Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Friday, November 24, 2017

Kawan-Kawan Al-Farabi

Alhamdulillah.  Berakhir sudah sesi pembelajaran di tahun 4 dan 2 buat Khadija dan Khairin.  Tahun 2018, melangkah pula ke tahun 5 dan 3.  Syukur mereka dapat mengekalkan momentum kecemerlangan di kelas Bestari.  Tahniah, Khadija masih nombor 1 di kelas dan keseluruhan darjah 4.  Manakala Khairin masih nombor 4 dan di tempat yang sama untuk keseluruhan.  Moga doa mama yang tidak putus-putus untuk kejayaan dunia akhirat mereka, Allah perkenankan.

Bagi mengabadikan kenangan mereka bersama kawan-kawan kelas, mama masukkan ke dalam blog gambar-gambar yang dirakam ustazah semasa jamuan kelas akhir tahun.
















































Thursday, November 23, 2017

Outing Dengan Pak Usu @ Gold Coast Morib

Khadija dan Fatihah bila pak usu Meor ajak ikut mandi kolam di Gold Cost Morib terus je kata nak.  Mama pula memang berfikiran terbuka, janji pandai jaga diri dan tak buat hal serta dengar cakap pak usu dan mak usu, kebenaran boleh diberi.  Pak Usu pula janji nak jaga keselamatan dia orang.  Mama dengan abah Hakim memang tak nak join sebab kami dah ada perancangan lain.  Harraz pula melalak bila dia tak dapat ikut sama.























Pagi lagi mak usu Anis bagi gambar Puteri dan Adam yang turut bangun awal, teruja nak mandi kolam.

















Puteri mulut pot-pet, pot-pet kata Khadija sepanjang kat sana.  






































Alhamdulillah.  Dia orang 'happy' dan puas berendam dalam kolam separuh hari.  Petang tu masing-masing balik dengan kepenatan.






Monday, November 20, 2017

Aktiviti Harraz @ Taska Comel Intelek

Gambar aktiviti Harraz yang dirakam teacher.  Geram je bila tengok 'handsome boy' yang dah semakin hari semakin besar.  Bau 'baby' dah makin hilang.



























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...