Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Thursday, December 31, 2015

Aktiviti Cuti Sekolah ~ Dental Check Up

Alhamdulillah, misi saya untuk membawa mereka berdua menjalani pemeriksaan gigi setiap 6 bulan sekali tercapai.  Kalau tak silap, semenjak tahun 2012 dan tahun ini bersamaan dengan tahun ke-3 saya telah membawa mereka berjumpa dengan doktor gigi.  Saya memang sengaja memilih klinik gigi kerajaan yang pada saya perkhidmatannya boleh diberi 10/10 bintang yang mana setakat ini saya belum menghadapi sebarang masalah ketika berurusan di klinik gigi kerajaan.  Untuk pengetahuan ibubapa yang ingin menjadikan pemeriksaan gigi ini sebagai rutin atau aktiviti yang perlu dijadualkan untuk anak-anak, saya sarankan pilihlah cuti sekolah untuk membawa mereka.  Klinik ini dibuka setiap hari untuk kanak-kanak sepanjang cuti sekolah pada sebelah pagi dengan dikenakan bayaran hanya RM1.00 seorang. 













Mujur tak ramai pesakit.  Urusan pun sekejap sahaja.























Sebelum masuk bilik pemeriksaan.  Kakak Khadija 'over confident' sebab dia rasa gigi dia ok berbanding gigi Fatihah.  Mesti gigi Fatihah yang akan kena tampal nanti.














Jeng, jeng, jeng.  Rupa-rupanya gigi Fatihah ok dan tak perlu ditampal.  Hanya perlu tunggu mana-mana gigi susu yang bergoyang tu luruh dengan sendiri sahaja.  Sebaliknya dengan gigi Khadija, sebelah bawah ada sebatang gigi kekal dah mula tumbuh.  Atas saranan 'nurse', gigi susu yang ada perlu dicabut sebab bimbang gigi kekal nanti tumbuh tak cantik.  Terus sahaja proses cabut gigi susu dilaksanakan bila saya berikan tanda setuju.

Insya' Allah.  Semoga gigi mereka berdua tumbuh cantik tersusun nanti.






Aktiviti Cuti Sekolah ~ Cycling @ Putrajaya

Seawal jam 7.00 pagi hari Ahad, kami memulakan perjalanan ke Putrajaya semata-mata sebab nak berbasikal.  Niat abah Hakim pula, bukan sekadar beriadah mengeluarkan peluh dan membakar kalori tetapi juga untuk memberi semangat kepada Fatihah untuk belajar berbasikal.














Kasihan dengan Harraz, hanya dapat melihat sahaja kakak berbasikal.  Dia dikawal pergerakannya dengan hanya diletakkan di dalam 'stroller'.












Sebelum matahari pagi memancar teriknya, eloklah aktiviti berbasikal dimulakan.














Fatihah masih berbasikal roda tiga.  'Target' mama dan abah, masuk sahaja darjah 1 dia dah boleh berbasikal tanpa bantuan lagi.














Memulakan penjelahan sekitar kawasan tasik Putrajaya.














Harraz senang hati, duduk sambil makan donut yang mama suapkan.


Asyik rakam gambar mereka sahaja, mama pun nak bergambar juga.














Mama ambil giliran berbasikal pula.  Abah jaga Harraz.














Sekali-sekala berbasikal memang rasanya tak nak berhenti.














Terasa penat, duduk sekejap berehat.














Abah Hakim dengan anak-anak.














Harraz seronok bila mama lepaskan dia bebas berjalan.














Lokasi di Masjid Tunku Mizan @ Masjid Besi yang menghadap ke arah tasik.














Kakak pun berhenti berbasikal sebab nak 'join' Harraz.


Berlatar belakangkan bangunan masjid.

Memang seronok sekali-sekala jika ada masa terluang ke lokasi yang jauh sedikit untuk beriadah.  Walaupun hanya beberapa jam, tapi berbaloi sebab sambil beriadah dapat juga meninjau keindahan sekitar Putrajaya.






Wednesday, December 30, 2015

Aktiviti Cuti Sekolah ~ Swimming @ Kompleks Sukan Pandamaran

Aktiviti yang tak pernah membosankan Khadija dan Fatihah iaitu ke kolam renang.  Abah Hakim pula melayan sangat kerenah mereka berdua.  














Harraz pun dah pandai...... sangat suka dia berendam dalam air.














Abah Hakim yang sabar melayan anak-anak.














Harraz yang  tak puas berendam.  Bila abah Hakim suakan kepada mama, punyalah dia mengelak daripada diambil naik ke atas.














Tak padan dengan kecilnya.














Kakak Khadija pula terpaksa melayan Fatihah berenang dalam kolam renang kanak-kanak.


Fatihah yang masih mengharapkan pelampung.  Bukan tak ada niat nak dia belajar berenang seperti Khadija, tapi disebabkan kekangan masa dan tuntutan tugas membataskan kami untuk memberikan komitmen kepada jadual kelas renang nanti.  Namun mama tetap berazam, tahun 2016 ni Fatihah boleh berenang seperti kakak Khadija.  Insya'Allah.














Kalau dilayankan Khadija dan Fatihah, memang mereka tak akan puas berendam.  Merengek bila disuruh berhenti berendam.  Mujur di Klang ni ada kolam renang awam yang disediakan oleh pihak MPK.  Boleh pergi berendam bila-bila masa sahaja bila berkelapangan.






Aktiviti Cuti Sekolah ~ Shopping

Rasanya aktiviti yang pasti dilakukan setiap hujung minggu dalam tempoh cuti persekolahan kali ni adalah 'shopping'.

Minggu pertama pembuka cuti sekolah, lokasi pertama yang kami tuju adalah jualan gudang Bata.  Berbaloi juga rasanya dengan hanya RM50.00, kami dapat 5 pasang kasut termasuk kasut sekolah dan selipar.  Jadilah, sebagai langkah penjimatan buat kami sekeluarga walaupun terpaksa bersesak-sesak dan berpanas di dalam gudang Bata tersebut.






Kasut yang Khadija pakai tu berharga RM5.00.  Kalau tak silap jenama 'Bubble Gummers'.























Kasut yang Fatihah pakai tu pun harganya sama.  Kasut yang dipilih sendiri oleh dia.























Harraz yang tak dapat satu pun kasut, sebab kasut sediada pun masih ada yang belum dipakai.























Seronok dapat bergerak bebas ke sana sini tanpa halangan.














Di Pesta Buku Selangor bertempat di SACC Shah Alam.























Suka sebab dapat belon.














Susahnya nak dapatkan gambar mereka bertiga duduk diam.























Kakak Khadija mengawasi pergerakan Harraz.























Harraz si 'handsome' mama.























Permata hati kami.


Gambar yang dirakam semasa hanya kami bertiga 'shopping' di AEON Bukit Tinggi.


Khadija dan Fatihah yang dah  boleh diharap temankan mama 'shopping'.  Dalam dua, tiga kali juga kami keluar bertiga....... mencari barang mama yang masih belum jumpa.  Barang yang ada semuanya memang dah berkenan di mata tapi bukan di hati sebab harganya melebihi daripada bajet.  Zaman kegawatan ekonomi ni bagi saya, kenalah beringat dalam berbelanja.  Dahulukan yang utama sahaja daripada membeli mengikut perasaan dan nafsu yang mana akhirnya akan membazir sahaja.  Bagi saya adalah lebih baik menabung wang yang ada untuk manfaat di kemudian hari.






Tuesday, December 29, 2015

Day 3 ~ Selamat Tinggal Pulai Desaru

Hari ketiga sebelum 'check out', kami bergambar sepuas-puasnya. Ada 'moment' indah yang tak sempat dirakam disebabkan tak menang tangan melayan kerenah mereka bertiga.  Apa pun, Alhamdulillah......  














Fatihah seperti biasa, tak puashati...... sebab masih tak puas berendam dalam kolam renang.














Kakak Khadija dah semakin memahami.  Sering mengalah dengan adik-adik dalam apa jua situasi.














Meronda sekitar lobi sebelum ke kafetaria.














Bersarapan pagi sebelum meninggalkan Pulai Desaru.














Anak abah.  














Bergambar di sekitar kawasan hotel.














Abah Hakim mengawal pergerakan Harraz.  














Wajah-wajah kesayanganku.














Sementara menunggu abah Hakim ke kaunter 'check out'.














Mainlah sepuas-puasnya Harraz.  














Bila dah mulakan perjalanan, duduklah diam-diam dalam dakapan mama.

Alhamdulillah.  Selamat tinggal Desaru, ada jodoh pasti kami kembali lagi.






Monday, December 28, 2015

Day 2 ~ Desaru > Johor Bahru < Desaru

Seperti percutian yang lain, hari kedua seawal jam 7.00 pagi kami dah keluar bilik.  Alhamdulillah, mereka bertiga tak banyak kerenah sebab telah terdidik bangun awal pagi dan ianya menjadi rutin walaupun pada hari cuti. 


Bergambar dulu di lobi hotel sebelum memasuki kafetaria.


Kami yang comel lote.














Abah Hakim yang tersangatlah memahami. Syukur dikurniakan beliau menjadi suami dan abah buat kami. Sangat penyabar melayan kerenah kami berempat.  














Khadija dan Fatihah dapat makan koko krunch dan cornflakes bersama susu dah cukup bagi mereka. 


Mama ke hulu ke hilir mengambil makanan.


Baru dapat duduk menikmati pilihan makanan pertama.  Secara keseluruhan, menu pagi di kafetaria ini tidak banyak pilihan.  Menu biasa sahaja, nasi lemak, mee goreng, sosej, telur goreng, lontong dan bubur nasi. Rasanya tiada sesuatu yang lain dari yang lain di sini. Apa pun, Alhamdulillah...... perut kami terisi sebelum memulakan jalan-jalan cari makan di Johor Bahru.


Bergambar di pokok Krismas di lobi hotel.  Biasalahkan, bila bercuti hujung tahun.  Rata-rata hotel akan mendekorasikan lobi mereka dengan hiasan sambutan Krismas.














Perut tengah kenyang.  Sebelum memulakan perjalanan, layan budak-budak yang nak main dahulu.














Kalau dah 'boy' tu... 'boy'lah jugakan?  Memanjat tak dapat dielakkan.














Lasak sungguh.  Ada sahaja akal dia nak buat sesuatu.























Memenuhi permintaan Khadija dan Fatihah. Teringin nak merasa main benda ni.  Bagilah can sekali.  Bab ni abah Hakim marah sungguh bila saya layankan belikan token.  Kata dia, jangan diajar walau sekali nanti akan terbiasa.


Jadilah merasa walau sekalikan?














Selesai urusan abah Hakim di JPJ Johor Bahru bagi tukar nama motor scrambler zaman Azroy daripada pemilik asalnya, kami meneruskan jalan-jalan sekitar Johor Bahru.  Dah puas meneroka di sekitar Danga Bay yang sedang dalam proses dinaitaraf, kami singgah ke Plaza Angsana melihat-lihat kalau-kalau ada yang boleh dibeli untuk dibuat kenangan.














Pekena nasi beriyani gam di salah sebuah restoran di bawah Plaza Angsana.














Bolehlah.  Berbaloi dengan harganya.














Cuaca yang panas menyebabkan Harraz tak selesa.  'Air cond' dalam restoran pula rosak.  Terpaksalah kami makan dalam keadaan yang berpeluh-peluh bercampur rimas.














Muka penat.














Kami memang tak rancang samada ke Legoland atau Hello Kitty Town.  Tapi ke JPO memang masuk dalam 'list' kami.














Badut yang minta saya rakam gambar dia.  Siap ditanya tak nak ambil gambar dia ke?














Suasana membeli-belah baru bagi saya.  Konsep kedai-kedai di JPO ni pertama kali saya lihat.  Di sekitar Klang rata-rata pusat membeli-belah berkonsepkan di dalam satu bumbung yang mana pengunjung akan berjalan di dalam bangunan.  Berbeza dengan JPO.  Di sini juga bukan seperti di GM ya, sini semuanya barang-barang original berjenama yang harganya beratus ribu untuk pengetahuan semua.


Duduk sebentar menghilangkan penat berjalan.  Kesian juga dengan Harraz.













Sebelum balik bilik Hotel, kami singgah ke pantai Tanjung Balau. Pantai yang terletak beberapa meter sahaja daripada Pulai Desaru.














Abah Hakim layan kerenah anak yang hendakkan layang-layang. Belikan mereka satu walaupun tahu harganya 2 kali ganda dari harga layang-layang di Klang.














Fatihah yang 'moody' asyik tanya pukul berapa sebab risau tak dapat mandi kolam.  Sabar sangat dengan kerenah dia ni.

Aktiviti petang hari kedua diteruskan dengan hanya abah Hakim, Khadija dan Fatihah sahaja yang terjun kolam.  Manakala mama dan Harraz duduk lepak-lepak dalam bilik sejukkan badan dengan 'air cond'. Alhamdulillah.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...