Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Tuesday, July 28, 2009

Shopping & Makan2

Entry kali ni pasal aktiviti hari Sabtu lepas, g shopping yang pada mulanya tak tahu nak ke mana. Punyalah banyak shopping complex kat Klang ni, akhirnya Hakim decide ke One Utama, Damansara. Sebelum pergi kami makan dulu kat Nasi Lemak Bistro dan terus ke One Utama. Kat One Utama biasalah tengah karnival beli-belah ni. Saya membeli banyaklah jugak barang termasuk hadiah untuk anak saudara baru, anak Mak Lang Leha (adik saya) lahir pada Jumaat, 17 Julai 2009 dan diberi nama Nur Aqilah Anis. Saya belikan sepasang baju dan mainan. Lepas balik dari situ, kami ikut KESAS highway terus ke Johan Setia, makan satay dan mee jawa. Best satay kat situ dari Satay Haji Samuri. Secucuk baru RM0.50. Kemudian kami ke Tesco Bukit Tinggi pulak beli barang-barang dapur. Penat jugaklah, balik sampai rumah pun dah hampir pukul 10.00 malam. Sayakan tengah pregnant dah masuk 8 bulan, kadang2 macam risau jugak selalu balik rumah tak senja, malam. Gambar aktiviti hari tu, tak banyak dirakam, sebab bateri kamera dah 'kong'.



Kat NLK Bistro, Jalan Kapar. Makan tengahari. Mula2 Khadija pakai baju lain, tapi dah kotor sebelum pergi, apalagi kenalah tukar baju lain. Dah pandai nak melawa sekarang ni. Masa kat Tesco, abah belikan Khadija selipar BBG warna pink atas permintaan dia jugak. Terus pakai kat situ jugak. Mama pulak belikan Khadija jam tangan karakter Barbie berharga RM5.90, buku mewarna Tom & Jerry dan set mainan masak2.



Ni kat One Utama, geram sangat dengan dia. Tak nak berganjak. Dia ni pandai berkawan, tak tau takut dekat2 dengan budak2 yang dia tak kenal. Janji dia dapat tumpang sekaki. Macam2 helah saya tipu dia untuk ajak dia pergi tempat lain.



Entah apalah yang Khadija tengok tu.



Kat Kedai Makan Barakah, Johan Setia.



Gambar agak 'blur' sebab bateri dah 'kong'.




Khadija pegang satay.



Khadija makan habis jugak secucuk satay dan 2 hingga 3 ketul nasi impit.



Nilah rupa satay dan mee jawa kat situ. Rasa ok boleh tahan, harga pun berpatutan.



Masa ni sebenarnya saya nak air ABC, tapi takde. Memang nak sangat minum ABC atau cendol. Sebab takde, saya order tembikai suam. Tapi pada esoknya, hari Ahad, saya dapat jugak minum ABC yang dibungkus dari Carrefour, Klang. RM4.00 satu ABC. Mula2 terkejut dengan harga tu, tapi bila tengok siap dengan ais krim dan buah strawberri, puas hati jugaklah. Tapi bagi saya ABC yang sedap sebenarnya ABC yang biasa tanpa ais krim atau tambahan apa2 perencah yang merapu2. Alah ABC yang RM0.50 macam zaman sekolah2 dulu.

Semalam pulak, Isnin 27 Julai, saya macam biasa check-up. Dalam masa yang sama, Hakim pulak tetiba kena demam panas. Apalagi kenalah ambil EL. Cuti masih ada 21 hari lagi. Cuti pun bukan dapat relaks, penat, macam2 kena buat. Tengahari kami makan Kenny Roger's kat Jusco Bukit Tinggi. Yelah dah nak bersalin ni, semua yang rasa nak makan, semua saya akan makan. Hakim pulak nak sangat urut kaki, jadi secara tak langsung g Jusco pun sebab nak cari foot massage kat sana. Malam pulak minum nescafe ais. Sebenarnya bukanlah favourite saya, sebab teringin punya pasal belilah jugak. Mesti tertanya2, takkan air nescafe pun nak beli, alah masa tu pergi beli sup tulang, Hakim kan demam, dia suka makan yang bersup2. Apalagi ambil kesempatanlah order nescafe ais. Bila dah minum tak pun best sangat. Bangun pagi, bila buang air, urine bau nescafe. Hehehe.

Tuesday, July 14, 2009

Aktiviti Kami Pada Hujung Minggu Lepas

Hujung minggu lepas, Sabtu kami lepak kat rumah je. Masak simple ikan bakar dan sayur kailan serta air nenas yang dibuat sendiri. Kami makan di luar hari tu, luar rumah je, di bawah pokok mata kucing yang makin rendang dan tengah berbuah lagi. Walaupun lauk simple je, tapi berselera abah makan....seperti gambar kat bawah ni :-



Lauk yang simple, tapi rasanya baik untuk kesihatan (cakap org malas macam saya ni).



Nilah laman rumah kami, walaupun tak seluas mana, tapi masih ada landskap, fountain, rumput carpet. Tapi sesak juga untuk letak 2 buah kereta kami tu. Kami memang sengaja tak nak buat 'awning' sebab nak terang, lagipun tak 'plan' nak duduk lama kat sini. Insyaallah kami akan buat rumah kat tanah yang mak saya bagi untuk bahagian saya di Kampung Delek Kiri, Klang dalam paling lewat 2 tahun lagi. Rumah idaman saya. Tujuan nak buat rumah lain sebab dekat sikit dengan tempat kerja, lagipun nanti bila anak2 dah sekolah, senang mama dan abah nak ulang-alik hantar dan ambil dari sekolah pada waktu kerja. So, rumah ni nanti akan jadi rumah percutian kami hari Sabtu dan Ahadlah nanti. Tak nak disewakan, sebenarnya kami dah ada satu lagi rumah tapi apartmentlah dengan harga yang berpatutan RM200.00 sebulan di Sementa, Kapar. Syukur Alhamdulillah, saya dapat suami yang pandai kumpul harta.

Hari Ahad pulak, kami bertiga menonton wayang cerita Transformers. Dari mula tayangan cerita ni, Hakim memang dah nak tengok tapi disebabkan ada je halangan, barulah kami dapat tengok minggu lepas. Kalau ikutkan kami tak 'plan' pun, pergi terjah je kat Jusco Bukit Tinggi fully booked, kat Jusco Bukit Raja pun sama. Dalam hati pelik jugak dah lama tayangan masih full lagi. Tapi biasalah skrg nikan booking secara online, kadang2 tak penuh pun seat kat dalam tu. Akhirnya kami pergi terjah GSC kat Shaw Centerpoint, Klang. Walaupun tak berapa best tempat tu, tapi bolehlah sebab nak tengok sangatkan. Kami sampai tanyangan dah bermula tapi masuk jugaklah, seat memang banyak sangat kosong kat situ, siap budak2 main lari2 lagi dalam pawagam tu.



Suka betul Khadija, ni kali kedua kami bawa dia tengok wayang. Pertama kali cerita Upin Ipin.



Sampai ternganga tengok robot.



Dah mula boring. Cerita ni dalam 2 jam 1/2 jugak tau. Mana tak boring? Saya bukan minat sangat, sampai tertidur.



Masa ni dia dah mula minta susu. Nak lekakan dia saya keluar beli twisties.



Dah mamai. Khadija pun tertidur separuh cerita sampailah ending.

Khadija Pada Usia Melepasi 2 Tahun

Perkembangan Khadija pada usia yang dah melepasi 2 tahun :-

i) Kuat minum susu tapi sekarang ni dah bersulam dengan air suam yang berwarna tp tawarlah, janji ada warna. Bila dia nak aje, dia sebut 'Mama, Ja nak susu irap' (maksudnya air siraplah tu).

ii) Masih pakai lampin pakai buang. Bab ni tgh ajar dia bagi tahu bila nak kencing cakap dengan mama atau abah. Kalau ikutkan saya tak kisah dia masih pakai lampin pakai buang (kami pakai drypers atau huggies) untuk kebersihan rumah dan mudahkan penjaga yang juga mak saya sendiri. Tapi slowly2 jugaklah kena ajar benda nikan?

iii) Panjang akal, tahu bila orang marah kat dia dan dia akan ambil hati mama atau abah dia semula.

iv) Mulut tak reti diam. Ada je nak cakap tapi dalam bahasa entah apa2 dan pelat. Kalau dalam perjalanan balik ke rumah kami yang ambil masa dlm 1/2 jam dari rumah mak kat Telok Gadong dan tempat kerja MPK atau dari Bandar Klang, ada je benda yang Khadija akan cakap, contoh mama river mama (Sungai Klang), bila nampak budak2 balik sekolah, pasti dia sebut mama, kakak, abang dan macam2 lagi lah. Kadang2 mengira 1, 2, 3 (dia dah boleh sampai 10). A, B, C tapi masih tonggang langgang.

v) Bab ni paling tak tahan, kalau bawak g jalan mesti nak minta barang2 makan atau buku, mainan dia tak heran. Kalau tak dapat mulut dia bising. Tp kami selalu beli atleast 1 barang je.

iv) Makin manja dan mengada2.

v) Aktif bila bermain. Ada semangat dan tak pasif.

vi) Ada sikap ingin berlumba terutama dengan anak sepupu saya si Nurdeen Sani.



Gambar ni masa kami pergi Tesco Setia Alam, Khadija tengah mamai, baru bangun tidur. Cakap je dah sampai Tesco, terus celik mata tak merengek ke apa. Suka dapat jalan.



Dah 2 tahun, masih nyonyot susu botol.



Masa ni kat halaman rumah mak di Telok Gadong, main bersama sepupu kakak Sarah (baju kurung pink, skrg dah pindah duduk kat Teluk Intan, Perak pasal abang ipar saya ditukarkan ke daerah sana sebagai Timbalan Pendakwaraya, rindunya mama kat kakak Sarah pasal dari kecil tak pernah berjauhan dengan kami), baju pink tu mak cik Ain, yang sebelah tu abang Nurdeen. Khadija yang atas gelongsor tak tau penat, lagi2 dia je yang naik turun. Walaupun kat rumah kami ada buaian dan gelongsor tapi kalau pergi playground masih tak puas2 dia nak main.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...