Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Tuesday, December 2, 2014

Tahniah Kakak Dija!

Alhamdulillah, 'result' peperiksaan akhir tahun Khadija amat membanggakan mama dan abah.













Khadija mengekalkan prestasinya di tempat pertama di dalam kelas dan keseluruhan murid tahun 1 dengan kesemuanya A.  Mumtaz untuk Khadija!



Majlis Ihtifal bagi meraikan pelajar cemerlang Sekolah Islam Al-Farabi diadakan secara sederhana dengan disempurnakan perasmiannya oleh Tuan Haji Kamaluddin  bin Rahmat yang juga suami kepada Puan Hajjah Zaharah Awang. 

Majlis yang hanya dihadiri oleh abah Hakim sebab mama masih 'berpantang'.























Khadija dapat 3 hadiah.  Hadiah nombor 1 dan hadiah untuk 8A diberikan bersekali.























Hadiah untuk kedatangan penuh untuk tahun 1.  Syabas Khadija! Mama dan abah memang puji sikap Khadija yang bersemangat setiap hari ke sekolah.  Tidak pernah sekali pun dia mengeluh atau mencari helah untuk tidak ke sekolah.  Bersyukur juga sebab antibodi Khadija kuat, tidak demam, batuk atau selesema.























Hadiah untuk kedatangan penuh.  Sejujurnya mama dan abah amat berbangga dengan Khadija.  Namun bagi kami, kejayaan akademik Khadija juga adalah bermula dari kerajinan beliau menunaikan solat dan mengaji Al-Quran.  Boleh dipuji kerana Khadija tidak tinggal solat dalam usia 7 tahun.  



Khadija dan rakan kelas 1 Bestari menyampaikan persembahan nasyid.














Sekolah ini tidak meraikan kejayaan pelajarnya dengan piala atau sijil. Pemberian lebih berbentuk peralatan untuk kegunaan pelajar. Mulanya saya agak tidak berpuashati kerana lebih mengharapkan piala.  Tapi bila difikirkan ada manfaat juga pemberian peralatan seperti ini kepada pelajar berbanding piala.  Cumanya tiada kenangan berbentuk kekal yang dapat dilihat nanti.

Mama dan abah untung juga sebab dah tentu tak payah beli beg sekolah untuk Khadija.  2 buah beg sekali Khadija dapat tahun ni. Mama dan abah harap tahun depan Khadija dapat lebih banyak hadiah termasuk anugerah hafazan untuk tahfiz.

Doa mama dan abah untuk Khadija, Fatihah dan Harraz supaya diterangkan hati dan dilapangkan dada untuk mudah terima pelajaran. Khas untuk Khadija, mama harap kecemerlangan akademik ini berterusan setiap tahun. 






Wednesday, November 26, 2014

Khairin Fatihah Di Hari Bakat TCAZ

Majlis Hari Bakat dan Anugerah Tadika Ceria Az-Zahrah tahun ni saya tak dapat turut serta.  Hanya abah Hakim dan kakak Khadija menyaksikan Fatihah beraksi di atas pentas.  Majlis yang berlangsung pada 26 Oktober 2014 di Hotel Crystal Crown, Klang adalah bagi meraikan pelajar 6 tahun.  Fatihah yang baru 5 tahun hanya hadir untuk membuat persembahan sahaja.























Buku aturcara dan senarai penerima anugerah.  Seperti kebiasaannya, program yang dianjurkan oleh TCAZ memang terbaik.  Dari segi pemberian 'goodies' untuk pelajar dan ibubapa juga tidak terkecuali mendapat cenderahati.  Kali ni majlis bertemakan alam di dasar laut.  Oleh kerana saya dari awal memang tahu tak dapat hadir, maka saya tidak teruja untuk buat apa-apa persediaan untuk mengikut tema hari tersebut.

















Kakak Khadija yang setia menemani abah Hakim.  























Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki tetamu jemputan bagi perasmi majlis tersebut.























Ibu Zarah yang boleh dijadikan contoh seorang ibu, pendidik, majikan dan pemimpin yang baik.  Saya tabik dengan sikap beliau yang peramah dan pandai menyantuni semua peringkat umur.


















Persembahan pertama Fatihah iaitu nasyid mengenai Nabi Yunus dan ikan nun. 

















Fatihah saya lihat cenderung kepada hafalan.  Tak kira lagu atau surah apa yang didengar mudah sahaja dia menghafal.


















Selesai persembahan pertama.



'Ready' untuk persembahan kedua.  Semua gambar Fatihah di belakang pentas dirakam oleh kakak Khadija.

















Muka agak masam.  Rasanya masa ni, Fatihah mula tak selesa sebab tiba-tiba suhu badan naik.  Fatihah demam.

















Menari dengan diiringi lagu 'Under The Sea'. 


Mujur ada kawan.  Kalau tak dah tentu sepanjang majlis kakak Dija boring.  Aisyah Sufea anak teacher Shikin peneman kakak Dija.

Tahun terakhir Fatihah di TCAZ.  Insya' Allah tahun hadapan, Fatihah berhijrah ke tadika lain pula.  Bukan kerana TCAZ tidak bagus tetapi 2 tahun di sana, Fatihah kami lihat terlalu 'selesa' dengan suasana di sana. TCAZ terbaik bagi kami.  Terima kasih kepada semua pendidik di TCAZ di atas ilmu yang telah dicurahkan buat Fatihah.  Doa kami, semoga Allah mengurniakan ganjaran pahala yang berterusan untuk guru-guru ini hendaknya.






Tuesday, November 25, 2014

Baby Muhammad

Introducing our new baby ~ Muhammad Harraz bin Hakim yang membawa maksud 'Yang Terpuji, Amat Warak'.  Nama yang dipilih bersama oleh kami setelah imbasan beberapakali semasa membuat pemeriksaan menyatakan kami bakal mendapat baby boy.   



Dilahirkan beberapa hari sebelum 'due date' yang dijangkakan iaitu hari Rabu, 15 Oktober 2014, jam 4.31 petang dengan berat 2.87 kg di Hospital Bersalin Razif, Klang.  Alhamdulillah, bersalin secara normal dengan melalui proses 'induced' selama beberapa jam.  






















Bersama wan sementara menunggu proses 'discharged'.  Raut muka Muhammad saling tak tumpah macam kakak Fatihah semasa baby, kata wan.


















Ini merupakan kali kedua saya bersalin di hospital ini.  Kenapa kami memilih Hospital Bersalin Razif?  Apa yang boleh saya katakan, saya bersyukur kerana mendapat perkhidmatan dan layanan serta pulangan yang memuaskan dari apa yang kami bayar disini.  Alhamdulillah, saya tidak melalui pengalaman yang buruk disini. Saya amat berpuashati dengan doktor yang merawat semasa membuat pemeriksaan rutin sehinggalah ke proses bersalin. 

Dan yang bestnya dua kali  bersalin disini, banyak juga 'sample' barangan yang diberikan oleh hospital ini. Kali ni siap dapat kain bedung dan topi untuk baby.

















Baby Muhammad Harraz di hari ketujuh.






















Bertahnik yang dilakukan pada hari ketujuh iaitu selepas abah Hakim solat sunat Dhuha. Ditahnik dengan sedikit madu, tamar dan air zam zam.

Semoga Muhammad Harraz membesar dengan sihat dan menjadi anak kebanggaan mama dan abah dengan ketinggian agama, akademik yang cemerlang dan akhlak yang baik seiring dengan maksud nama yang diberi. Amin.





Alhamdulillah


Alhamdulillah, Syukur sangat-sangat...... dengan kurniaan daripadaNya, seorang Putera buat penyeri hidup kami.  Terima kasih Allah.

















Inilah dia Putera kami yang bakal menjadi penghafaz 30 juzuk Al-Quran, imam, pemimpin dan pelindung kami.  Itu impian abah Hakim.  






Monday, September 29, 2014

Belajar Menghargai

Ini Khadija Amanina yang tulis blog ni.  Pasal basikal arwah atuk uda.  Sekarang dah jadi Dija punya basikal.  Best tau sebab dapat main.  Tapi jatuh tak best.  Mmmmm....... kalau tak jatuh lagi best.  Tapi nak buat macam mana nak naik kenalah juga main.

Itulah hasil coretan Khadija.  Punyalah beria-ia nak tulis sendiri cerita mengenai basikal tapi separuh jalan dah tak ada idea.  Jadi mamalah yang sambung 'entry' ni seperti biasa.
 
















Basikal ni sebenarnya saya yang minta kat mak uda.  Daripada tersadai tak digunakan, baik bagi Khadija main.  Basikal kepunyaan arwah Pak Uda yang telah kembali ke rahmatullah pada 11 September 2014.  Al-Fatihah untuk arwah.  Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

















Basikal kakak Dija yang dah jadi basikal Fatihah.   Adik masih takut-takut nak 'try' bawa basikal tanpa 2 roda di belakang.


















Khadija yang 'excited' masa mula-mula dapat basikal ni.  Nampak dia sangat menghargai basikal ni walaupun agak buruk.


















Taraaaaa, basikal yang telah di'transformed' oleh abah Hakim.  Keseluruhan basikal di'spray' dengan warna merah dan hitam yang dibeli di Mr. DIY.  Modal keseluruhan adalah lebih kurang RM50.00 untuk 'spray', bakul dan loceng.  Syukur, tak payahlah mama dengan abah keluarkan modal beli basikal besar untuk Khadija buat masa ni. 


















Khadija nampak sangat menghargai basikal ni.  Mujur dia bukanlah seorang kanak-kanak yang 'demand' dan bukanlah jenis yang sentiasa nakkan sesuatu yang baru. 

















Nak jadi pelajar cemerlang kenalah seimbang fizikal dan mental.  Alhamdulillah, Khadija dapat nombor 1 dalam kelas dan keseluruhan tahap satu untuk ujian penilaian tahap 2 baru-baru ni.  Mama dan abah tahu, kakak dan adik memang anak-anak yang hebat.

Alhamdulillah, bersyukur sebab anak-anak mama punya abah yang serba boleh dan sabar melayan kerenah kamu berdua.  Abah memang 'superb'.






Sunday, September 21, 2014

Gigi Oh Gigi

Khadija dan Fatihah boleh dikatakan rajin juga gosok gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.  Cuti sekolah yang hanya seminggu baru-baru ni, saya tak lepaskan peluang bawa mereka ke Klinik Pergigian, Pandamaran yang mana kebetulan gigi susu mereka berdua di bahagian hadapan dah bergoyang dan perlu dicabut. 

















Fatihah gigi susu dia agak rapuh berbanding Khadija.  Ada yang dah berlubang dan terpaksa ditampal. Kakak Dija pula, terpaksa cabut gigi susu yang tinggal separuh di bahagian hadapan sebab dah ada gigi baru yang keluar. 

















Mulut mereka berdua ni tak reti diam masa doktor dan nurse jalankan tugas nak tampal dan cabut gigi mereka.  Ada sahaja soalan yang mereka tanya kat nurse, "Ni apa?  Tu apa?  Sakit tak?".  Mama yang tengok dan dengar perbualan mereka, senyumkan je.

Mama harap gigi kekal kamu berdua nanti tersusun rapi.






Wednesday, September 10, 2014

Our Quality Time

Hujung minggu hari yang paling dinanti-nantikan.  Dua hari sepenuhnya masa yang ada akan kami manfaatkan untuk bersama-sama.


















Menjamu selera di luar bersama-sama.  Bagi saya masa di meja makan adalah waktu yang paling 'berkualiti'.

















Minum petang di Restoran Satay Kajang Haji Samuri, Bukit Tinggi, Klang.  Ada juga menu lain selain daripada satay.


















ABC special atas permintaan mereka berdua.


















Meneruskan rutin menghantar Khadija ke kelas renang di Kompleks Sukan Pandamaran.


















Sementara menunggu jam 6.00 petang, mereka berdua mandi dulu di kolam kanak-kanak.


















Aksi Khadija dan Fatihah.


















Si cantik mama dan abah yang agak garang, Fatihah.

















Khadija dah pandai apungkan diri dan tahan pernafasan.

















Pak Usu Meor, Mak Usu Anis dan Puteri yang comel turut serta kami pada hari tersebut.  Ni kat dalam kolam renang dewasa.  Sungguh teruja kami melihat Puteri yang tak takut langsung dengan air.  Tersengih si Puteri terapung-apung dengan bantuan pelampung khas untuk baby yang dibeli Anis secara 'online'.

















Khadija yang masih belajar asas berenang lagi.  Mudah-mudahan, mama dan abah doakan dalam tempoh sebulan......... dua lagi Khadija dah pandai berenang.  Anak-anak mama dan abah memang hebat-hebat belaka!






Tuesday, September 9, 2014

Pesta Buku @ Shah Alam Convention Centre

Rasanya dah beberapakali siri anjuran Pesta Buku di SACC kami sertai.  Kali ni kami ke sana pada hari pertama, Pesta Buku diadakan.  Walaupun tak banyak buku yang kami beli, tapi sekurang-kurangnya pendedahan diberi kepada mereka untuk cintakan buku dan ilmu.


















Antara 'booth' pameran/jualan yang menjadi tumpuan budak berdua ni.

















Khadija yang rambang mata.  Kalau boleh semua buku Ana Muslim dia nak.

















Maju setapak lagi selari dengan pertambahan usia.  Kalau dulu minat dia lebih kepada buku Upin Ipin, sekarang buku berbentuk novel/cerpen karikatur Ana Muslim pula.

















Abah Hakim yang ikutkan je kerenah anak-anak.  Abah Hakim masa ni sebenarnya fokus nak cari buku bertajuk 'Indahnya Hidup Bersyariat' hasil karya Dato' Ismail Kamus.

















Mereka yang kami sayangi.  Kadang-kadang kerenah mereka buat kami rimas, tapi ketahuilah...... tanpa mereka walau sesaat dari mata, terasa boring juga dunia kami.

















Mereka nampaknya berpuashati dengan buku-buku yang kami belikan, novel Ana Muslim, majalah Upin Ipin dan buku-buku latihan ~ ejaan, bahasa melayu, matematik dan sains.






Monday, September 1, 2014

Swimming Class ~ Khadija

Khadija dah mula belajar cara berenang yang betul dengan kawan abah Hakim yang juga merupakan guru renang 'part time' kalau tak salah saya.  


Day 1 ~ Lokasi belajar berenang di kolam renang, Kompleks Sukan Pandamaran.  Reaksi Khadija memang tersangatlah teruja dan tak sabar bila abah bagi tahu nak belajar berenang.  Kelas renang 2 kali dalam seminggu iaitu Jumaat dan Sabtu yang hanya mengambil masa 1 jam.


Sebenarnya masa ni mama dan adik tak ikut.  Menurut abah Hakim, Khadija di ajar teknik bernafas terlebih dahulu.

















Mendengar penerangan daripada cikgu.



Masa ni tengah menahan nafas agaknya.

















Day 2 ~ Kelas hari Sabtu bermula jam 6.00 petang.


Khadija bersama salah seorang murid yang berumur 5 tahun.  Kalau tak silap sesi kali ni ada 3 orang murid termasuk Khadija.


Mama, adik, Aqilah Anis dan Ain.  Ajak mereka berdua 'join' kami tengok Khadija belajar berenang.

















Hari kedua masih belajar tahan pernafasan.  Rambut Khadija memang mengganggu, nampaknya kena juga kami belikan dia 'swim cap'.























Tak bawa baju renang, tapi mereka bertiga tak lepaskan peluang terjun dalam kolam kanak-kanak.























Dapat berendam dalam 15 minit je sebab pukul 6.30 petang, kolam renang kanak-kanak ditutup.























Aqilah yang diam-diam ubi tapi boleh tahan ligat juga dia ni.  Mulut je berat nak cakap.























Khadija yang tak fokus belajar hari tu sebab ada kami.  Lain kali kami tak nak datang tengok, biarlah abah Hakim sahaja yang pantau dia belajar dari tepi kolam.


















Yang ni tak tahu teknik apa.  

















Khadija disuruh apungkan badan, muka dalam air.  Nampak Khadija begitu bersungguh-sungguh dan komited untuk cepat belajar berenang ni.  Satu-satunya sikap dia yang amat ketara bila buat sesuatu.  Mesti nakkan yang terbaik.



Taraaaaaaa, 'swim cap' untuk kakak Khadija yang dibeli di AEON Bukit Tinggi di petang hari Merdeka.  Mujur adik tak 'jealous' kakak dapat 'cap'.  Adik pun nanti dah umur 7 tahun pun akan kami masukkan dia kelas renang juga.  Insya'Allah, akan kami usahakan yang terbaik untuk anak-anak kami selari dengan Sunah Nabi.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...