Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Friday, March 30, 2018

Bonding Time With Muhammad Harraz

Kesian dengan anak-anak, seminggu cuti sekolah tak ke mana-mana.  Paling kesian dengan Muhammad Harraz,  menangis pujuk abah minta bawa jalan-jalan naik motor.  Akhirnya, setelah hampir seminggu duduk diam dalam rumah, mama bawa Muhammad Harraz keluar makan KFC. 


























































Kami Diuji, Alhamdulillah.

Kami sekeluarga diuji dengan ditarik nikmat kesihatan pada bulan Mac ini.  Bermula dengan Muhammad Harraz kena chickenpox, kemudiannya selepas seminggu kering (selepas kenduri Acik Nanik), abah Hakim pula demam dan beberapa hari kemudiannya keluar chickenpox.  Selang sehari, Khadija dan Khairin juga dijangkiti.  Rezeki buat Khadija dan Khairin sebab kena chickenpox masa cuti sekolah.  Cumanya, cuti sekolah kali ini kami semua kuarantin duduk di dalam rumah dan tak ke mana-mana.  

Paling teruk diuji adalah abah Hakim.  Benarlah kata orang tua-tua elok kena chickenpox masa kanak-kanak sebab bila dah dewasa kena, memang akan teruk.  Dengan demam yang hampir 5 hari baru nak kebah beserta dengan keluarnya cacar air penuh di seluruh badan, tangan dan muka.  Teruk berbanding Khadija, Khairin dan Harraz.  Abah Hakim dapat cuti sakit seminggu, mama pula dapat cuti kuarantin seminggu lagi untuk jaga Khairin dan Khadija.  Pada awal Mac dapat seminggu cuti kuarantin sebab jaga Harraz, kembali bekerja seminggu dan sambung lagi cuti kuarantin pada pertengahan bulan Mac.  Makanya, bila dikira hanya dalam 2 minggu sahaja mama bekerja untuk bulan Mac.  Syukur, ada kemudahan cuti kuarantin ni sebab ianya tidak mengganggu cuti rehat tahunan.


















Petang Jumaat, hari terakhir sekolah.  Tengok Khadija lain macam sebab ada satu bintik di muka.  Terus bawa ke klinik.

















Lepas ke klinik ikut sekejap ke tempat kerja mama. 























Hari Isnin, bawa pula Khairin ke klinik sebab chickenpox dia keluar lambat sikit.
 






















Khairin memang susah diajak bergambar.  Apa pun mama sayang Khairin walaupun selalu menguji tahap kesabaran mama dan abah.

















Petang Isnin kami ke Hospital Pantai sebab demam abah Hakim tak kebah-kebah.


Menunggu keputusan ujian darah samada boleh duduk wad menggunakan insurans.  Malangnya insurans tak 'cover' pula.  Tambahan pula, doktor ada maklumkan yang pesakit chickenpox tak boleh bercampur dengan wad pesakit lain.


Waktu Dhuha.  Kebah dari demam, masing-masing baru ada semangat nak mengaji Quran. 

















Syukur.  Anak-anak mama dan abah mencintai Al-Quran.  Setiap pagi sebelum sarapan, mereka akan membaca Al-Quran.

Alhamdulillah, semua dah pulih dari chickenpox.  Sekarang di dalam proses pemulihan sepenuhnya.  Jadi kena rajin makan vitamin C, E dan sapu minyak 'bio oil'. 





Wednesday, March 14, 2018

Wedding Kak Nanik @ Kampung Bukit Kerayong

Alhamdulillah, selesai sudah majlis walimatulurus satu-satunya kakak ipar saya, Kak Nanik.  Majlis yang ditunggu-tunggu kami.  Syukur, majlis berjalan lancar dalam suasana yang cukup sederhana tetapi meriah.  




 





























Tahniah, Kak Nanik dan Azlan.  Semoga kalian berbahagia hingga ke akhir hayat.  Kak Nanik baik orangnya, Insha Allah jodohnya juga adalah terbaik untuk dirinya.







Tuesday, March 13, 2018

Harraz Dijangkiti Chickenpox

Asbab Muhammad Harraz dijangkiti chickenpox, saya dapat cuti kuarantin selama seminggu.  Muhammad Harraz mendahului kakak Khadija dan Khairin yang belum pernah kena chickenpox.  Tak sangka juga Harraz akan kena setelah demam beberapa hari.  Hari keempat demam, terus keluar seakan-akan kudis air di dada dan muka.  Untuk mengesahkan yang ianya chickenpox, maka saya putuskan untuk bawa Harraz ke Klinik Kesihatan Kerajaan.  Doktor yang mengesahkan ianya chickenpox terus keluarkan surat cuti kuarantin selama 5 hari (tidak termasuk Sabtu dan Ahad) kepada saya bagi memastikan Harraz dijaga rapi dan diasingkan dari tempat terbuka.  Rupa-rupanya ramai juga kawan tadika Harraz yang kena chickenpox ni sehinggakan tadika pun diarah tutup selama seminggu oleh pihak Kementerian Kesihatan.

Bermulalah penjagaan Muhammad Harraz di rumah sepenuhnya.  Agak 'stress' juga rupanya menjaga budak sakit yang adakalanya 'mood' dia baik dan adakalanya meragam.  Meragam sebab bosan sepanjang hari duduk dalam rumah. 























Hari pertama mama cuti bermula pada 2 Mac.  'Mood' Harraz masih 'happy' sebab tak payah pergi sekolah.  Masa ni juga cacar air belum banyak yang keluar. 























Masa ni cukup susah nak sapu calamine lotion sebab dia mengelak.























Geram dengan Harraz sebab tangan dia mula mengopek cacar yang keluar kat bahagian mulut dan dagu.  Apalagi cepat-cepat potong pendek kuku dia.


Sabun margo (extract daun semambu), calamine lotion (2 botol digunakan sepanjang seminggu merawat chickenpox Harraz) dan daun daripada pokok semambu (digunakan untuk tepuk-tepuk bahagian yang gatal).  Daun semambu ni juga digunakan bila dah habis semua cacar tu keluar (dicampur dengan beras yang direndam dan digiling untuk dijadikan bedak).

Alhamdulillah.  Cacar air cepat kering setelah saya mandikan Harraz lebih kerap.  Mungkin juga sebab pakai sabun margo.  Sabun margo ni lebih kurang macam sabun Dettol.  Tujuannya untuk membasmi dan membantu mempercepatkan cacar tu kering.  Harga sebuku sabun margo ni RM2.60.


Semasa fasa kemuncak keluarnya cacar, Harraz betul-betul tak selesa.  Mujur juga ada calamine lotion, walaupun dia tak selesa tapi mengurangkan rasa kegatalan kat badan dia.


Muka bosan.  Mujur juga cacar ni tak keluar penuh kat muka.  Bahagian muka dia agak bersih.


Sebelah siang, Harraz banyak habiskan masa tidur sebab bosan kakak sekolah.

















Sebelah pagi, Harraz cukup 'happy' sebab abah Hakim layan permintaan dia.  Kalau boleh setiap hari nak roti canai.


Makan pula depan televisyen, mana tak 'happy'.


Macam nilah rutin surirumah sepenuh masa, kemas rumah, jaga anak, jemur baju, masak.  Memang memenatkan berbanding kerja di pejabat.  Ada juga masa untuk berehat-rehat.

Antara aksi Muhammad Harraz sepanjang kena chickenpox.






































Harraz anak yang bijak berkata-kata, pandai mengambil hati.

























Alhamdulillah.  Muhammad Harraz dah 95% sembuh dari chickenpox.  Sekarang ni proses pemulihan parut pula.

 



 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...