Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Monday, October 6, 2008

Khadija 1 tahun 5 bulan











Perkembangan terbaru Khadija pada umur 1 tahun 5 bulan.....

i. Menari bila dengar muzik. Tarian akan berubah mengikut muzik. Entah mana dia belajar pun tak tau. Abah dia cukup marah tengok gelagat tu, takut dia minat muzik plk nanti. Tapi mak lang kata budak2 memang macam tu, slowly akan berubah ikut umur dan bila dah tau malu nanti.
ii. Tadah tangan bila orang baca doa makan. Tapi belum habis baca dia dah amin dulu.
iii. Lincah sangat. Kalau tak awasi meja pun dipanjat dan atas katil main lompat2.
iv. Mudah dapat kawan dan pasti didekati oleh kanak2 sebaya dia sebab dia ni pandai main.
v. Suka main benda pelik2 yang bukan mainan dia. Anak patung dia buat tak kisah je tapi ada seekor beruang kecil yang mak cik nor bagi dia sayang. Selalu dia cium sampai bunyi 'muah'.
vi. Dah mula cakap sikit2. Contoh kak untuk bukak, nak, tak, nor utk mak cik nor (bengang je nor). yor untuk pak usu meor, of course mama, abah.....lagi2 kalau tengok gambar kami kat dinding.
vii. Makin cute (puji anak sendiri)....Lepas ni kena suruh abah panggil bijak atau cerdik pulak ganti panggilan cantik untuk dia.
viii. Tak banyak ragam dan senang diurus serta tak cerewet makan.


Makan2 Sempena Aidilfitri

Tibalah giliran rumah kami pulak buat makan2 sempena raya. Pada hari raya keempat bersamaan tengahari Sabtu, saya telah berjaya memasak mee kari dan mee sup untuk hidangan keluarga yang datang ke rumah kami. Hidangan tambahan sebagai pencuci mulut selain kuih raya adalah rojak buah yang disediakan dengan bantuan suami.



Kuah mee kari di dalam proses memasak. Resepi kuah diambil dari Kak Ila (kawan ofis) Terima kasih Kak Ila. Dapat pujian biras kata mereka sedap.



Banyak perencah.



Masa menghidang.



Jemput makan....



Kek buah dan kek marble yang masih sempat disimpan hingga ke raya keempat.



Biskut raya.



Hidangan yang tak seberapa.



Sedang menjamu mata ke selera?



Yang sengih tu Nurul Ain Nafisa.



Semasa menunggu tetamu datang, mertua dan kak Nani.



Sempat berposing dgn Khadija.



Khadija yang tak tau penat....Suka ramai kawan datang rumah dia.


Kenangan Di Hari Raya (Part 2)

Raya di Telok Gadong yang meriah walaupun secara sederhana.



Kami sekeluarga.



Khadija dgn mak lang Leha.



Sebahagian daripada adik-beradik mak.



Khadija dipegang oleh mak usu Umi (sepupu saya), kakak Sarah dan cik Nor.



mak lang.



Lagi2 gambar kami. Yelah rajin berposing.



Kak Ti dan Saleha.



Khadija dah rimas tak pakai kain dgn pak usu Meor.

Kenangan Di Hari Raya (Part 1)

Pagi hari raya pertama di rumah mertua di Kampung Bukit Kerayong, Jeram, Kuala Selangor. Selepas makan dan bersalaman terus ke rumah mak di Telok Gadong, Klang. Jodoh dengan orang dekat senang, perjalanan pun dalam 1/2 jam je. Berada di Telok Gadong sehingga malam raya kedua. Hari raya kedua ke rumah mertua semula dan kami beraya beramai-ramai ke rumah sedara sebelah suami. Tahun ni tema warna baju saya dan Khadija pada hari raya pertama purple, Hakim plk pakai warna krim....Raya kedua pula sebelah keluarga mertua sepakat memilih warna kelabu.

Gambar di rumah mertua.













Aidilfitri 2008











"SALAM AIDILFITRI DARI KAMI SEKELUARGA"

Hari Terakhir Berpuasa

At Last, hari terakhir puasa baru dapat berbuka kat luar. Yelah sbb suami tak nak ketinggalan solat terawih. Kalau dah malam raya, kebanyakan hotel dah takde buffet ramadhan, so kita orang berbuka kat Pizza Hut Bukit Tinggi aje dan keluarga mertua ada join kami jgk pada malam itu. Lepas settle berbuka, solat maghrib dan diikuti dengan shopping beli kasut saya dan suami.



Seronoknya Khadija.



Yeye aje, macam dia yang puasa pulak.



Cik Adik & MIL.



Mama yang sentiasa cute.



Khadija yang tak tau duduk diam. Dapat lepas, habis semua tempat dia pusing.



Main cak2 dengan anak cina dalam kedai.



Anak sapa ni eh?

Baking Project

Bangganya, first time buat kek buah kukus, terus menjadi.....Resepi diambil dari http://resipinoraini.blogspot.com. Blog ni boleh dipercayai sbb memang pakar buat kek dan biskut. Selain daripada kek buah kukus, ada jugak try buat kek marble (krim belang coklat) letak dalam cawan kertas tabur coklat chip. Kek ni pun menjadi, ikut resepi kak Ti. Proses membuat kek dibuat di rumah mak, untuk kek buah, bantuan mak diperlukan untuk membuat gula hangus. Untuk pengetahuan, kek buah dikukus selama 4 jam start pukul 9.00 malam sampai 1.00 pagi sbb menurut resepi lagi lama dikukus lagi tahan lama kek tu.



Proses memukul mentega dengan gula sampai naik gebu supaya kek yang dihasilkan lembut.



Menyukat tepung.



Hasil pukulan mentega dan gula.



Kek yang siap dikukus.



Baki banyak ni untuk saya, yang lain dah diagih2 kat mak, kak ti, mak lang dan mak utih buat rasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...