Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Friday, October 27, 2017

Birthday Party Handsome Boy @ Taska

Sambutan kali kedua birthday Harraz diadakan di Taska Comel Intelek.  Alhamdulillah.  Walaupun sederhana tetapi meriah.  Allah permudahkan hajat kami untuk berkongsi rezeki dengan kawan-kawan Harraz.














Goodies untuk kawan-kawan.



Dalamnya ada wafer, biskut dan spring kecil.


Kek coklat moist tempah dengan baker Nor Zihan.


Harraz yang 'excited'.  Begitu tertib dan disiplinnya Harraz di taska.


Mihun, agar-agar, buah, kek dan air semuanya dibawa dari rumah.  Memang tak nak menyusahkan guru taska.














Kakak Puteri Hasya pun ikut serta.  'Excited' sebab nak tengok kawan-kawan Harraz.













Baiknya Harraz.


Macam-macam versi lagu.  Sabar sahaja si Harraz menunggu.


Sukanya dia.















Masa untuk tiup lilin.  Teacher Ifa ni memang teacher yang jaga Harraz.























Kawan-kawan menunggu giliran teacher bagi makanan.  Baik je semua duduk diam-diam.


Harraz yang diraikan.  Special sikit kata teacher.  Siapa yang sambut birthday memang akan dilayan macam Putera Raja hari tu.


Selamat ulangtahun sayang mama.  Semoga kamu menjadi sebaik-baik dan semulia-mulia khalifah disisi Allah S.W.T.






Tuesday, October 24, 2017

Happy Birthday Muhammad Harraz

Alhamdulillah.  15 Oktober 2017, genaplah 3 tahun usia Muhammad Harraz.  Semenjak Harraz dah masuk taska ni, mungkin dia dah faham sikit seronoknya sambut birthday.  Kerap juga kawan-kawan meraikan birthday mereka di taska.  Bila ada birthday dapatlah makan kek dan 'goodies'.  Bila ditanya birthday siapa tadi?  Dia akan cakap, "Muhammad Harraz yang punya".  Tiap-tiap kali juga birthday dia.  Jadi tak nak menghampakan dia dan nak bagi dia rasa betul-betul birthday tu dia punya, makanya tahun ni mama sambut dua kali birthday Harraz.  Satu di rumah dan satu lagi di taska dengan kawan-kawan.























Sehari sebelum birthday, dah dapat hadiah basikal.  


Basikal ni Muhammad Harraz yang pilih sendiri.






















Harraz....... perkembangan dia, kalau ikut pemerhatian mama dan jika dibandingkan dengan kakak-kakak memang ada perbezaan sikit.  Perkembangan dari segi kebijakan tu rasanya mengikut usia.  Dia dah pandai bercakap banyak perkataan.  Dia boleh dikatakan keletah juga.  Tapi masih ada banyak perkataan yang pelat bunyinya.  Dari segi menyusu, dia semakin banyak minum susu botol.  Tapi kalau nak tidur, masih lagi cari susu mama.  Dah pandai mengira 1 hingga 10, one to ten, abjad ABC masih tunggang terbalik tapi ada usaha untuk menyebutnya dan sudah pandai baca doa makan.

Cumanya, Harraz ni agak manja terlebih.  Kuat melalak jika permintaan dia tak diikuti.  Hari-hari ada sahaja 'trick' dia nak ke kedai, walaupun hanya untuk dapatkan sebiji roti krim gardenia.  Sangat-sangat manja dan rapat dengan abah.  Anak abahlah katakan.  


Sambutan secara kecil-kecilan di rumah.  Jadilah dengan menu yang simple untuk meraikan birthday boy.


Harraz yang agak 'naughty', belum apa-apa krim kek dah kena usik.


Kakak Dija muka masam sebab kena marah tak tolong awasi adik.























Muhammad Harraz yang 'happy'.  Harraz, mama dan abah doakan Harraz dikurniakan kecerdasan akal fikiran, sihat tubuh badan, dimurahkan rezeki, dilimpahkan kasih sayang, akhlak dan budi pekerti yang tinggi serta berjaya di dunia dan akhirat.


Harraz dah tak kisah makan, bila tengok hadiah yang kakak-kakak bagi.  Walaupun hanya hadiah dari kedai ECO RM2.00 je tapi memang 'excited' Harraz bila dapat.


Puteri, kakak sepupu Harraz yang 'ngam' dengan dia.

Harraz, semoga kamu membesar sebagai khalifah yang sempurna kerana kamulah harapan mama dan abah serta harta paling berharga buat kami.






Friday, October 20, 2017

Our Bonding Time

Jalan-jalan, makan-makan dan menonton wayang...... inilah cara kami menghabiskan masa bersama pada cuti hujung minggu.

Sebelum jalan, kena dapatkan 'energy' dulu.  Makanya, perut kena kenyang baru ada semangat nak berjalan.  Lokasi kedai makan yang menjadi pilihan hasil kata sepakat semua dah tentulah di Kukus.



























Selesai makan, terus ke lokasi utama yang hendak dituju, MBO Harbour Place.  Tapi sebelum tu, ambil Faris dulu.  





Kami pilih cerita Abang Long Fadhil 2.  Cerita yang pada saya, tak rugi ditonton.  Cerita yang menghiburkan untuk semua lapisan umur.  


























Harraz yang serius menonton sehingga 30 minit pertama.  Lepas tu tertidur.  

Secara keseluruhannya, saya bagi 8/10 bintang untuk nilaian filem Abang Long Fadhil 2 ini.  Pesanan saya, teruskanlah berkarya dan menghasilkan filem yang bermutu wahai para penggiat seni industri filem tempatan.  Tahniah kepada produksi Skop Production kerana kami sekeluarga benar-benar terhibur dengan filem ini.





 

Wednesday, October 11, 2017

Jalan-Jalan Sebelum Balik @ Kuala Lumpur

Sebelum balik, kami singgah di 2 lokasi...... Kampung Baru dan Taman Tasik Titiwangsa.  Melayan kerenah budak-budak comel.









































































Thursday, October 5, 2017

Night @ One-Stop Residence & Hotel

Jalan-jalan singkat kami ke KL pada cuti Awal Muharram 1439H hari tu memang bertujuan nak cari tempat berehat.  Hasil dari carian di dalam booking.com, akhirnya menemukan saya dengan sebuah apartment di One-Stop Residence & Hotel yang mana pada saya harga bilik yang ditawarkan untuk 2 hari 1 malam agak berbaloi iaitu RM200.++ untuk apartment 2 bilik beserta dengan kemudahan kolam renang.

Kami 'check in' sekitar jam 4.00 petang.  Sampai sahaja terus selesaikan apa yang patut dahulu.  Duduk berehat sekejap, makan-makan bekalan yang dibawa dan kemudiannya bersiap untuk mandi-manda di kolam renang.











































































Mandi kolam nilah yang ditunggu-tunggu oleh budak-budak ni.  Antara tujuan nak bercuti selain merehatkan badan juga sebabnya nak bagi mereka mandi kolam.





Pemandangan Kuala Lumpur dari bilik apartment kami.  Nampaklah menara KL dan KLCC.














Geng anak dara.  Mujur Nurin budak yang mendengar kata.  Dia ni pandai berdikari dan urus diri sendiri sebab dia duduk di asrama Tahfiz di Cheras.  Bila cuti sekolah je dia balik rumah, masa tulah berpeluang jumpa Khadija.  Walaupun hanya teman sekolah, tapi kemesraan Khadija dengan Nurin lebih daripada itu.














Pagi esoknya, sambung lagi mandi kolam.




















Muhammad Harraz yang tak puas-puas berendam.  Sampai menggigil pun dia degil tak nak keluar dari kolam.















Puteri Hasya yang umurnya tua setahun daripada Harraz.  Senang nak urus Puteri ni sebab semenjak dia jadi kakak ni, dia agak bersikap 'kakak-kakak' sangat.
























Harraz penyeri suasana.  

Percutian kali ni memang banyak masa dihabiskan duduk berehat dan menonton televisyen sahaja dalam apartment.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...