Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Monday, January 23, 2017

Makan Dalam Dulang @ Patmos Steak & Cafe

Alhamdulillah.  Akhirnya dapat sudah kami merasa makan dalam dulang untuk set western yang menjadi 'viral' sejak beberapa bulan lepas.  Di Klang banyak juga tempat makan yang buat set ni.  Tapi disebabkan saya ni agak memilih kedai, makanya kami menikmati set western dulang ni di Patmos Steak & Cafe, Batu Belah.  Lokasi ini terpilih kerana keselesaan dan harganya.




Harraz baru baik dari demam, batuk masih ada.  Masa ni dia tak berselera langsung nak makan.  Suakan apa je makanan kegemaran dia sebelum ni semua dia tolak.  Mungkin fobia sebab lepas makan, dia akan batuk dan muntah.  Makanya, mama hanya belikan set french fries untuk dia.














Lebih kurang 10 minit selepas order, makanan yang diminta semua sampai.  Mama pilih set untuk 4 orang yang berharga RM54.00.  Dihidangkan dengan 2 set chicken chop, 2 set lamb steak, bebola daging, spaghetti, salad dan french fries serta 4 gelas ice lemon tea.  Disebabkan takut tak cukup, mama tambah lagi satu set nasi ayam special yang harganya dalam RM7.++.














Bergambar sebelum mamam.














Harraz yang tangan kanannya sibuk dengan handphone abah sebab nak tengok Ultraman.  Tangan kiri dengan garfu untuk main cucuk-cucuk kentang.  Bukan dia makan pun.














Mereka yang teruja.  Mama dengan abah pun teruja sebab dah beberapa bulan sebut nak makan.  Kali ni baru berkesempatan.














Alhamdulillah.  Memang banyak sangat untuk set ini dan berlebih sebenarnya untuk keluarga kecil macam kami.  Kalau beli set untuk makan 2 orang pun dah cukup sebenarnya.  Rezeki, separuh daripada yang tak dihabiskan kami minta pekerja restoran bungkus untuk kami bawa balik.  Insha Allah, ada kesempatan kami akan ulang makan lagi di restoran ini atas faktor keselesaan, servis yang cepat dan rasa yang boleh diberi markah 4/5 nilaian.






Tuesday, January 17, 2017

Sepetang Di Pantai Tanjung Piai, Pulau Indah

Petang Sabtu kami terisi dengan aktiviti bersantai di tepian Pantai Tanjung Piai, Pulau Indah atau lebih dikenali dengan nama Pantai Acheh.  Ini kali ketiga saya ke sini yang mana dulunya pernah ke sini mengikuti abah Hakim 'training' paramotor.























Duduk bersantai atas tikar yang kami bawa.  























Makanan ada yang dibawa dari rumah dan ada yang dibeli untuk kudap-kudapan.














Harraz yang super 'excited'.  Nampak je pasir terus tanggal selipar dan ramas-ramas pasir.














Budak yang tak tahu duduk diam. 

Kalau diperhatikan, keadaan pantai ni agak pendek.  Keadaan persekitarannya pula tidak begitu terurus kerana banyak sampah bertaburan.  Pada saya yang duduk di sana memerhati, rupa-rupanya sampah yang bertaburan adalah angkara monyet dan anjing.  Kalau diikutkan pengunjung membuang sampah di dalam plastik dan dilonggokkan setempat.  Cuma disebabkan tiada sistem pungutan sampah di sini, menyebabkan sampah yang dikumpulkan tidak dipungut atau dibakar mengundang kepada haiwan liar untuk memunggah mencari makanan.















Harraz buat hal sendiri. 














Anak-anak 'happy'.  Mama dan abah pun 'happy'.























Akhirnya, Harraz terjun masuk dalam air.
























Lebih kurang 15 minit jugak mereka main air. 























Keadaan air laut pula pada pandangan saya, agak bersih dan tenang.  Ombak di sini tidak terlalu kuat dan besar.  Selamat untuk anak-anak kecil mandi dengan pengawasan ibu bapa.

Kepada pembaca yang belum pernah sampai ke Pantai Tanjung Piai ni terutamanya orang Klang, bolehlah anda membawa anak-anak ke sini.  Walaupun tidak seindah Pantai Port Dickson, tetapi ianya boleh membuatkan anda sekeluarga menikmati suasana seakan-akan di sana.






Wednesday, January 11, 2017

Selamat Menuntut Ilmu!

Alhamdulillah.  Allah masih beri kami kesempatan untuk bernafas dan menikmati hidup.  Semoga kedatangan tahun 2017 ini menambahkan lagi keberkatan usia dan dimurahkan segala bentuk rezeki kepada kami sekeluarga.  

Cerita tahun 2017 dimulakan dengan cerita anak masuk sekolah. Alhamdulillah, Khadija dah masuk tahun 4 dan Fatihah ke tahun 2.























Mereka berdua yang teruja sejak seminggu sebelum buka sekolah. Mereka dah mula susun alatulis dan tulis nama pada beg dan barang-barang mereka.  Tak sabar kata mereka nak jumpa kawan-kawan. Setakat ini, mama dan abah Hakim tak pernah lagi belikan mereka beg sekolah dan alatulis.  Beg dan alatulis mereka semuanya hadiah yang mereka perolehi hasil daripada kecemerlangan di sekolah.  Alhamdulillah.























Harraz pun sama teruja, tak sabar nak ikut hantar kakak sekolah.



Khairin Fatihah masih kekal di kelas 2 Bestari.  Khairin ni susah nak mesra dengan kawan.  Dah masuk darjah 2 pun masih seperti darjah 1, malu nak tegur kawan.  Mama harap Khairin dilapangkan dada dan diterangkan hati untuk mudah menerima pelajaran.  Semoga Khairin terus cemerlang dunia akhirat.


Khadija seronok sebab dah naik tahap 2.  Dia paling tak sabar menghitung hari bila nak buka sekolah sebab nak jumpa BFF, Khairunnadia yang dah belajar semula di Sekolah Al-Farabi.  Mama harap juga kakak terus cemerlang dengan mengekalkan prestasi seperti di tahap 1 dulu. 

Mama sentiasa doakan Khadija, Khairin dan Harraz.






Monday, January 2, 2017

Aktiviti Tahun Baru 2017

Tahun Baru 2017 kami hanya dirumah.  Alhamdulillah.  Kami masih diberi bernafas dan kesihatan yang baik sehingga memasuki tahun 2017.  Semoga 2017 lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.  Baik dari segi kesihatan, wang ringgit, kasih sayang dan yang paling penting tahap keimanan dan amal ibadat kami.














Bersantai-santai di petang hari.  Bentang tikar duduk atas padang yang luas terbentang di depan rumah kami.














Punyalah suka budak-budak ni bila sekali-sekala mama benarkan buat aktiviti macam ni.


Main buih sabun, dah macam kat Setia City Mall pulak.



Pokok yang bakal kena tebang di petang Tahun Baru 2017.  Kami putuskan untuk tebang sebab akarnya dah terlalu besar dan menjalar ke arah tembok pagar.  Dikhuatiri akan menjejaskan struktur pagar kalau dibiarkan membesar nanti.  Lagi pun daun-daun pokok ni kalau kering dan luruh bila ditiup angin, penuh berselerak di halaman rumah kami.  























Harraz yang dari kecil dah kami dedahkan dengan kerja-kerja luar @ kebun supaya dia lebih lasak dan minat untuk berkebun bila besar nanti.


Alhamdulillah.  Setakat ni dia memang menunjukkan minat untuk membantu atau kata lainnya 'menyibuk'. 























Sengaja saya rakam banyak-banyak gambar pokok ni supaya menjadi kenangan yang tapak tu pernah satu ketika dulu punya pokok yang tegap berdiri.  Pokok ni kami beli di Sungai Buloh, beberapa bulan lepas kami duduk rumah ni.  Kalau tak silap RM50.00 sepokok.  Masa tu kami berkenan dengan pokok ni sebab ianya mirip kepada pokok bonsai.  Kami ingatkkan ianya taklah terlalu besar, tapi rupa-rupanya lepas setahun tanam, semakin tinggi membesar.























Mujur ada gergaji elektrik sendiri.  Tak perlu nak upah orang untuk tolong tebang pokok ni.























Kerja menebang pokok dikendalikan seorang diri oleh abah Hakim. Memang superb hebat abah Hakim kami ni.  Sayang abah Hakim.























Selamat rebah ke bumi.  Budak-budak ni apa lagi terus ke arah pokok sebab nak panjat batang pokok tu.























Diketuai oleh Khadija.


Diikuti oleh budak-budak kenit yang hanya tahu seronok je.  Nasib baik tak ada semut kat pokok tu, kalau tak memang tak beranilah nak dekat. 














Akhirnya, dapat juga mereka naik dan duduk atas batang pokok yang dah tumbang.  Sengaja mama bagi mereka peluang sebelum buka sekolah ni, bagi mereka main puas-puas.  Lepas ni, kena 'study' je.























Harraz yang 'over excited'.























Tahap teruja dia yang tak habis-habis, kakak-kakak dah berganjak mula main tempat lain, dia masih kat batang pokok tu lagi. Menggayakan aksi konon dia yang hebat sebab dapat tumbangkan pokok tu.














Ni baru boleh dipuji hebat.  Dari mula sampai ke sudah, abah Hakim yang 'settle' kan pokok tu.


Doa saya juga, semoga dengan kedatangan tahun 2017 ini memberikan keluarga kami kebahagian, kesenangan, kesihatan, kejayaan, ketinggian iman dan umur yang panjang dariNya.  Amin.






Pengalaman Menaiki MRT

Kami mengakhiri tahun 2016 dengan mencatatkan pengalaman menaiki MRT (Mass Rapid Transit) yang diberikan percuma kepada pengguna untuk tempoh sebulan selepas pembukaannya pada pertengahan Disember lalu.  MRT ni setakat ni baru selesai Fasa I untuk laluan Sungai Buloh - Kajang.



Laluan MRT.  Kami naik dari Stesen Kwasa Sentral.  Apa yang saya lihat, banyak bas disediakan khusus untuk ke laluan MRT ini.  Untuk pengguna yang berkereta pula, tempat letak kereta yang luas untuk lebih kurang 100 atau lebih buah kereta turut disediakan di Stesen Kwasa Sentral ini.

MRT untuk Fasa I ini melalui Stesen Pusat Bandar Damansara yang mana di sana memang terkenal dengan kesesakan jalan pada waktu kemuncak.  Memang sesuai untuk mereka yang berkereta untuk mencuba menaiki MRT ini kerana tidak perlu mengharungi kesesakan lalulintas dan boleh 'relaks' sepanjang perjalanan.  Kalau  nak ke One Utama, IKEA juga agak hampir dengan stesen ini.



Anak-anak agak teruja sebab ini pengalaman baru buat mereka.



Kami berulang-alik di kedua-dua hala perjalanan.



Sementara nak menunggu MRT untuk mengubah laluan perjalanan.



Sebenarnya kalau ikut saya, cukuplah satu laluan perjalanan sahaja.  Tapi disebabkan abah Hakim dah cakap, rugi tak merasa semua laluan, lagi pun percuma kata dia, saya turutkan jelah.



Mereka 'happy' sebab bila cuti mesti dapat jalan.



Berswafoto lagi.























Anak dara yang dah pandai nak melaram.























'Train' MRT ni tak berapa penuh, mungkin sebab dah lebih 2 minggu dibuka.  Mungkin ramai waktu kemuncak (waktu pergi dan balik kerja) sahaja.























Turun 'train', kami naik bas MRT pula.  Bas ni pun setakat ni masih percuma.  Sengaja nak bagi pengalaman pada Harraz yang tak pernah rasa naik bas.  Banyak juga bas MRT disediakan yang mana setiap bas ada laluan-laluannya tersendiri. 

Pada saya, kemudahan MRT ni memang bagus.  Memang pada permulaannya pembinaannya, kita tak nampak kebaikan MRT ni, tapi bila dah siap memang banyak membantu pengguna yang mementingkan masa.  Harapnya, tambang MRT ni nanti janganlah terlalu tinggi.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...