Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Thursday, February 21, 2013

Bersantai Di Setia City Mall

Selesai kenduri Meor hari tu disambung dengan cuti Tahun Baru Cina.  Mengambil kesempatan daripada 'plan' tak jadi nak bawa Khadija dan Fatihah ke Port Dickson, saya mendapat idea untuk menonton wayang cerita Hantu Kak Limah 2 di lokasi pilihan Hakim iaitu di Setia City Mall, Shah Alam.  Kami menempah tiket secara 'online'.  Seronoknya kali ni kami tidak hanya berempat tetapi turut disertai Nor, Ajib, Meor, Anis dan Fariz.  Ajak anak Kak Ti (kakak sulung saya) iaitu Naim dan Sarah, kedua-duanya menolak.  Mungkin disebabkan 13 Februari mereka hendak menunaikan ibadat Umrah sekeluarga buat kali kedua, tu yang agak keberatan nak ikut kami menonton wayang.  Tak apa lain kali, mak ngah Shima 'offer' kamu berdua lagi.















Gambar dirakam oleh Khadija.















Mereka berdua yang paling sibuk bila tahu nak menonton wayang.  Punyalah kecoh, celik mata pagi lagi dah menuntut  bila nak bawa mereka menonton.















Sementara menunggu waktu tayangan jam 2.00 petang, kami jalan-jalan cuci mata.



















Fatihah yang adakalanya banyak songeh sehinggakan malas kami nak layan.



Kemesraan 2 beradik.















Khadija sekarang ni semakin tak suka bergambar.  Susah sebenarnya saya nak rakam gambar ni.  Seringkali ada sahaja helah untuk mengelak dari diambil gambar.















Dalam panggung wayang.  Masa ni sebenarnya belum 'start' lagi cerita.

Komen saya mengenai cerita Hantu Kak Limah 2 ni agak 'kureng' dari sebelumnya.  Watak kak Limah sepatutnya lebih menonjol tetapi hanya dalam 3 babak sahaja muka kak Limah keluar.  Itu pun sikit je skripnya.  Penguat cerita ni bagi saya adalah Allahyarham Zami Ismail atau Pak Abu.  Kalau dia tak ada dalam cerita ni lagilah hambar dan boring je rasanya.  Al-Fatihah buat beliau.  Itu hanya pandangan saya sebagai penonton dan kritikan yang dibuat ini pun adalah untuk kebaikan industri filem tanahair juga.















Pasangan pengantin baru.















Nor dan anaknya Fariz yang lasak tetapi agak bijak.















Selesai menonton, kami bersantai seketika di 'playground' Setia City Mall.















Seronok betul budak berdua ni bermain sehinggakan susah nak ajak beredar dari sini.















Hakim, saya, Anis dan Meor.  Kalau diamati gambar yang Khadija rakam ni agak senget sedikit.  Beruntung kamu Khadija,  mama dulu kecil-kecil tak berpeluang nak pegang kamera.

Sebenarnya menonton wayang ni bukanlah aktiviti kebiasaan kami.  Boleh dikira dalam setahun samada 1 atau 2 kali je kami menonton.  Tu pun tengok filem yang ditayangkan kerana selera @ 'taste' saya ni lain sikit.  Setiap cerita yang saya tonton ada dimasukkan di blog ini.  Dari situ mungkin pembaca boleh meneka 'taste' kami yang pada saya cukuplah jalan cerita yang ringan, berunsur komedi dan diselitkan pengajaran yang mana ianya juga sesuai juga untuk tontonan Khadija dan Fatihah.






Monday, February 18, 2013

Cerita Fatihah Pula

Fatihah baru je dapat uniform tadika awal bulan Februari.  Perkembangan Fatihah yang dah hampir 2 bulan ke tadika masih terlalu awal untuk dinilai.  Namun, saya bersyukur Fatihah tidak pernah merengek disuruh ke tadika, kalau merengek pun cuma sebab nak dihantar menaiki motosikal dengan abahnya dan bukan menaiki kereta dengan saya.  Setakat ni, cuma sehari Fatihah tidak ke tadika sebab demam, batuk dan selesema yang teruk pada pertengahan bulan Januari lepas.















Senyum paksa dari Fatihah.















Bergambar dekat pagar rumah seawal jam 7.00 pagi sebelum ke tadika.



Bergambar di hadapan pintu pagar Tadika Ceria Az-Zahrah (TCAZ).















Aktiviti TCAZ baru-baru ini, melawat ke tapak semaian dan landskap Summerville di Teluk Pulai, Klang. 















Fatihah tunjuk tanda 'good'.  Muka macam letih je.  Saya ada juga bertanya kepada teacher yang mengajar Fatihah di Pink Class (untuk umur 4 tahun) bagaimana Fatihah dari segi pergaulan dan aktiviti di kelas.  Menurut teachernya Fatihah sangatlah ok dan mendengar arahan.  Agak terkejut juga saya mendengarnya kerana amat berbeza dengan karakter Fatihah di rumah.















Fatihah sedang berbaris (2 dari hadapan).  Pandai pula dia, kalau jalan dengan kami, habis didera abah, sikit-sikit suruh dokong dengan alasan, "adik penatlah abah".

Doa mama untuk Fatihah........ mama harap Fatihah jadi anak solehah, rajin ke sekolah, diterangkan hati dan cemerlang dunia dan akhirat.  Amin.






Friday, February 15, 2013

Suasana Sekitar Majlis Sebelah Kami

Syukur Alhamdulillah, majlis sebelah kami berjalan lancar dalam suasana sederhana.  Legalah sudah mak dan bapak kerana kesemua 5 beradik kami dah ada keluarga sendiri.  Majlis sebelah kami seperti tradisi, sebelah pagi dimulakan dengan marhaban (cukur jambul cucu terbaru mak, Irfan Hazim) dan tahlil untuk arwah ahli keluarga yang telah meninggal dunia.




Adik beradik mak.  Seorang tak ada dalam gambar ni.  Pak Andak yang duduk kat Raub, Pahang.  Syukur semuanya masih sihat.  Kami anak-anak saudara semuanya sayang mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik kami, mereka ini sangat rapat antara satu sama lain.  Tiada jurang antara anak sendiri dan anak saudara, layanan mereka terhadap kami semua adalah sama.















Sebahagian daripada kami.















Ain, Fatihah, Khadija dan Nurdeen.



Terharu saya, salah seorang kawan yang agak rapat semasa di Poly PD dulu, Yong Saleh yang datang bersama keluarga.















Yong yang masih sama seperti dulu, seorang yang simple.  Dah ada anak 5 dia ni, tapi tetap 'maintain' macam dulu.



Ketibaan Meor dan Anis. 















Bacaan doa.















Mak Usu dan Pak Usu (adik bapak) dari Ipoh, Perak.



Acara potong kek.



Pengantin dan kawan-kawan.



Bergambar beramai-ramai tapi ada juga yang tak ada dalam gambar ni.



Penyeri majlis.















Cucu bongsu mak setakat ni, Irfan Hazim.

Walaupun telah diucap beberapa kali, di dalam blog ini saya dedikasikan ucapan terima kasih sekali lagi kepada semua ahli keluarga terutama mak cik, pak cik, sepupu-sepupu tersayang yang telah hadir bersama-sama semenjak dari majlis akad nikah, bersanding di sebelah keluarga Anis sehinggalah ke akhir majlis di sebelah kami.  Saya amat berharap jalinan ukhwah kita ini terjalin sampai ke generasi yang seterusnya.  Insya'Allah.






Thursday, February 14, 2013

Menjelang Majlis Sebelah Kami

Persiapan untuk majlis kenduri sebelah kami kali ni tak banyak perlu dibuat, hanya perlu memasang karpet dan langsir baru serta menyiapkan beg cenderahati/'goodies' untuk tetamu yang datang.  Manakala persiapan makanan diserahkan sepenuhnya kepada pihak katerer.  Majlis di sebelah kami bertemakan warna merah seperti majlis persandingan saya dan Hakim dahulu.















Beg cenderahati untuk tetamu istimewa dan sebelah pihak perempuan.















Beg untuk para tetamu yang diisi bahulu dan gula-gula.















Lambakan gula-gula sebelum dimasukkan ke dalam beg.















Yusuf, Nurdeen, Ain, Khadija dan Fatihah.  Khadija sekarang ni dah cerewet bab pakaian, tak nak pakai gaun dan disebabkan itu jugalah saya buat baju kurung moden untuk dia.















Susah nak kumpulkan semua budak kecil dalam keluarga kami.  Yang putih dan gebu di hadapan tu, Aqilah dan Hazirah.  Yang berada di celah Fatihah tu pulak, Fariz.  Cucu mak setakat ni baru 8 orang.  Taklah ramai sangat.















Meja 'candy buffet' hasil idea saya dan Nor.  Walaupun takde 'chocolate fountain' tapi menarik juga. 















Saya dan mak usu yang membantu kami menyediakan kek coklat moist, kek butter belang, macaron dan apam polkadot.















Sudut autograf untuk pengantin ditempatkan di tepi hidangan kek dan coklat.















Hidangan yang belum 'complete' lagi.















Meja 'candy buffet' yang dah 'complete' dengan biskut coklat chip dan 'brownies' yang dibawa oleh sepupu dari Hulu Klang/Ampang.















Meja hidangan untuk tetamu.  Memang best, ada nasi beriani, rendang daging, ayam masak merah, dalca, acar buah, kuih cara berlauk, kuih bahulu kemboja, agar-agar cendol, bubur pulut hitam dan buah-buahan.















Kami sangat berpuashati.  Walaupun tak seberapa tapi mendapat sambutan daripada tetamu.















Khadija, Nurdeen dan Ain yang sibuk menulis ucapan untuk Pak Usu Meor.















Dua pupu yang akrab sejak dari baby lagi.  Semoga keakraban ini berterusan walaupun jarak kamu berdua jauh.  Jumpa pun sekali sekala sahaja.  Nurdeen Sani semenjak 2 tahun lepas dah berpindah ke Cyberjaya.















Tujuan meja 'candy' ni dibuat pun adalah untuk mereka ini. 















Walaupun jarak umur mereka 3 tahun dan berpangkat mak saudara, Ain cukup suka bermain dengan Khadija.















Fatihah dan Nurdeen.

Lain kali kalau ada majlis lagi, Insya' Allah saya akan pastikan ada meja 'candy' untuk meraikan tetamu cilik yang bagi saya tanpa keriuhan mereka, tak berserilah sesuatu majlis.







Wednesday, February 13, 2013

Tahniah Pak Usu Meor!

Syukur Alhamdulillah, adik bongsu satu-satunya lelaki dalam keluarga kami, Meor Mohd Shukor (kami keturunan Meor dari sebelah bapak) telah selamat melangsungkan majlis pernikahan dan persandingan pada 2 dan 3 Februari 2013 dengan pilihan hatinya Sheril Anis.















Hantaran dari sebelah pihak Anis pink/maroon.  Dari sebelah kami pink/putih.  Warna dari pilihan mereka.  Gubahan juga diuruskan sendiri oleh kedua-dua mereka melalui khidmat mak andam.















Mak menyarungkan cincin ke jari Anis.  Menantu bongsu dan satu-satunya perempuan.  Wah, seronoklah mak dapat menantu perempuan.  Majlis pernikahan disempurnakan di Masjid Darul Muttaqin, Sungai Udang.















Khadija dan Fatihah bergambar bersama Pak Usu kesayangan mereka.  Lepas ni rindulah mereka dengan usikan Pak Usu.















Gambar kami pada malam berinai di rumah keluarga Anis.















Sebahagian dari kami yang hadir di malam berinai.















Khadija dan Fatihah yang keriangan dapat berjumpa 2 pupu mereka, Nurdeen Sani dan mak cik Ain.















Mak Lang nak bergambar dengan Damia Khalisa.  Yang lain-lain sibuk nak berposing spontan di hadapan kereta pengantin.  Gambar ni dirakam sebelum kami berkonvoi ke rumah pengantin perempuan.















Warna pilihan Meor dan Anis untuk persandingan sebelah siang, pink belacan.















Majlis diserikan dengan tarian.















Saya dan Nor yang setia menunggu sehingga pengantin selesai bersanding.


Meor dan Anis bergambar dengan mak dan bapak.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...