Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Wednesday, February 29, 2012

Masak-Masak

Kali ni entry khusus mengenai aktiviti masak-masak saya. Tiada story yang menarik, cuma rakaman gambar untuk ingatan saya.



Kuih @ kerepek gunting. Mudah nak membuat cuma proses nak menggoreng je yang remeh sebab saya (bukan saya sebenarnya kerana Hakim yang membantu menggoreng) tak pandai mengawal kepanasan minyak. Hasilnya ada yang terlebih masak sehingga menjadi warna coklat gelap.



Sedap. macam rasa kulit karipap sebab saya campur rempah kari.



Yang ni pula nasi ayam. Menu yang paling mudah nak buat. Nasi ayam ni dah berkali-kali saya buat dan setiap kali buat mesti berlainan versi dan rasa.



Kek buah kukus yang dibuat atas request Hakim. Satu adunan dapat menghasilkan dua biji kek bersaiz seperti di atas.



Sedap sangat. Tak rugi buat.

Sekarang ni saya sedang mencari resepi kek-kek yang berkukus sebab rasanya lebih moist berbanding kek yang dibakar. Hati ni meronta-ronta minta mencuba samada kek pandan kukus atau kek carrot kukus. Kalau dilihat resepi yang saya google, kedua-dua bahan untuk kek ni senang je. Saya agak malas kalau buat kek yang menggunakan banyak telur. Antara 2 resepi tu, rasanya kek carrot kurang guna telur, tapi kena lebih rajin pula nak menyagat carrot. Yang kek pandan pula, nak kena blender daun pandan. Tengoklah hujung minggu ni, kek apa yang bakal terhasil.






Wednesday, February 15, 2012

Gaduh-Gaduh Mesra

Anak-anak penyeri hidup. Bagi saya tanpa kehadiran anak, rumahtangga yang dibina tiada serinya walaupun serba-serbi lengkap. Kalau ada rumah yang besar sekali pun tapi tanpa keriuhan suara kanak-kanak, tak bermakna bagi saya. Dengan kehadiran mereka jugalah, kita akan terhibur walaupun penat seharian di tempat kerja.

Berbalik kepada cerita anak-anak saya, Khadija dan Fatihah saya lihat semakin hari semakin bijak berfikir dan berkomunikasi. Ditambah pula dengan kerenah, sifat manja dan inginkan perhatian, adakalanya membuatkan saya hilang sabar. Mujur kalau saya bertegas atau meninggikan suara, Hakim jadi penenangnya. Dan kesannya, anak-anak memang lebih manja dan rapat dengan abahnya.



Kerenah/gelagat 2 beradik ni, dalam sehari mesti beberapakali bergaduh. Si adik Fatihah lah yang selalu memulakan pergaduhan. Fatihah memang pandai mencari sebab nak bergaduh dengan Khadija. Antaranya, Fatihah paling suka rampas buku atau disorokkan alatulis kakak sehingga kakak menangis. Paling tak boleh tahan tu, Fatihah pandai menggunakan tangannya untuk memukul, menarik rambut atau mendebik kakaknya walaupun dia tu cuma cinonet je. Yang si kakak walaupun besar, yang dia tahu menangis meluru kat abah atau mama minta perlindungan. Tapi kadang-kadang saya lihat, dibalasnya juga dengan mendebik semula adiknya Fatihah. Geram ada, kelakar pun ada.

Bila difikir dan dimuhasabah semula, saya lihat perangai Fatihah ni ada sedikit macam perangai saya kecil-kecil. Dalam adik-beradik pun saya memang terkenal suka memulakan pergaduhan, mencari perhatian dalam keluarga dan kuat juga menangis.



Fatihah menangis sebab kalah dalam aksi merebut buku dengan kakaknya.



Meluru ke arah saya bagi meraih simpati saya untuk mendapatkan buku dari tangan kakaknya.



Khadija memang ada ciri sebagai kakak. Saya lihat perangai Khadija ni, tidak suka bergaduh, lebih senang berdiam diri bila adik memulakan pergaduhan. Cuma Khadija ni agak keras sedikit dan amat payah untuk mengalah dan suka mempertahankan haknya sendiri. Dalam erti kata lain, kedekut.



Khadija dengan rambut barunya. Kiranya ni kali ketiga rambut Khadija dipotong. Pertama kali semasa dicukur jambul. Kali kedua pada bulan April 2011 dan kali ketiga baru-baru ni. Bukan apa, lebih mudah diurus dan kemas sebab Khadija bertudung ke tadika. Manakala anting-anting emas berbentuk bulat tu pula, baru je dibeli pada pertengahan bulan Januari lepas. Masa tu harga emas segram tak silap saya RM187.00. Baru dipakai bagi menggantikan sebelah anting-anting Khadija yang hilang.

Tangisan dan gelak tawa kedua-duanya memang agak membingitkan suasana, tapi bagi saya tanpa mereka, hidup saya dan Hakim 'kosong'. Doa saya buat mereka, "Ya Allah, panjangkanlah usia anak-anakku, murahkanlah rezeki mereka, peliharalah kesihatan mereka, cerdaskanlah akal fikiran mereka, cemerlangkanlah pendidikan dunia dan akhirat mereka, peliharalah mereka daripada kejahatan supaya mereka menjadi anak yang solehah, berjaya di dunia dan di akhirat. Amin".






Monday, February 13, 2012

Rumah Taman Saujana Kapar, Tok Muda, Kapar Dalam Kenangan

Pada akhir bulan Januari 2012, secara rasminya kami telah mengosongkan rumah kami di Taman Saujana Kapar, Tok Muda. Bermacam perasaan yang timbul, gembira ada, sedih ada, risau ada dan bermacam-macam lagilah. Gembira sebab dah pindah ke rumah baru yang lebih selesa dan dekat dengan tempat kerja. Sedih sebab terpaksa mengorbankan aset yang telah berjasa kepada kami sekeluarga. Rumah 3 bilik dan 2 bilik air yang amat selesa bagi keluarga kecil seperti kami.

Pada mulanya, dalam perancangan Hakim, rumah ni nak dijadikan sebagai tempat persinggahan kami pada hujung minggu ataupun menjadi 'homestay'. Kalau diikutkan juga, saya tak berniat nak mengosongkan semua perabot kami dalam rumah tu. Antara yang dihajat untuk ditinggalkan adalah katil, almari baju dan kabinet tv. Tambahan pula, kabinet dapur pasang siap kami beserta 'hood + hob' jenama elba tu, saya memang sayang sangat.

Tapi disebabkan ada permintaan sewaan, walaupun harga yang kami tawarkan lebih tinggi daripada yang dipersetujui, akhirnya kami rela menyewakan rumah ni, atleast ada yang jaga. Dan akhirnya yang kami tinggalkan hanyalah kabinet dapur, set pinggan melamine yang saya dah tak minat nak guna, kerusi dan meja aluminium serta 'air cond' yang rosak. Dengan isteri penyewa banyak yang saya tinggalkan pesanan, saya minta dia jaga rumah ni seperti rumah sendiri.

Semenjak berpindah ke rumah baru, hanya 2 atau 3 kali kami bermalam di sini, pada ketika tu masih ada lagi barang-barang seperti katil dan tv. Barang-barang yang saya plan pada awalnya nak ditinggalkan, hanya diangkat menggunakan lori pada pertengahan bulan Januari lalu.



Hari terakhir sebelum rumah bertukar tangan. Masa ni kami sedang tunggu penyewa datang untuk ambil kunci.



Khadija dah takde perasaan sayang kot kat rumah ni. Dulu bukan main lagi kata "Ni rumah Dija". Sekarang tak lagi, rumah baru tu lah katanya rumah dia.



Dua budak yang menyibuk. Kadang-kadang ok bermain, kadang-kadang gaduh. Geram je.



'Air cond' ni sebenarnya 'compressor' dia yang rosak. Malas nak 'repair' kata Hakim, baik beli baru.

Seperti kata pepatah, "Tempat Jatuh Lagikan Di Kenang, Inikan Pula Tempat Bermain". Buat rumah no. 40, Taman Saujana Kapar, Tok Muda, banyak kenangan yang tak mungkin saya lupakan. Disinilah kami belajar duduk berasingan daripada keluarga masing-masing setelah mendirikan rumahtangga dan hidup berjiran di dalam suasana taman perumahan.

Dua rumah kami telah mempunyai penyewa. Aset ni bukan untuk kami tapi untuk anak-anak kami. Apa yang dapat saya zahirkan hanyalah dengan ucapan 'Syukur Alhamdulillah' atas limpahan rezeki dan kurniaan daripadaNya buat kami sekeluarga.






Restoran Upin Ipin

Kejadian yang dah lama berlaku, tapi baru nak story dalam blog. Kami ke Rrestoran Upin Ipin di Seksyen 7, Shah Alam ni (di belakang Jakel) tanpa perancangan. Memang pada mulanya Khadija ada juga suarakan hasrat pada abahnya, "Apa kata kita makan kat kedai upin ipin, nak tak abah?". Sebenarnya pada hari kejadian, kami ke Sungai Buloh, meneroka dari satu nursery ke satu nursery untuk mencari pokok yang bakal dilandskapkan di kawasan rumah baru kami. 'On the way' nak balik tu, disebabkan masih ada masa dan saya juga tak plan nak masak di rumah malam tu, maka kami sepakat singgah di restoran ni.



Waktu ni masa dah hampir pukul 6.30 petang. Budak berdua ni muka sememeh sebab baru bangun dari tidur.



'Excited' sebab dalam kedai ni banyak gambar upin ipin yang digantung di dinding. Tayangan siri upin ipin juga sentiasa terpasang di tv yang terdapat di dalam restoran ni. Tak ketinggalan, ada juga booth yang menjual barangan upin ipin.



Kami makan ringan-ringan je, pau Tanjung Malim, nasi ayam dan kentang goreng. Air pula teh 'o' ais limau, milo ais dan sirap bandung. Pada saya harga di sini boleh tahan juga. Nasi ayamnya pula kurang menepati selera saya.



Seperti biasa, Khadija dan Fatihah 'share' je air milo ais.



Comot dan sememeh muka budak berdua ni. Mana taknya penat mengikut mama dan abah berjalan dari satu nursery ke satu nursery. Walaupun penat, hasilnya pada hari tu, kami dapat membeli berjenis-jenis pokok termasuk orkid. Entry mengenai tanaman di rumah baru kami, akan saya masukkan nanti.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...