhamdulillah, lepas ni dah boleh fokus persiapan lain pula.














Abah Hakim membawa mereka berdua membuat pemeriksaan gigi di Klinik Kesihatan Pandamaran.  Rutin setiap 6 bulan sekali.  Masa ni mama tak ikut sama.  Perkhidmatan memang sekejap, tak sampai setengah jam mereka di sana.






















2 batang gigi susu Khadija di bahagian depan yang dah memang bergoyang  telah dicabut. 

 
Gigi Fatihah seperti biasa, hanya dibersih dan disapu gel.

Itulah antara aktiviti yang mereka lakukan sepanjang cuti sekolah ni selain daripada menyiapkan 'homework' @ tugasan yang guru mereka bagi.  Alhamdulillah.






Monday, June 16, 2014

Projek Tadika Fatihah

Tugasan untuk Fatihah yang diberikan oleh Tadika Ceria Az-Zahrah iaitu projek 'Fun English At Home' (Bounty Programme).  Seperti tahun lepas juga, bertemakan samada haiwan atau kenderaan.  Mama selaku penggerak projek ni memilih tema haiwan dengan mengambil angsa peliharaan kami iaitu Kaka sebagai model kepada projek adik kali ni.


















Fatihah berpuashati dengan model yang mama siapkan untuk dia. Sepatutnya model kena menggunakan bahan buangan @ terpakai dan diletakkan di dalam kotak.  Tapi mama sengaja ubah ikut kreativiti sendiri.

















Entah berapa agaknya markah yang Fatihah dapat.  Markah dari sudut hasil kerja tangan pelajar mungkin tak ada kot sebab hampir 90% mama yang hasilkan model ini.  Markah komitmen dan 10 perkataan mungkin boleh dapat.


















Disebabkan ibu bapa kena sediakan journal @ laporan berkaitan projek ini, 'observation on the habitat of the goose' perlu dibuat.

















Bukan main lagi si Kaka bila Fatihah cuba mendekati dia.  Suara Kaka punyalah kuat.



Khadija yang banyak membantu adik Fatihah menghafal dan mengingati 10 perkataan berkaitan angsa.  Nampak macam Fatihah boleh ingat kesemuanya.  

'Good Luck' Fatihah!  Mama, abah dan kakak Khadija yakin Fatihah boleh menunjukkan bakat Fatihah semasa 'presentation' projek ni pada teacher Edzati nanti.







Thursday, June 12, 2014

Mandi-Manda Wet World, Shah Alam @ Cuti Sekolah

Cuti sekolah selama hampir 3 minggu kali ni, saya dan abah Hakim menghabiskan cuti kami beberapa hari untuk meluangkan masa bersama-sama mereka berdua.  Kali ni kami tidak ke lokasi yang jauh atau menginap di mana-mana hotel.  Biarlah bajet cuti-cuti yang kami peruntukkan tu banyak sikit sehingga hujung tahun nanti sebab hajat di hati nak bawa mereka berdua bercuti naik 'flight' pula.

Bagi memenuhi kehendak Khadija dan Fatihah yang suka mandi kolam, kami 'survey' di beberapa lokasi yang kena dengan bajet dan kesesuaian masa kami.  Akhirnya kami memilih Wet World, Shah Alam.  Perancangan yang tidak dibuat awal, 'last minute' terus sahaja kami ke sana. 

















Fatihah macam biasa.  Budak terlebih 'excited' kalau kena dengan mood dia.

















Lincah betul dia masa ni.  



















Mama macam biasa, malas nak tukar baju, hanya duduk di tepian memerhati dan mengawasi pergerakan mereka. 


















Abah Hakim yang sabar melayani anak-anak.  Dia cukup 'sporting' bab jalan-jalan ni, sebut je mana nak pergi, dia sememangnya akan memberikan kerjasama kalau kena dengan bajet dan masa.  Itu yang membuatkan kami tak boleh berenggang dengan abah Hakim ni.


















Lihat betapa 'sporting'nya abah Hakim, setia menunggu anak-anak turun naik gelongsor.

















Kakak Dija pun tak kurang hebat.  Semua tempat nak dicubanya.

















Sebenarnya tak lama kami di sana, lebih kurang 1 1/2 jam je.  Masa ni dah hampir pukul 6.00 petang.  Orang pun dah makin kurang.


















Jadilah, walaupun hanya di Wet World.  Yang penting mereka yang kami sayangi 'happy'.

Cuma komen mereka bertiga tentang Wet World ni ~ agak kotor 'especially' tempat persalinan baju.  Pandai pula si Fatihah menuntut tempat yang lebih 'best' keesokan harinya dengan abah Hakim.  Insya'Allah, 'next time' mama dan abah Hakim akan rancang betul-betul percutian kita.





Tuesday, June 10, 2014

Kakak Dah 7 Tahun

Bertambah sudah usia Khadija setahun lagi.  Syukur Alhamdulillah.  Khadija anugerah terbaik daripadaNya buat kami.  Dia memang anak yang mendengar kata.  Tidak susah bagi kami untuk menjaga Khadija dari dia 'baby' hinggalah ke hari ini.


















Kek yang 'simple' dan kecil bertepatan dengan konsep sambutan hari jadi kami, sekadar mengingati dan meraikan.  

















Fatihah pula yang terlebih 'excited'.


















Perkembangan Khadija dari segi pelajaran, memang memberangsangkan dan di luar jangkaan kerana dia cepat dan mudah faham.  Paling kami tak sangka, penguasaan dan pemahaman bahasa inggeris dia juga agak agak baik kerana dia menunjukkan minat yang tinggi dengan bahasa inggeris.  Setiap perkataan yang didengar atau dibaca melalui sarikata bahasa inggeris di televisyen cuba diterjemah beliau.  

Mama dan abah sangat bersyukur kerana Khadija juga 'ringan' untuk solat.  Sepanjang cuti sekolah ni, dengar sahaja azan Subuh terus Khadija bangun, mandi dan solat.  Dia nampaknya cuba untuk lengkapkan solat 5 waktunya sepanjang cuti ni.  Mengaji juga nampaknya tidak perlu disuruh.  Alhamdulillah, semoga ianya sebati dan berterusan dalam diri Khadija sampai bila-bila. 

Doa kami buat Khadija, semoga perjalanan dan urusan Khadija dipermudahkan, diterangkan hati, dipelihara kesihatan dan dimurahkan rezeki.

Selamat hari ulangtahun kelahiran ke - 7 tahun, kakak Khadija.  Mama, abah dan adik Fatihah sayang kakak Dija. 






Thursday, June 5, 2014

Selera Makan

Disebabkan selera makan dan sindrom "malas dan letih" masih mengusai diri sehingga ke hari ini.  Banyak cerita yang sepatutnya menjadi kenangan diabadikan di blog ini tertangguh.  

'Entry' kali ni, dirangkumkan mengenai gambar makanan.  Saya akui, hilangnya atau tiada selera makan bererti juga hilang satu nikmat hidup saya. 


















Makan di Texas Chicken, AEON Bukit Tinggi, Klang bagi meraikan 'birthday' saya pada 25 April lepas.  Alhamdulillah dan terima kasih abah Hakim sebab beria-ia hendak meraikan walaupun tahu saya tiada selera untuk makan apa-apa. 


















Mereka berdua yang menceriakan suasana.  Tiada serinya tanpa kehadiran mereka. 

 















Kami ber'steamboat' di rumah.  Ni hasil idea abah Hakim.

















Hanya menggunakan 'rice cooker'.  Jadilah, bukan makan beria sangat pun.
 

Menu lauk kenduri tahlil arwah atuk, nenek dan moyang kami.  Kalau kenduri kecil-kecil dalam rumah macam ni, kami masih mengekalkan budaya hidang lagi.  Lauk pilihan selalunya merupakan lauk kesukaan arwah atuk dan wan.

















Pizza dan cupcake untuk meraikan Hari Ibu khusus untuk saya.  Sungguh berbesar hati saya ketika ini.

















Cupcake yang sebenarnya lebih kepada mereka berdua.














Ni masa kami makan tengahari di Restoran Nasi Arab, Bandar Bukit Raja, Klang.  Kerapkali makan di luar sehinggakan naik jemu.  Mama hilang selera makan, sebaliknya dengan Khadija yang selera makannya semakin menjadi-jadi semenjak bersekolah sepenuh masa dari 7.30 pagi hingga 6.15 petang.

Apa pun, Alhamdulillah........ 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...