Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Thursday, July 29, 2010

KIK



Pada 27 Julai 2010, setelah berbulan-bulan membuat kertas kerja dan bahan persembahan, akhirnya team KIK Hakim telah membentangkan hasil projek mereka di Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK, Shah Alam. Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) atau dulunya dikenali sebagai KMK adalah merupakan acara tahunan di peringkat Negeri. MPK mempertaruhkan 2 penyertaan iaitu bagi kategori pengurusan dan teknikal. Keputusan diumumkan pada 28 Julai di mana hanya team GPH dari Jabatan Penilaian mendapat tempat iaitu Naib Johan di dalam kategori pengurusan.

Takpe, walaupun team Hakim kalah, tapi saya amat berbangga kerana suami saya telah berusaha bersungguh-sunguh dan bertungkus-lumus dengan projek inovasi mereka. Walaupun tidak mendapat tempat di hati pihak juri, bagi saya team mereka adalah salah satu daripada yang terbaik. Syabas saya ucapkan kepada team suami saya kerana telah membawa nama Majlis Perbandaran Klang.



Ketahuilah, saya berbangga mempunyai suami yang superb!!!

Friday, July 23, 2010

Renew Lesen Senjata Api

Untuk entry kali ni adalah mengenai aktiviti Hakim pada Ahad lepas, 18 Julai 2010 iaitu memperbaharui lesen senjata api beliau.



Lokasi terletak di Meru, Klang.



Gaya seorang penembak.

Nak cerita lebih pun, saya tak tahu sebab saya tak ikut beliau ke sana. Bila bercerita bab suami ni, saya bertuah sebab suami saya, Mr. Hakim seorang yang memberi komitmen yang tinggi ke atas kerjayanya dan bagi saya dia memang superb kerana serba boleh dalam pelbagai perkara iaitu dari kaca mata saya sebagai seorang isteri dan yang paling rapat dengan beliau (tak pakai cermin mata pun saya ni). "Saya sayang, sayang".


Wednesday, July 21, 2010

Kursus SPIES

Syukur Alhamdulillah, saya dah mengikuti kursus SPIES (Spiritual, Phsycology, Intelectual, Emotion, Social) anjuran Kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat pada 19 dan 20 Julai 2010 (Isnin & Selasa), bertempat di Excel Training Centre, Ulu Beranang, Negeri Sembilan. Pada saya, kursus ini lebih kepada mengingati amalan kita menuju ke alam yang kekal abadi nanti. Dengan program Qiamullail dan solat sunat Dhuha, saya rasa begitu tenang dan yakin serta ditambah rasa rajin untuk beribadat kepada Allah S.W.T. Tempat berkursus pun selesa dan makanan pun menepati selera kami, tambahan pula tempat berkursus di dalam dusun yang pastinya ada pokok buah-buahan seperti durian, manggis, rambutan dan langsat. Apa lagi memang seronoklah, sambil berkursus, sambil merasa buah-buahan tu. Cuma yang tak bestnya, coverage untuk line DIGI kurang baik di sana. Terpaksa mencari kawasan tertentu baru ada line.

Sepanjang 2 hari saya tiada, anak-anak ditinggalkan bersama wannya. Kalau ditanya, pada Hakim, keadaan Khadija sepanjang saya tiada, katanya Khadija tak heran langsung pun, yelah anak Abah lah katakan. Cuma si Fatihah je kesian sebab tidur tak lena, bila terjaga tercari-cari mama dia ni. Yelah, masih menyusu badan lagi si Fatihah ni. Balik je saya dari kursus, tak berenggang langsung si Fatihah ni dengan saya. Bukan main seronok lagi dia, asyik tersengih2 je menampakkan 4 batang gigi kapak dia tu.



Friday, July 9, 2010

Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

Jalan-jalan ke Putrajaya ni adalah pada hari yang sama kami ke Sungai Congkak. Putrajaya ni dah banyak kali kami pergi, tapi kali ni adalah bertujuan semata-mata untuk ke Masjid 'besi'. Menurut Hakim, stuktur masjid ni dibina hampir keseluruhannya dengan besi. Kami solat Asar kat masjid ni. Selain daripada ke masjid, kami tak singgah di mana-mana lokasi sebab cuaca pada petang tu agak mendung dan hujan gerimis. Dalam pada tu, sempat juga saya lihat persiapan untuk Festival Bunga Dan Taman Putrajaya, Floria 2010 yang akan berlangusng pada 10 hingga 18 Julai 2010 yang mana kanopi sedang rancak dipasang. Nampak menarik, dan kami pada ketika itu merancang untuk datang lagi ke Putrajaya semasa festival berlangsung. Insya Allah, kalau tiada program lain pada tarikh tersebut.



Dalam masjid.



Fatihah yang keriangan, merangkak dengan sesuka hati ke sana sini.



Kami solat bergilir2 untuk mengawasi budak berdua ni. Hakim berjemaah dan saya terpaksa solat sendiri. Bagi kanak-kanak yang berlari di dalam masjid tu, guard wanita akan datang dan tegur sambil 'sound' menyindir kepada ibu bapa yang tak awasi anak masing2. Entah apa2 entah. Lagi pun budak2 tu bukan mengganggu orang solat, mereka bermain di belakang. Ada di antara ibu bapa yang bengang juga saya lihat. Mujur bukan anak saya.



On the way balik. Berhenti atas jambatan untuk ambil gambar. Lokasi ni sering menjadi latarbelakang untuk cerita keluaran Skop Production seperti Sembilu Kasih.



Kami.

Thursday, July 8, 2010

Fatihah Dah 10 bulan ++

Memang tak adil betul saya ni, tak banyak cerita mengenai Fatihah dalam blog ni. Kalau diimbas kembali entry yang lama-lama, memang banyak cerita mengenai perkembangan Khadija. Kesian Fatihah, oklah kali ni, mama masukkan cerita mengenai perkembangan terkini Fatihah pulak ye.





1. Kalau diikutkan pada usia 10 bulan dan hampir ke 11 bulan beberapa hari lagi, sepatutnya Fatihah ni dah boleh bertatih macam kakak Khadija. Khadija dulu pada usia 11 bulan dah mula berjalan. Fatihah pun apa kurangnya, dimulai dengan meniarap belum pun memasuki 3 bulan dan merangkap serta berdiri pada usia 6 bulan. Tapi bila nak berjalan ni lambat pulak. Kalau diletakkan dalam 'walker' jangan cakaplah, laju sangat dia meluncur dalam rumah mak ke sana ke mari. Sekarang ni, pagi2 lagi mak saya tatihkan si Fatihah atas embun rumput. Biar cepat jalan.

2. Ada 4 batang gigi. 2 batang di atas dan 2 batang di bawah. Saiz gigi Fatihah ni besar @ gigi kapak. Kadang-kadang bila datang geram dia, habis saya atau abah dia digigitnya.

3. Terlalu aktif dan lincah pasal tu berat susah nak naik.

4. Kurang minum susu, baik susu badan atau susu tepung anmum. Nestum pula dia cepat jemu dan sekarang ni dah mula makan nasi yang dilenyek.

5. Dah pandai sebut 'abah' untuk panggilan saya dan abahnya dan 'ja' tanda panggil kakaknya Khadija.

6. Asyik nak bergurau senda dan ketawa dengan bunyi yang kuat. Kadang-kadang pandai menyakat kakak dia.

7. Kuat berpeluh dan amat sensitif dengan cuaca panas di waktu malam. Kalau tidur dengan 'air-cond' dia akan lena sampai ke pagi tanpa bangun mengganggu saya.

8. Rajin mengemas (menyelongkar) macam kakak Khadija masa kecil-kecil dulu.

9. Tak banyak ragam dan mudah dijaga.

Itu sahaja rasanya perkembangan Fatihah buat masa ni dan sebagai mama saya rasa Fatihah ni agak bijak kerana akan beri 'respond' atau maklumbalas yang cepat pada apa yang kami lakukan. Tapi jika dibandingkan dengan Khadija masa kecil dulu, memang Khadija lebih beruntung sebab dapat perhatian yang lebih dari mama dan abah, yelah masa tu Khadija masih seorang, berbanding dengan Fatihah ni. Walau apa pun, mama sayang kamu berdua.



Patung bear yang sekarang ni menjadi kesayangan Khadija. Kadang2 bengang juga, dia lebih menjaga bear dari adik dia sendiri. Patung bear tu hadiah dari wan uda masa birthday Khadija setahun.


Tuesday, July 6, 2010

Perbezaan Di Antara 2 Gambar

Di antara 2 gambar saya ni, apa yang bezanya? Penutup kepala @ serkup @ inner syria yang saya pakai tu amat selesa sekali. Mujur Hakim benarkan saya pakai, itupun katanya masih mendedahkan aurat di bahagian leher. Ampun, saya akan cuba perbaiki etika berpakaian saya dari semasa ke semasa ye.



Beza di antara 2 gambar ni adalah t-shirt yang dipakai. T-shirt merah agak mendedahkan sangat leher saya.



T-shirt hitam ni kurang terdedah sikit. Next time saya akan beli t-shirt 'turtle neck' untuk disesuaikan dengan serkup syria ni.

Bercerita pasal serkup ni juga, pada petang Ahad lepas, ingat nak keluar rumah pakai serkup syria ni aje ke rumah sewa. Saya pun bukan berniat nak turun dari kereta pun, cuma nak temankan Hakim dan bawa anak jalan2 menikmati angin petang. Tapi disebabkan teguran Khadija yang tanya, "Mama, kenapa tak pakai tudung?" Langsung saya tukar pakai tudung yang lengkap sikit.

Picnic di Sungai Congkak

Sabtu, 3 Julai yang lalu, seperti yang dirancang oleh Hakim, kami sekeluarga menghabiskan masa dengan berkelah di Sungai Congkak. Kalau ikutkan, rancangan nak berkelah dan bermalam di sungai ni adalah untuk family kroni2 yang sepatutnya dibuat pada pertengahan bulan Julai ni, tapi diawalkan pasal tempat yang dirancang telah 'full booked'. Turut serta adalah 2 lagi kawan Hakim iaitu family Zafri dan Ruzi. Kalau diikutkan, aktiviti mandi sungai ni sememangnya antara aktiviti yang Hakim cukup suka. Dari beberapa minggu lepas lagi, Hakim dah ajak kami berkelah, tapi disebabkan kesibukan kerja dan projek menyiapkan kandang lembu peliharaan kami di kampung, semuanya tertangguh. Entry mengenai 3 ekor lembu milik kami belum lagi disiarkan atas sebab takut nanti lembu tu tak serasi dengan kami.

Kami bertolak dari Kapar jam 7.30 pagi tapi jalan agak 'jammed' pasal hujan gerimis pagi tu.



Khadija yang 'excited' nak pergi mandi river. Bangun awal dan tak merengek langsung pagi tu. Masa ni kat Petronas highway Persekutuan, tunggu family Ruzi Ambar. Nampak tak tv tu, sekarang Khadija cukup suka naik kereta abah pasal ada tv dan kalau naik kereta ni, memang kami tak dapatlah dengar radio pasal Khadija akan minta pasang VCD kalau tak Bunny, Shin Chan (Khadija tengah ketagih dengan cerita Shin Chan pulak).



Mama dan Fatihah. 'Awning' tudung ni dah bengkok, muka saya nampak bulat.



Sampai di Sungai Congkak hampir pukul 10.00 pagi pasal jalan di Pekan Kajang yang agak 'jammed'. Apa lagi setelah selesai memasang khemah, kami pun makan. Saya bawa nasi putih, rendang ayam dan kek coklat aje hari tu.



Dalam Khemah.



Fatihah dan kawan baru yang sebaya dengan dia, Nur Dania Delisha @ Echa anak Ruzi Ambar.



Fatihah yang tak takut langsung dengan air, walaupun dah menggigil dan kecut jari jemari tapi masih nak berendam. Bila diangkat je, meronta-ronta kaki si Fatihah ni.



Khadija main pistol air.



Khadija kali ni main air di tepian aje. Tak tahan sejuk agaknya.



Masa ni memang kelakar, nampak je isteri Ruzi nak ambil gambar, Khadija cepat2 datang dan menyelit. Gaya Khadija persis orang dewasa masa ni.



Selesai makan, rehat sekejap. Hakim dan Khadija sambung mandi sebelum kami putuskan untuk balik dalam pukul 2.30 petang. Masa ni pun kelakar, Fatihah cari2 kakak Khadija dan abah, bila nampak je dari dalam khemah, abah kat dalam air, terus merengek dan meronta nak mandi sekali lagi. Saya pun bawa Fatihah turun dan rendam kaki dia dalam air masa tu.


Monday, July 5, 2010

Satay @ Sate + Mee Jawa

Cerita mengenai kedai makan ni dah pernah saya masukkan dalam blog pada bulan Julai 2009. Bukan nak promosi tapi nak berkongsi tempat makan yang pada citarasa saya dan keluarga memang best. Lokasi kedai makan adalah jalan dari arah Klang ke Banting iaitu di Sijangkang dan kedai yang dimaksudkan adalah Barakah. Menu yang agak top kat situ adalah satay @ sate dan mee jawa. Menu pilihan yang lain adalah soto, nasi ayam, mee kari dan nasi lemak. Memang berbaloi makan kat situ pasal harga sate yang besar saiznya masih RM0.50 dan mee jawa masih RM3.00. Servis dan layanan pun ok, cepat walaupun ramai pelanggan.



Menunggu hidangan. Fatihah kalau tak diawasi, ada je benda yang dihisapnya.



Menu yang Khadija pilih, nasi lemak tanpa sambal.



Abah @ Hakim yang makan sampai berpeluh2. Yelah kedai makan ni cuma ada kipas je, bila dah ramai manusia dah tentu jadi panas.



Khadija yang dah dapat makan, senyap. Mujur dia perasan ada kucing kat bawah meja masa dah nak habis makan, apalagi menjeritlah dia.

Amat berbaloi makan disitu dengan jumlah semua tak sampai RM50.00, makan sahaja di sana, 3 mee jawa, 1 nasi lemak dan 20 cucuk sate serta jus tembikai dan milo ais. Kemudian kami bungkus bawa balik pula 4 bungkus mee jawa/kari dan 20 cucuk sate.


Friday, July 2, 2010

Award & Tag



1. Anda mesti beri pujian pada pemberi award ni.

Sebelum beri pujian, saya nak war2kan, inilah kali pertama saya di tag dan menerima award sepanjang saya punyai blog sendiri. Jadi, terus terang saya kata saya tak pandai bertag2 atau beraward2 ni.

Pujian saya buat pemberi award ni iaitu Aishah @ Ratu Kebaya. 'Walaupun kita hanya kenal melalui maya, tak pernah bersua muka, tapi akak tahu Aishah seorang kawan (kwn2 Yong @ Shaniza baik + gila-gila), anak, isteri dan ibu yang baik. Bertuah akak dapat kenal Aishah ni". Pujian byk lagi, tapi cukuplah sikit2 dulu.

2. Sila beri award kepada 10 blogger yang lain.

Aishah, akak tak ramai kawan blog, jadi tak boleh nak buat soalan no. 2 dan seterusnya. Lagipun, akak ni pemalu dan 'silent reader' je dengan blog2 yang lain tu. Harap maaf dan maklum.

3. Anda mesti memberitahu kepada 10 blogger ini.

Dah jawab kat soalan no. 2.

4. Bagaimana anda boleh digelar blog yang best and great?

Tak pernah impikan pun blog ni paling best kerana takut jadi riak dan syok sendiri pulak nanti.


Makan2 Bahagian Jawatankuasa

Bahagian Jawatankuasa ni adalah nama bagi Unit saya. Unit/Bahagian kami ni di bawah Jabatan Khidmat Pengurusan yang mana fungsi utama dan satu-satunya kami di sini adalah mencatat minit mesyuarat. Tak kiralah apa mesyuarat pun, dari sekecil-kecil hinggalah ke Mesyuarat Penuh Majlis (Full Council). Boleh dikatakan kami di sini 100% terlibat dengan orang politik. Kalau dulu di Negeri Selangor di bawah pimpinan Kerajaan Barisan Nasional, kini kami di bawah wakil parti politik Pakatan Rakyat pula. Boleh dikatakan hampir 100% hal ehwal daerah Klang, dari perancangan pembangunan, penyelenggaraan sampah, aduan awam dan program2 Majlis semua kami yang akan tahu dulu. Selain daripada menjaga hal ehwal mesyuarat serta Ahli Majlis, kami juga kadangkala ditugaskan untuk 'backup' PA kepada Yang Dipertua. Ye lah, dah kelulusan kami semua dari kursus kesetiausahaan, faham2 jelah itulah tugas dan fungsi kami.

Berbalik kepada cerita asal, pada hari Jumaat minggu lepas, kami mengadakan majlis makan tengahari bagi meraikan pelajar praktikal yang juga bekerja sambilan selama 2 bulan setelah tamat tempoh praktikalnya di Unit kami. Menu makan tengahari yang kami pilih adalah ala-ala thai. Selalu makan di luar, tapi kali ni sengaja pilih makan di ofis dengan mendapatkan khidmat dari katerer yang tentunya bukanlah kami yang masak sendiri.



Puding koktel. Senang je buat rupanya.



Air sirap bandung + ais krim soda.



Menu - sotong goreng tepung, siakap 3 rasa, daging masak merah, telur bungkus, buttered prawn, tom yam, sayur brokoli + cendawan. Banyakkan menunya? Dan kami amat berpuashati pasal dapat makan berulangkali dan siap bungkus bawa balik lagi. Kalau nak tahu, harga memang berpatutan, RM20 satu kepala.



Saya takde dlm gambar.



Yang diraikan, berbaju hijau, Nur Izzati Falihin bt. Zainuddin yang akan menyambung pengajiannya di UiTM Cawangan Puncak Alam.



Acara buka hadiah yang diberikan oleh kami.



Jeng-jeng-jeng, dapat beg. Boleh Izzati guna untuk ke kelas nanti.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...