Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Friday, February 21, 2014

3M (Makan, Main, Menonton)

Aktiviti saya, Khadija dan Fatihah hari Ahad lepas.  Seharian di rumah memang membosankan.....

















Bersarapan pagi dengan 'oat' ikut resepi kawan Politeknik dulu, Naja.  Memang menyelerakan dan sedap.  Hanya perlu tumis sedikit bawang putih dan bawang merah (ditumis menggunakan minyak zaitun).  Letak sedikit rempah kari daging (hujung sudu).  Dah garing letak hirisan kecil isi ayam.  Kemudian diperasakan dengan sedikit kiub ayam.  Curah sedikit air.  Dah menggelegak, letaklah 'oat'. 

'Respond' Fatihah ~ sedap, makan berulang.  Khadija pula ~ tak sedap (dia ni memang cerewet).

















Beli tepung kek segera.  Hanya perlu tambah telur, minyak dan air ikut sukatan.  Seperti biasa, saya sukakan kek yang dikukus.  Dibuat juga atas permintaan Khadija yang katanya.... kawan tahfiz di Al-Farabi yang 'request'.

Bekas yang kecil tu khusus untuk Khadija bawa ke sekolah makan dengan kawan-kawan.

















Setelah dicurah 'topping'.  Resepi 'topping'/'ganache' yang puas saya 'google' untuk dapatkan rasa kek yang betul-betul 'moist'.  Memang menjadi, rasa coklat yang meresap di celahan kek dengan curahan 'topping' sebanyak 2 kali.
















Berada di rumah sepanjang hari bagi meraikan Alya, kawan lama Khadija di PASTI.  Kata mama Alya, Puan Zafirah.... si Alya beria-ia nak jumpa Khadija.  Jadi, seharianlah Alya duduk di rumah kami untuk main dengan Khadija.

Walaupun main, ingat juga dia orang ni nak solat.  Alhamdulillah.

















Makan tengahari berdua bersama dengan lauk 'simple' hari tu.... ayam masak kicap dan sup bayam.  Masak lauk yang 'simple' sebab abah Hakim tak ada di rumah.

















Lepas mandi petang.    

















Main, makan dan menonton tv.  Tulah aktiviti mereka bertiga seharian.

Tilam angin tu saya dapat masa cabutan bertuah salah satu program di MPK.  Dah bertahun-tahun tersimpan di dalam kotak.  Baru sekarang rasa nak guna.  Tu pun sebab Khadija yang sibuk minta abah Hakim isikan angin.

















Dah puas menonton tv, main badminton pula kat luar sementara tunggu mama Alya datang.

















Adik yang macam biasa, mulut je bising.

Apa yang boleh saya simpulkan...... duduk di rumah seharian, memang meletihkan, ada sahaja benda yang nak dibuat. 





Monday, February 17, 2014

Adik di Tadika dan Tahfiz

"Setiap anak anugerah Allah adalah istimewa".  Berpegang kepada kata-kata itu, saya bersyukur kepadaNya kerana dikurniakan 2 anak yang sempurna di mata dan hati saya.

Alhamdulillah, perkembangan Fatihah di tadika setakat bulan Februari ni memang ok.  Setakat ni hanya sehari dia tak hadir tadika/tahfiz disebabkan demam.  Hari-hari lain pula, Fatihah nampak ceria dan tak perlu dipaksa untuk ke tadika.  Cumanya untuk ke tahfiz pada sebelah petang, agak menduga sedikit dan dalam keadaan paksa kerana perlu mengorbankan waktu tidur dia.

Aktiviti di Tadika Ceria Az-Zahrah lebih kepada 'Play School'.  Kerapkali Ibu Zarah ingatkan kepada ibubapa yang menghantar anak ke tadika ini, penekanan bukan kepada 'MESTI' pandai membaca, menulis, mengira seperti di tadika yang lain.  Tetapi lebih kepada peribadi, akhlak dan sahsiah dalam diri anak-anak.  Gambar aktiviti Fatihah di tadika yang diambil dari facebook 'Aktiviti Kami Di Az-Zahrah'.























Fatihah dan kawan-kawan dalam Yellow Class.  Sangat bertuah bila Fatihah disenaraikan bawah Yellow Class untuk kelas umur 5 tahun ini kerana kelas ini di bawah kelolaan Teacher Nur Edzati Kamaludin.  Teacher ini antara teacher paling 'favourite' di Tadika Ceria Az-Zahrah.























Kawan rapat Fatihah.  Di mana ada Fatihah, di situ mesti ada Inas.  Berkawan sejak umur 4 tahun semasa dalam Pink Class.  Selain Inas, kawan rapat Fatihah yang sering menjadi sebutan ialah Alya.  Tapi Alya di tempatkan di kelas berlainan.  Walaupun berlainan kelas di tadika, tapi menurut teacher, bila waktu rehat/makan, dia orang bertiga mesti duduk dan makan bersama.























Gambar ni pula semasa aktiviti melawat ke dusun buah-buahan sempena program 'Go Green'.  

Fatihah pegang ranting daun di dusun Tok Lang @ Haji Ladzim di Jalan Hasan, Sungai Udang.  Difahamkan masa ni dusun tak ada buah sebab belum tiba musim.























Fatihah dan Inas.  Bila saya tanya, "Fatihah tengah buat apa masa ni?"  Dia jawab, "Adik tengah warna pokok".























Teacher Edzati yang lemah lembut dan tinggi ilmu dan pengetahuannya.























Ibu bapa diminta membawa buah-buahan tempatan semasa program 'Go Green' tersebut.  Mungkin tujuannya nak kenalkan budak-budak ni dengan buah-buahan tempatan dan rasa buah-buahan tersebut.  Saya bawakan Fatihah buah nenas, buah naga @ 'dragon fruit' dan buah kelapa muda. 

















Fatihah dan kawan-kawan melihat teacher buat demonstrasi salad buah-buahan.

















Aktiviti di hari yang lain, bermain pasir dengan kawan-kawan. 

Fatihah pada usia nak masuk 5 tahun ni, banyak perkembangan positif.  Dia semakin berani, berkeyakinan, pandai bergaul, telah kenal huruf dan abjad serta boleh membaca beberapa surah yang pendek.  Dia nampaknya dah boleh mengira mengikut turutan nombor dengan betul sehingga nombor puluh.  Cara pegang pensil, menulis abjad dan mewarna juga semakin kemas.

Walau apa pun, sebagai ibu, saya juga mahukan yang terbaik untuk Fatihah.  'Target' saya, Fatihah dapat membaca paling lewat pertengahan usia 6 tahun...... Insya'Allah.  Persediaan ke arah itu perlu dari sekarang, saya dan abah Hakim tak boleh mengharapkan 'teacher' sepenuhnya untuk mengajar Fatihah.  Kami perlu bersama-sama untuk pastikan dia boleh..... sama seperti kakak Khadija.  Semoga Fatihah diterangkan hati, dilapangkan dada dan dipermudahkan untuk menerima ilmu.







Thursday, February 6, 2014

Sepupu Khadija & Fatihah @ Telok Gadong

Memang seronok bila dapat berkumpul 5 beradik dengan suasana riuh-rendah oleh 9 cucu wan dan atuk Telok Gadong setakat ini.


















Khadija dan Fatihah bergambar di pelamin mini untuk majlis aqiqah dan cukur jambul bagi meraikan cucu terbaru wan, anak Pak Usu Meor mereka pada 2 Februari 2014.

















Sebahagian waris Telok Gadong (kecuali Ain si baju merah).  Fariz, hero yang ligat di kelilingi kakak sepupu.

















'Handsome boy', Muhammad Irfan Hazim yang baru berusia setahun lebih tapi tinggi dia dah macam budak umur 2 1/2 tahun.  Masih takut-takut dengan kami, sebab sebulan sekali je balik rumah wan Telok Gadong.

















Berbaju pink, Nur Aqilah Anis dan adiknya Angah @ Amoi, Nur Hazirah Izzati tersangatlah 'cute'. 

















Norsaleha, anak ketiga dalam susunan adik-beradik kami, selepas saya.  Dia ni memang putih dan berbeza dari kami adik-beradik yang lain.























Yang diraikan.  Puteri Hasya Hanania binti Meor Mohd Shukor baru nak masuk 3 bulan.  Pandai senyum bila diagah.  Tak kurang juga si Puteri ni suka sangat melalak, minta diangkat.


















Abah Hakim beramah mesra dengan si penjaga kambing golek.























Adik ipar bongsu kami yang satu-satunya perempuan.  Lain-lain ipar saya sebelah Telok Gadong adalah lelaki.  Bertuah Anis, dilayan oleh mak seperti anak-anak perempuannya juga.

















Cantik juga tema biru pink pilihan Anis ni ye?


















Ambil berkat tangan mak @ wan.

















Turut meraikan birthday mak lang dan ulangtahun perkahwinan Meor dan Anis pada tarikh yang sama. 

















Alhamdulillah, makanan mencukupi dan banyak juga yang lebih walaupun jemputan yang datang lebih daripada yang dianggarkan.  Terima kasih di atas kehadiran kumpulan marhaban, jemaah masjid dan saudara mara yang melapangkan masa hadir ke majlis tersebut.
















'Goodies' untuk kumpulan marhaban dan jemaah masjid dari air tangan tuan rumah.  Mak berbesar hati nak buat pulut kuning dan rendang ayam yang diletakkan dalam gelas kaca untuk edaran kepada mereka.  Memang sedap pulut dan rendang mak, tiada tandingan dengan yang lain setakat ini.

















'Sponsored by' acik Nor khusus untuk majlis ini.  Gula-gula 'Qadbury' diletak dalam bekas plastik.




















 


Bunga telur yang 'simple'.
















Abah Hakim boleh relaks dan borak-borak sebab majlis ni guna khidmat katering.
















Khadija yang 'sporting' bergambar, Fatihah pula masa ni tengah 'moody', mungkin 'jealous' bila tumpuan beralih daripada dia kepada sepupunya yang lain.
















Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain.  Di halaman nilah tempat kami adik beradik bermain dan belajar mengayuh basikal, sekarang pula tempat cucu-cucu mak belajar bertatih dan berkejaran.

Rumah warisan yang dipusakai daripada atuk dan wan saya dahulu.  Al-Fatihah untuk Allahyarham Haji Hashim bin Md. Isa dan Allahyarhamah Hajjah Mariam binti Daud.






















Diakhiri dengan gambar cucu sulung dan kedua Telok Gadong, abang Naim dan kakak Sarah yang hanya 2 beradik.  Anak kak Ti yang kini dah berumur 18 dan 15 tahun.  (Gambar diambil dari FB Ahmad Naim sebab susah nak rakam gambar mereka berdua).






Monday, February 3, 2014

Keakraban Dua Beradik

Akhirnya, hasrat nak deko bilik tidur Khadija terlaksana walaupun agak lambat setelah 2 tahun kami menghuni rumah ini.  Kalau diikutkan bilik ini adalah bilik Khadija seorang yang mana untuk Fatihah juga kami telah peruntukkan 1 bilik, tapi disebabkan kedua-duanya penakut, eloklah buat masa ni mereka berkongsi bilik.  Bagi kami, biarlah mereka membesar dengan rasa saling memerlukan, rapat antara satu sama lain dan berkongsi apa juga peralatan bersama.

















Bagi menimbulkan 'mood' ceria, kami pasang 'wallpaper' di bilik ni.  'Wallpaper' berharga RM50.00 segulung yag dibeli di GM Klang.  Dipasang seorang diri oleh abah Hakim.  Corak 'wallpaper' ni dipilih sebab memikirkan ianya lebih ceria dan boleh bertahan lama berbanding imej kartun.

















Ruang bilik yang agak terhad iaitu 12' x 12' agak sesak bagi saya untuk memuatkan semua barang mereka yang ada.  Dalam kotak di hujung kepala katil tu tersimpan semua mainan mereka berdua. 

















Tiada tema untuk bilik ini.  Janji mereka berdua sukakan suasananya.  Sebelum ni, bilik ni kami letakkan katil 'single'/bujang je.  Tapi disebabkan  mereka berkongsi bilik, kami tukarkan katil 'queen' milik kami.  Dan disebabkan itu, mama dan abah dapat katil dan tilam baru.

















Ruang belajar mereka berdua.  Memadai dengan apa yang ada sebelum ini.  Insya' Allah, akan kami 'upgrade' dari masa ke semasa mengikut umur mereka.

















'White board' yang banyak membantu.  Seringkali abah Hakim gunakan untuk ulangkaji pelajaran Khadija atau tulis nota untuk ingatan kami bersama.

















Piala-piala milik mereka berdua.

















Jam dinding pilihan Khadija yang mana dia juga dah pandai baca jam jarum.  Sebahagian anak patung yang masih aktif dimain oleh mereka berdua diletakkan atas rak plastik.  Yang dah tak aktif main, kesemuanya disimpan dalam kotak.

















Buku-buku yang ada pada masa ini terpaksa dicampur dalam satu kabinet ini.  Kebanyakkannya buku cerita milik Khadija.


















Khadija yang puashati dengan susunan baru di bilik tidurnya.

















Aktiviti mereka berdua sekarang ni banyak di dalam bilik.  Mungkin tengah teruja dengan suasana baru bilik mereka.

















Kakak ajar adik eja dan tulis perkataan A untuk Ayam.

















Kakak sebagai mentor kepada adik.  Mereka ni pun sama macam kanak-kanak lain, ada masa baik, ada masa gaduh.

















Di hari yang lain, bersiap nak keluar jalan-jalan.

















Main basikal dulu sementara nak tunggu mama dan abah tutup pintu rumah.

















Entah apa lah si adik fikirkan tu?

















Minum petang merangkap makan malam di kedai mamak ~ Restoran Subaidah, Bayu Perdana.

















Saya pilih mee goreng mamak, sekali-sekala je boleh pekena mee goreng mamak ni sebab kalorinya agak tinggi.  Tak puas makan sebab Khadija dan Fatihah tumpang makan sekali walaupun mereka dah makan roti canai seorang sekeping.  Sebab tak kenyang, mama order lagi, sekeping tosai.

















Abah Hakim dengan ayam tandori dan cappati.

Seronok dengan aktiviti mendeko bilik yang walaupun penat tetapi berbaloi bagi saya dan abah Hakim sebab ruang 'privacy' kami dah tak lagi berkongsi dengan mereka berdua.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...