Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Thursday, April 28, 2011

Berbabeque Tiba-Tiba

Sabtu malam Ahad baru-baru ni, takde angin, takde ribut, tiba-tiba je mak bagi tahu kak Ti (kakak sulung saya) yang sekarang duduk di Teluk Intan, Perak akan balik. Tujuan balik ke Klang secara tiba-tiba adalah untuk berbabeque disebabkan abang ipar memperolehi ikan, udang, sotong dan ketam dalam kuantiti yang terlalu banyak dengan harga yang murah. Apalagi berbabequelah kami secara tiba-tiba.



Kita orang main cucuk-cucuk je dengan lidi. Sebab perancangan tiba-tiba, nak ambil daun pisang dari kebun pun tak sempat. Tapi ikan semua sempat disiang dengan dibantu oleh mak lang.



Ayam pun ada.



2 budak yang tak tahu duduk diam. Khadija sangka ada sambutan majlis hari jadi. Punyalah dia tunggu kek, sampai ke sudah takde kek malam tu.



Nasi goreng.



Sedang membakar.



Ikan pari punyalah besar. Ada dalam 4 ekor. Disebabkan orang tak ramai, tak semua dibakar malam tu.



Budak comot.



Bebola ketam dan tauhu pun ada.



Best sungguh rasa ikan pari bakar bila dicecah dengan air asam.

Ikan segar ni bukan boleh dirancang nak dapat bila. Kebetulan je menurut abang ipar.

Monday, April 25, 2011

Sukaneka PASTI Darul Ulum II

Setelah hampir sebulan Khadija dan kawan-kawannya menjalani latihan, akhirnya pada 23 April 2011, bertempat di Dewan Teluk Pulai, Klang berlangsunglah sukaneka PASTI Darul Ulum II untuk tahun 2011. Khadija memang teruja, 2 hari sebelum sukan lagi, dah menampakkan yang dia tak sabar dan ditambah pula bila dapat baju sukan dari ustazah. Apalagi terus je beria-ia mengingatkan saya "Mama mesti datang tengok Dija sukan tau".

So, pada hari tersebut, seawal jam 7.30 pagi, kami tiba di lokasi tempat berlangsungnya sukaneka tersebut.



Bunting di hadapan Dewan.



Hanya ada 3 rumah sahaja. Rumah merah, kuning dan hijau. Masa ni, pelajar-pelajar berbaris untuk acara perasmian. Majlis dirasmikan oleh ADUN Selat Klang, Y.B. Dr. Halimah Ali. Selesai perasmian, pelajar-pelajar menyanyikan lagu Negaraku dan lagu rasmi PASTI. Diikuti dengan bacaan doa dan ikrar oleh pelajar. Begitu lancar dan bersemangat saya lihat pelajar-pelajar especially Khadija membacakan doa dan ikrar tersebut.

PASTI menekankan teknik 5 M di dalam pembelajarannya iaitu membaca, menulis, mengira, menghafal dan mengamalkan. Sudah semestinya kalau dah masuk tadika islamic ni, nampak gayanya takde lah acara menari atau menyanyi.



Fatihah yang tak tahu duduk diam walau seminit. Sungguh tak malu Fatihah ni rupanya kerana boleh selamba masuk berbaris dalam barisan Khadija.



Khadija main acara "Pilih-Pilih Kasih". Group Khadija mendapat tempat ketiga.



Bersama kawan-kawan menunggu sehingga semua acara selesai.



Wajah Khadija jelas menunjukkan keletihan dan keboringan. Hampir jam 1.30 tengahari baru acara penyampaian hadiah berlangsung.



Walaupun dapat tempat ke-3, dapat juga piala. Rata-rata saya lihat, rumah hijau terdiri daripada pelajar berusia 4 tahun, mungkin faktor umur menyebabkan rumah hijau ni kalah.

Khadija punyalah excited dengan pialanya tu yang mana saya lihat sentiasa dipegang dan di bawa tidur bersama.



Walaupun hanya dapat satu piala tapi saya bangga kerana Khadija mempunyai semangat kesukanan yang tinggi dan berdisiplin mengikut peraturan yang mana sentiasa berada di dalam kumpulan dan barisan tanpa membuat sebarang hal pada sukan tersebut.






Kami Diserang Batuk!

Gambar dan kejadian ini dirakam kira-kira seminggu sebelum rambut Khadija digunting. Inilah pertama kali saya, Khadija dan Fatihah diserang batuk yang teruk dan masih berlarutan sehingga ke hari ini. Alhamdulillah, batuk Khadija dan Fatihah dan semakin baik, cuma saya yang semakin teruk di mana suara pun dah hampir serak-serak basah bunyinya. Mungkin sebab tak pantang makan, semua makanan berminyak saya makan membuatkan batuk saya susah nak hilang. Kalau nak tahu dah 3 botol ubat batuk saya minum hingga ke hari ini dan sekarang saya cuma amalkan meminum sesudu madu setiap pagi. Ada kurangnya, cuma bila di tempat sejuk (office), batuk kembali datang. Tawakkal je lah kerana penyakit juga merupakan ujian dari Allah.



Semasa Khadija diserang batuk yang teruk. Ni kira kali kedua saya bawa Khadija ke klinik. Khadija diberikan sedutan gas setelah doktor sarankan. Tapi menurut doktor, Khadija bukan diserang asma.



Rileks je Khadija.

Doa saya, semoga kami semua sembuh dari batuk dan selesema sepenuhnya. Amin.

Monday, April 18, 2011

Rambut Baru Khadija

Cerita mengenai Khadija gunting rambut ni mesti dimasukkan dalam blog ni sebab ini merupakan kali pertama rambut Khadija digunting. Kalau diikutkan sebenarnya ini merupakan kali kedua rambut Khadija digunting yang mana kali pertama selepas majlis cukur jambul. Tapi masa tu Khadija masih baby dan bukan setakat gunting sahaja tetapi cukur sampai botak kepala Khadija masa tu.

Entah kenapa tiba-tiba saya rasa rambut Khadija ni patut digunting. Yelah, rambut Khadija ni jenis nipis dan ikal di hujung dan kalau dibiarkan kering tanpa diminyakkan pasti akan bersimpul dan semestinya akan menyakitkan Khadija bila rambutnya disikat. Tambahan pula setelah Khadija sekolah, agak merimaskan saya lihat dia lagi-lagi bila bertudung.



Respond Khadija bila ditanya samada nak potong rambut atau tidak. Jawapannya memang dia nak dan amat teruja, tak sabar nak ke kedai.



Disebabkan tiada pilihan, kedai gunting rambut Cina yang satu-satunya dibuka pada petang Ahad tu menjadi lokasi tumpuan kami. Masa kami tiba, cuma ada 2 orang customer sedang dicuci dan digunting rambut. Kiranya Khadija customer yang ketiga menunggu giliran untuk digunting rambut. Mujur kami cepat 5 minit, lepas je kami, datang dalam 5 hingga 6 orang lagi yang turut nak digunting rambut. Memang kami ni pembawa rezeki kepada kedai tu kot.



Rambut Khadija digunting tak sampai 5 minit. Sekejap sangat, mungkin sebab fesyen pilihan kami tu senang atau nyonya tu kejar masa sebab customer yang menunggu ramai lagi sedangkan jam dah hampir pukul 7.00 malam.



Dah hampir siap digunting.



Kemasan terakhir.



Ni lah rambut baru Khadija. Macam mak cik Ain katanya. Khadija pun suka dengan imej barunya ni, tak jemu-jemu dia tengok cermin.



Tengoklah, senget-benget nyonya tu potong. Mujur cuma RM4.00 je, kalau lebih mahal, saya dah complain awal-awal.






Friday, April 8, 2011

Secretaries Week Luncheon At SACC Mall With Anita Sarawak

Tahun ni sempena minggu setiausaha, saya berpeluang menonton show Anita Sarawak di SACC Mall. Saya, Kak Hawa dan Atikah dihantar oleh pihak pengurusan ke persembahan yang bertemakan 'Divas Las Vegas'. Selain dari Kak Anita, artis Noryn Aziz turut membuat persembahan. Kalau diikutkan ini merupakan kali kedua saya melihat persembahan Kak Anita secara 'live'. Kali pertama pada tahun 1999 di Hotel Hilton. Pada ketika itu, saya bekerja di Diperdana Holdings Berhad. Tak jauh bezanya persembahan Kak Anita ni, lagu-lagu yang dibawakan semuanya adalah lagu-lagu beliau sendiri.

Tapi bagi saya, persembahan Noryn Aziz memang best. Suara beliau memang mantap dan matang. Tahniah Noryn kerana berjaya membuatkan saya berminat kepada anda. Walau bagaimanapun, hasil gandingan Zizan dan Juliana Evans kurang menarik bagi saya. Zizan ok di dalam pengacaraan, cuma Juliana agak kaku dan seringkali tersasul.



Program bermula jam 12.30 tengahari dan tamat pada jam 3.15 petang.



Tiada door gift untuk kami. Cuma rakaman gambar yang ala-ala 'red carpet' sebelum memasuki hall. Gambar tu diberikan kepada kami setelah selesai persembahan.



Persembahan oleh 'ahlil muzik'.



Saya tetap 'maintain' dengan imej simple saya.



Kak Hawa, Atikah dan saya. Kami duduk di meja tepi yang agak ke belakang sedikit. Maklumlah yang 3rd tier punya. Tu pun kos RM420.00 juga untuk seorang.



Kerusi yang Kak Anita duduk tu merupakan hadiah cabutan bertuah. Perabot Empire Classic yang bernilai RM45,000.00. Tu bukan hadiah utamanya tau. Hadiah utama cabutan bertuah adalah rantai mutiara bernilai RM60,000.00. Tapi satu pun kami tak dapat.



Bukan main lagi Kak Anita menyanyi, siap buat pose atas kerusi. Kak Anita memang layak dipuji kerana suara dan persembahannya yang mantap dan bersahaja. Yelah berpengalaman 18 tahun katanya menyanyi di sebuah kelab di Las Vegas. Kak Anita ni pun memang amat ramah dan merendah diri dengan semua orang. Sebab tulah, ada di antara penonton yang bukan setiausaha tetapi sanggup datang dari Penang dan Melaka untuk melihat persembahan beliau tengahari tu.



Selesai persembahan, kak Hawa nak bergambar di motor ni. Layankan jelah.

Tiada gambar kami bersama Kak Anita, Noryn Aziz mahupun Zizan atau Juliana. Ramai sangat yang mengerumuni dia orang ni. Tak kuasa kami nak berhimpit-himpit di celahan mereka. Bagi saya, tak kisahlah artisnya siapa. Dapat berhibur di luar sekali-sekala dalam waktu pejabat macam ni setahun sekali pun dah dikira ok jugalah daripada tak ada kan?







Tuesday, April 5, 2011

Hari Keluarga Haji Ardani 2011

Sabtu dan Ahad (2 dan 3 April 2011), Haji Ardani & Co. dari Kampung Bukit Kerayong, Kapar telah mengadakan Hari Keluarga di D'Ark, Janda Baik, Pahang. Ini merupakan aktiviti di sebelah keluarga Hakim yang dilaksanakan dengan jayanya hasil kesepakatan dan kerjasama 8 orang anak Haji Ardani dan Hajjah Muhinah.

Kami mengambil 8 buah chalet bagi menempatkan 8 buah keluarga. Manakala budak-budak lelaki tidur di dalam khemah.



Kami bertolak seawal jam 6.30 pagi. Janda Baik taklah jauh sangat. 1 1/2 jam perjalanan dah sampai. Sengaja kami rancang sampai ke sana awal supaya program yang diatur dapat berjalan lancar.



Semasa berhenti berkumpul. Masa ni dah hampir-hampir tiba di Janda Baik.



Banner gambar mak dan bapak mertua saya.



Bukan main lagi Khadija duduk. Penatlah konon tu. Khadija sebenarnya tak berapa sihat masa ni, kena batuk yang teruk, kasihan dia sebab tak cukup tidur malam sebelumnya.



Fatihah yang paling 'cool'. Jelas nampak yang Fatihah seronok dan 'excited' sebab dapat berkumpul dengan sepupunya yang berjumlah 19 orang (tidak termasuk Khadija dan Fatihah).



Bangsal tempat berkumpul, masak dan makan.



Sarapan pagi dan makan tengahari dibawa dari rumah. Semuanya Kak Nani yang masak. Kak Nani ni kakak Hakim, dia ni memang rajin dan baik hati. Masakannya pun boleh tahan sedap. Kami semua telah diberi tugas masing-masing sepanjang berada di sana. Ada yang ditugaskan sebagai Jawatankuasa hadiah, menyediakan nasi, minuman, minum petang, barbeque dan lain-lain.



Fatihah yang menjadi tumpuan sebab terlampau 'sporting', tak meragam langsung.



Dhiya Khalisya ni memang suka dengan budak kecil. Pantang nampak Fatihah mesti nak dokong.



Chalet kami yang siap berhawa dingin dan tv. Kadar bayaran untuk chalet ni RM120.00. Bagi chalet yang cuma berkipas sahaja dikenakan RM50.00.



Check-in je dalam bilik, Fatihah terus berbaring atas katil. Letih agaknya.



Khadija memang suka kalau dapat tidur tempat yang dipanggilnya 'rumah hotel' ni. Beruntung sungguh Khadija ni. Mama dah besar panjang, bekerja baru merasa tidur kat hotel. Sedangkan Khadija dah banyak hotel dia merasa bermalam.



Masa ni sekitar jam 11.30 pagi. Sebelum makan tengahari, budak-budak dah terjun sungai. Tak sabar mereka ni. Khadija sekejap je saya benarkan berada dalam air sebab dia selesema.



Fatihah pun bukan main lagi bila nampak air.



Selepas makan tengahari, kami berehat sebentar, ada yang sambung mandi di sungai dan ada yang tidur. Bermula jam 3.00 petang kami berkumpul semula untuk memulakan game. Banyak hadiah disediakan yang mana setiap family perlu membawa sekurang-kurangnya 5 hadiah.

Antara game yang diatur adalah tiup belon, kerusi muzik, pakaikan baju anak, treasure hunt, teka gambar dan kotak beracun (game sebelah malam). Sebenarnya ada lagi game tapi saya tak ingat.



Ni acara treasure hunt. Penamatnya setiap kumpulan perlu menyusun selipar dengan cara masing-masing. Selipar yang paling tinggi dikira pemenang.



Acara kerusi muzik. Masa ni ada kerusi yang patah sebab berebut.



Kerusi muzik untuk kaum ibu.



Cucu sulung Haji Ardani iaitu Faiq yang memang berbakat bermain gitar dan menyanyi.



Budak -budak terjun semula ke dalam sungai setelah selesai game petang tu.



Masa ni hampir-hampir senja. Kami dah berada dalam bilik, mandi dan bersiap.



Bergambar di balkoni bilik.



Bilik kami ni balkoninya menghala ke arah sungai. Itu yang seronok, sentiasa dengar deruan air dari dalam bilik.



Sementara menunggu waktu maghrib. Solat maghrib malam tu diadakan berjemaah di sini.



Acara seterusnya berbabeque.



Game kotak beracun. Semua kena main kecuali mak dan bapak.



Nana yang kena buat aksi garu. Sebelum game ni, sebenarnya ada acara tukar-tukar hadiah. Kami dapat termos, hadiah dari achik Kod.



Mandi pada sebelah pagi keesokan harinya setelah kami bersarapan pagi.



Masa ni baru jam 9.00 pagi. Tahan betul budak berdua ni dengan air sungai yang sejuk.



Bergambar dengan kakak Lisa yang pantang nampak Fatihah. Asyik nak didokong je.




Khadija dah pandai berposing depan kamera.



Bergambar sebelum balik. Masa ni muka Hakim tension sebab salah satu kunci bilik hilang. Mujur jumpa semula setelah mencari beramai-ramai.



Haji Ardani & Co.



Bergambar lagi beramai-ramai.



Kami.

Saya sebenarnya dah 2 kali ke sini. Dengar kata Hakim, bulan Jun ni kami akan ke sana lagi bersama member-member Hakim pula. Tak kisahlah sebab percutian di sini memang jimat dan perjalanannya juga tidak jauh.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...