Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Tuesday, December 31, 2013

Aktiviti Cuti Sekolah

Cuti sekolah Khadija dan Fatihah rata-ratanya dipenuhi dengan menonton televisyen di siang hari ketika berada di rumah wan.  Bila bersama kami di rumah, aktiviti menonton televisyen memang saya hadkan. Antara aktiviti mereka yang saya sempat rakam sepanjang cuti sekolah ni ~ 

















Belajar mengaji Al-Quran dengan abah.  Bagi menarik minat Khadija, kami ikut kehendak dia nak mengaji guna Quran Read Pen.  Tapi tulah, susah nak dapatkan 'mood' dia setiap hari.  Dapat mengaji dalam beberapakali sahaja sepanjang cuti sekolah ni.

















Fatihah dah mula kami ajarkan Iqra'.  Tapi masih dalam Iqra' 1 lagi. Masuk umur 5 tahun ni, Insya'Allah Fatihah akan kami masukkan ke Tahfiz Az-Zahrah untuk belajar mengaji di sana.

















Keluar jalan-jalan ke GM Plaza dan Giant Klang dengan mak cik Nor dan Faris.

















Khadija cukup suka bermain dengan adik sepupunya Faris.  Muka mereka pun ada iras sedikit. 


Kami melapangkan masa untuk membawa mereka berdua membuat pemeriksaan gigi di Klinik Pergigian Pandamaran.  Menjalankan rutin setiap 6 bulan sekali semenjak usia mereka 4 tahun lagi.

















Gigi susu Khadija dah mula luruh 2 batang.  Keadaan gigi dia yang lain tiada yang rosak.

















Gigi Fatihah agak rapuh.  Hilang atau terhakis dengan sendiri di bahagian depan, kesan penggunaan puting/botol susu.  Mujur hanya gigi susu.

















Mereka yang 'happy'.

















Celik mata berada di pondok.

















Adik sibuk tengok 'youtube' cerita kartun kat 'handphone'.  Kakak pula cuba menyiapkan tampalan pada '3D Art Painting'.

















Adik menyiapkan kerja tuisyennya. 

















Kakak yang dah tamat dengan jayanya kelas membaca.  Sejak 6 bulan lepas sambung kelas membaca dan menulis jawi pula. Hasilnya, Khadija dah pandai baca jawi dengan laju. 

















Adik pula dah masuk buku 2.  Ada peningkatan dengan adik sebab dia dah mula tunjuk minat nak berlumba belajar dengan kakak.

















Abah Hakim semakkan ruang dalam rumah dengan basikal. Disebabkan tiada masa untuk mengayuh basikal, alat untuk 'indoor trainer' tu dibeli.  Ruang tu sementara sahaja jadi tempat letak basikal untuk kayuhan dalam rumah.  Kami 'plan' kalau ada rezeki lebih, nak buat ruang khas untuk itu nanti. 

Khadija dan sepupunya Aqilah 'try' kayuh basikal setempat.  Geram juga dengan Khadija ni, masih tak berani kayuh basikal.  Dia masih bergantung dengan roda tiga di belakang.

















Makan aiskrim di malam hari depan pintu dengan Aqilah. 

















Main tanam pokok dalam pasu kecil.

















Aktiviti terganggu sebab Kaka menyibuk.

















Kiki kawan si Kaka sebenarnya dah lebih sebulan mati.  Tu yang si Kaka ni pantang nampak Khadija dan Fatihah, dia akan cuba dekat. Mungkin sebab nak berkawan.  Disebabkan itu, Abah Hakim dah rancang nak beli angsa lain untuk temankan Kaka.

















Adik yang penakut dengan Kaka.  Sanggup duduk kat atas pondok.

















Perbezaan antara kakak dan adik.  Khadija tak suka main masak-masak, Fatihah pula cukup suka main masak-masak.  Minat yang sama hanya dapat dikongsikan dengan sepupu mereka Aqilah.

















Mereka berdua main masak-masak.  Khadija terus dengan aktiviti tanam pokoknya yang terpaksa berhenti sekerat jalan sebab si angsa Kaka menyibuk.

















Membantu abah Hakim yang tiba-tiba rajin nak basuh kereta mama.


Anak-anak mama dan abah yang rajin. 

















Bukan nak memuji Khadija.  Minatnya lebih kepada buku, kertas dan pensil.  Celik je mata, ada sahaja benda yang ditulis atau dilukis dikertas.  Sekarang minatnya melukis dan menulis perkataan dalam bahasa Inggeris.  Jelas dia menunjukkan minat untuk tahu makna setiap perkataan bahasa Inggeris yang dibaca atau didengarnya di televisyen.  

















Kadang-kadang tidur pun dibawa kertas dan pensil bersama.  Siap letak di sebelah bantal.  
















Adik pun tak kurang juga.  Asyik 'practise' tulis abjad.  Mula tunjuk minat seperti kakaknya juga.
  
















Selalunya mereka celik mata je, belum mandi dah mula cari buku.

















Khadija baca buka cerita yang diberi oleh mak long @ kak Ti.  Adik yang tak pandai baca, suka buat dialog atau cerita rekaan sendiri berdasarkan gambar dalam buku cerita.  Kelakar juga bila dengar dia baca.

















Lega hati mama dan abah bila lihat kakak suka baca buku.

















Singgah makan di warung Kampung Cendol di Tesco Setia Alam sekembali dari majlis aqiqah anak achik Kod.  Cendol durian pilihan kami yang rasanya memang 'best'.  Berbaloi rasanya walaupun harga semangkuk RM6.00.

















Mereka berdua yang cukup hanya dengan aiskrim.  


Minat membaca kami pupuk dengan membawa mereka ke kedai dan pameran/jualan buku.  Khadija dan Fatihah yang agak rambang mata nak pilih buku yang mama dan abah Hakim hadkan cuma boleh beli 2 buah sahaja. 























Anak mama dan abah yang dah semakin dewasa.

















Semoga Khadija ditetapkan iman dan dikuatkan semangat untuk terus memakai tudung.

















Adik yang mama suka sangat usik bila dia pakai cermin mata ni. "Macam Fina lah adik ni".  (heroin cerita Playboy Itu Suami Aku).  Cukup marah dia bila saya usik macam tu.

















Kami ke Ikea Damansara.

















'Happy' sebab dapat jalan-jalan.

















Ke Ikea untuk 'survey' katil baru untuk mereka.

















Abah Hakim yang dah kepenatan.

















Sebelum balik singgah di AEON Bukit Raja.  Tudung Khadija dah tanggal.



Kan saya dah cakap........ Mereka berdua memang rajin.  Walaupun banyak menonton televisyen, tapi dalam sehari mesti mereka akan pegang buku, kertas dan pensil.  






Monday, December 30, 2013

Makan dan Makan @ Cuti Sekolah

Cuti sekolah yang panjang buat Khadija dan Fatihah memang menyeronokkan.  Dan disebabkan itu jugalah, saya turut mengambil cuti dalam beberapa hari untuk berada di rumah bagi meluangkan masa bersama-sama mereka.  Manakan tidak, jika hari bekerja hanya waktu malam kami berada di rumah dan dalam waktu sesingkat 5 jam sebelum tidur itu sahajalah masa untuk kami habiskan bersama dengan berbual, makan malam dan menonton televisyen.

Bila dah berada di rumah dalam waktu yang panjang pada waktu siang, perkara pertama yang difikirkan ialah makan dan makan. Mereka berdua dah pandai meminta bila perut terasa lapar.  Antara makanan yang saya sediakan dan sempat dirakam ~


















Dua kali saya buat kek batik ni atas permintaan mereka berdua. Memang puashati sebab mereka makan berulang-ulang.  

















Nasi impit.

















Dimakan dengan kuah lodeh.

















Terlebih kuning sebab guna kunyit hidup.

Abah Hakim siap cakap, "Tak boleh masak selalu menu macam ni, membahayakan kesihatan".  Jangan risau, saya memang malas masak lauk yang guna santan.

















Percubaan pertama buat 'popcorn'.  Rupa-rupanya senang je buat 'popcorn' ni.



Dah bergaul dengan karamel @ gula hangus.  Agak pahit, tapi sedap bagi kami.


Dalam segenggam bertih jagung, dapat menghasilkan lebih kurang 3 botol 'popcorn'.  Memang berbaloi.

Saya sedang berusaha untuk rajin memasak seperti mak saya @ wan mereka.  Yang pasti, makanan yang dimasak sendiri di rumah dijamin kebersihan dan yang penting keberkatannya. 






Thursday, December 19, 2013

Pangkor ~ Swiss-Garden Damai Laut

Tiga minggu berturut-turut, malam hujung minggu saya terisi dengan bermalam di hotel.  Tapi kali ni tidak bersama 'cinta hati' saya yang mana bermalam di hotel ini adalah bagi memenuhi tuntutan kerja saya.  Swiss-Garden Resort and Spa, Damai Laut, Pangkor menjadi lokasi pilihan pihak pengurusan MPK untuk Mesyuarat Sasaran Kerja Tahun 2014.  Selama 3 hari 2 malam bermula 12 hingga 14 Disember 2013, saya dan Ketua-Ketua Jabatan MPK telah berkampung di sana.


















Bilik kami.  Saya, Atikah dan Fasihah berkongsi satu bilik.

















Kegemaran saya bila tidur di hotel, mesti nak bawa balik 'toiletries' yang ada.  Setakat ni dah ada lebih daripada 30 ketul 'toilteries' saya kumpul.   

















Kedudukan bilik kami di tingkat 3.























Bergambar di petang Jumaat setelah habis sesi pembentangan oleh semua jabatan.  Saya yang berjubah seperti budak sekolah agama, kata Atikah.

















Laluan ke tepi pantai.  Masa ni dah dekat jam 7.00 malam.

















Suasana di tepian pantai. 

















Sungguh indah ciptaanNya.  Allah Maha Besar.  Panorama matahari terbenam di celahan bukit.

















Bila melihat kolam renang, automatik saya teringatkan Khadija dan Fatihah.  'Best'nya kalau mereka ada bersama-sama.

Menarik juga kalau bawa keluarga bercuti disini.  Satu tempat yang agak 'privacy'.  Kira-kira 7 kilometer jaraknya daripada hotel untuk ke Pekan Lumut.  Aktiviti 'island hopping', 'bot joyrides', 'snorkelling' juga ada disediakan disini.

Tahun ni kami berSKT di Pangkor, Perak.  Tahun depan, di mana pula ya?







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...