Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Thursday, December 30, 2010

Wedding Ina, Kg Bukit Kerayong

Ina adalah sepupu kepada Hakim, telah selamat melangsungkan pernikahan dengan pilihan hatinya di kampung Bukit Kerayong. Comel dan gebu orangnya. Sebagai saudara terdekat dan terapat dengan Hakim, kami sekeluarga wajib untuk hadir ke majlis tersebut.



Fatihah yang dipakaikan dengan gaun yang sama masa mak cik Nornya kahwin dulu. Ramai yang memuji cantik.



Abang Aci @ Nasro ni merupakan abang sulung kepada Hakim. Sporting orangnya. Beliau ni pandai memasak dan kreatif orangnya, hinggakan lauk makan beradab pengantin pada hari tersebut dihasilkan oleh beliau dan isteri (Kak Dil).



Selain dari menu wajib iaitu nasi dan lauk pauk, ada menu tambahan iaitu soto dan cendol. Pukul 11.00 pagi, kami dah start makan. Maklumlah kenduri masyarakat Jawa ni awal pagi orang dah mula ramai. Tapi saya puji dengan sikap kerjasama masyarakat Jawa @ orang kampung yang masih mengekalkan 'rewang'. Berbeza dengan kenduri di tempat saya.



Khadija dan sepupunya yang majoriti lelaki. Sebab tu Khadija ni jadi rebutan.



Pengantin yang betul-betul gebu. Ina memilih warna tema hitam/putih dan baju persandingan pula berwarna kelabu.



Ain dan Lisa yang menjadi flower girl ni pun sepupu Khadija.



Paling saya suka pada majlis tersebut adalah cupcake ni. Tapi tak sempat nak rasa pun sebab kami meninggalkan majlis tersebut seawal jam 1.00 tengahari kerana terdapat undangan lain di Telok Gong, Pelabuhan Klang. Mujur juga pengantin bersanding awal, dapat kami melihatnya.




Mesyuarat Di Melaka

Balik je bercuti dari Melaka dan PD, saya ditugaskan ke Melaka bagi menghadiri Mesyuarat Prestasi Kerja Tahun 2010 dan Sasaran Kerja Tahun 2011 bersama Tuan Yang Dipertua dan Ketua-Ketua Jabatan, Majlis Perbandaran Klang pada 21 hingga 23 Disember 2010 bertempat di Hotel Renaissance, Melaka. Yang kelakarnya, sampai je di sana, rupa-rupanya hotel ni di terletak di hadapan Hotel Ming yang kami duduk tempohari. Apalagi saya terus hubungi Hakim dan maklumkan, kalau tahu kami terus stay dan sambung beberapa hari lagi di sana.

Tempoh 3 hari 2 malam ni rasanya yang paling lama saya berjauhan dengan Fatihah. Kalau dengan Khadija masa kecil dahulu berhari-hari pun tak kisah. Tapi dengan Fatihah ni susah sikit sebab dia ni amat manja dengan saya. Mujur tiada apa-apa berlaku sepanjang peninggalan saya.



Memang selesa hotel ni, bilik dan makanannya saya amat berpuashati.



Surprised untuk Tuan YDP di atas penerimaan pingat darjah kebesaran D.P.M.S. yang membawa gelaran Dato' pada hari keputeraan D.Y.M.M. Sultan Selangor baru-baru ini.



Ketua Jabatan dan Pegawai masing-masing membentangkan laporan penilaian prestasi kerja tahun 2010 dan kerja yang disasarkan untuk tahun 2011 bagi mendapat kelulusan mesyuarat.



Tugas saya mencatat minit pada sepanjang mesyuarat berlangsung.



Intan Wazleena, Setiausaha Pejabat (N28) yang mana kami berdua memang akan ditugaskan untuk mesyuarat seperti ini kerana kami adalah kanan dan senior di unit kami.

Kesimpulannya, saya amat lega kerana mesyuarat ni dah selesai. Tak sanggup saya berjauhan dengan keluarga lama-lama walaupun bilik dan makanan di hotel tu sedap. Bak kata pepatah, 'Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, tapi lebih baik di negeri sendiri'.



Wednesday, December 29, 2010

Wayang Hantu Kak Limah Balik Rumah

Kami singgah menonton wayang Hantu Kak Limah ni di Jusco Bukit Tinggi, Klang sekembali dari bercuti di PD. Kami mengambil waktu tayangan untuk jam 3.20 petang.

Kalau diikutkan saya tak minat dengan cerita hantu kerana saya ni penakut. Tapi bila Hakim kata cerita ni merupakan kesinambungan dari cerita Zombie Kampung Pisang yang kelakar, jadi saya pun setuju untuk menonton, ditambah pula menurut cerita kawan-kawan yang cerita ni tak seram, menguatkan lagi keinginan saya untuk menonton. Bagi saya cerita ni memang best dan tak seram langsung sebab memang boleh tahu yang kak limah tu bukan hantu di samping cara jalan cerita yang ada unsur kelakar dan sinis. Memang best!!!



Sebelum menonton, makan dulu di McD. Khadija masa ni kena cirit-birit. Tengok muka pun tahu takde mood dan letih.



Fatihah yang ceria.



Tayangan bermula. Hakim ambil tempat duduk paling atas dan tengah. Couple sit.



Si kecil yang tak meragam langsung pada awal tayangan.



15 minit sebelum akhir cerita saja, Fatihah mula buat hal sebab dah boring lama sangat duduk.



Seronok dapat menonton wayang ni tapi tengok jalan cerita jugalah. Saya pernah menonton wayang, tak ingat cerita apa, rasa tak sabar je bila nak habis sebab boring. Oh ye, Cicak Man 2, cerita yang membosankan bagi saya.




Tuesday, December 28, 2010

Percutian Ke Melaka & Port Dickson

18, 19 dan 20 Disember 2010, kami sekeluarga bercuti ke Melaka dan PD. Di Melaka, kami menginap di Hotel Ming, Jalan Bendahara. Agak terbatas sedikit percutian kali ni disebabkan Hakim demam sesampai sahaja kami di Melaka.

Di deretan tempat penginapan kami pula, terdapat kedai urut yang mana kami berdua mengambil kesempatan mendapatkan urutan di kedai urut tersebut. Kebah sedikit demam Hakim untuk seketika, walau bagaimanapun disebabkan tak tahan dengan batuk dan selesema, pada petang tersebut juga, kami mengambil ubat di klinik. Agak membosankan juga percutian kami pada sebelah malam tersebut, kerana kami menghabiskan masa menonton tv di bilik disebabkan Hakim masih demam.



Pada keesokan hari, seawal jam 8.30 pagi kami dah check-out bagi meneruskan perjalanan ke lokasi-lokasi bersejarah di bandar Melaka. Tambahan pula, untuk mengelakkan kesesakan di pusat bandar tersebut membuatkan kami mengambil keputusan untuk keluar lebih awal. Ini merupakan percutian kedua kali buat Khadija di Melaka. Manakala saya dah berkali-kali ke sana ditambah dengan mesyuarat dan kursus yang sering dianjurkan oleh MPK. Walau bagaimanapun, saya tak pernah jemu untuk ke Melaka ni.



Berlatar belakangkan bahtera/kapal.



Suka betul Fatihah dengan bunga.



Bersama abah tersayang.



Meriam yang dah tak berfungsi agaknya.



Fatihah kalau dapat berjalan sendiri, punyalah laju, penat nak mengejarnya.



Kalau ke Melaka, pasti saya takkan lepaskan peluang menaiki beca. Untuk 1/2 jam, kami dikenakan RM30.00.



Ada ikan dalam laut ni rupanya.



Menaiki bot menyusur sungai Melaka. Kadar tiket untuk dewasa sebanyak RM10.00. Manakala kanak-kanak 2 tahun ke atas hingga 12 tahun dikenakan RM5.00.



Atas bot.



Penginapan seterusnya adalah di Tiara Beach Resort. Aparment atau bilik ni kepunyaan kawan sekerja Hakim. Besar dan selesa bilik ni dan saya amat berpuashati, walaupun dikenakan 200.00 untuk semalam.



Pandangan dari atas bilik kami. Khadija paling 'excited'. Asyik merenung ke luar dan merengek ajak mandi di swimming pool sebaik sahaja kami sampai ke sana.



Seronok budak 2 orang ni dapat mandi kat swimming pool.



Main air sampai menggigil si Fatihah ni.



Saya dan Khadija.



Hari terakhir kami di sana, kami singgah di pantai PD. Walaupun gerimis ketika tu, Khadija masih merengek nak mandi di pantai.



Walaupun sekejap, tapi saya tahu budak 2 orang ni puas sebab dapat mandi laut.

Percutian memang seronok walaupun meletihkan. Dan saya bersyukur, walaupun lokasi percutian kali ni tak jauh dan Hakim kurang sihat, tapi kami enjoy.



Monday, December 27, 2010

Konsert Sinar Permata Kecil

Dah hampir 2 minggu, konsert ni diadakan tapi baru nak diceritakan di dalam blog ni. Konsert ni merupakan program yang julung-julung kali diadakan oleh pihak Taska MPK. Ia juga merupakan persembahan pertama Khadija di atas pentas yang mana bagi saya sebagai seorang ibu, amat berbangga dengan pencapaian beliau pada usia 3 tahun 7 bulan.

Konsert diadakan pada 17 Disember 2010 bertempat di Dewan Hamzah, Klang ini merupakan usahasama antara pihak Taska Permata/Pusat Jagaan MPK dan pihak MPK sendiri. Kami pula selaku barisan Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa Taska/Pusat Jagaan diminta membantu serba-sedikit bagi kelancaran program tersebut.



Sehari sebelum program berlansung. Kami diminta bersama membantu pihak Taska. Saya, kak Mai dan Kak Su menaiki lori Jabatan Taman Dan Rekreasi bagi mengangkut cenderahati dan hamper dari Taska ke Dewan Hamzah. Ini merupakan pengalaman pertama saya menaiki lori yang sering digunakan untuk menjalankan operasi oleh anggota Penguatkuasa MPK ni.



Kak Su, kak Mai dan Umi (pengasuh Taska).



Malam sebelum program, kami sibuk di dewan. Saya merasa juga kepenatannya kerana sibuk ke Mydin dan Jusco untuk membeli cenderahati untuk dibungkuskan kepada kanak-kanak.



Suasana pada pagi sebelum program berlangsung.



Kanak-kanak dari Taska di bawa menaiki bas MPK ke Dewan Hamzah.



Menurut Khadija, 'Best mama, Dija naik bas warna merah pergi tempat kerja mama'. Lebih kurang 3 hari Khadija dan rakan-rakan menaiki bas untuk 'training' di Dewan Hamzah.




Berdisplin budak-budak ni especially Khadija.



Ekspresi wajah Khadija, walaupun nampak mama dan abah di hadapannya tapi beliau dapat mengikut arahan teacher untuk berada di dalam barisan.



Gerakan seakan-akan 'taekwando' oleh kanak-kanak berumur dari 5 tahun ke atas menyambut ketibaan tetamu VVIP.



Bergambar di atas pentas sebelum program berlangsung.



Pertunjukan akrobatik.



Persembahan pertama, lagu Doraemon.



Khadija mengetuai lagu 'Tomato' dan 'Watermellon'. Rakan-rakan lain menunjukkan gerak tari.



Khadija dan rakan-rakan mengalunkan zikir.



Tarian lagu Bunyi Gitar oleh Khadija.



Alunan zikir oleh Khadija.



Nyanyian oleh Khadija.



Menari beramai-ramai dengan alunan lagu Doraemon.

Sebagai seorang ibu kepada anak di usia Khadija, saya berasa amat bangga dan bersyukur dengan perkembangan Khadija. Dari program tersebut juga, saya dapat melihat yang Khadija seorang yang komited kepada tugasan yang diberi bermula dari latihan sehingga ke hari program berlangsung. Dan ketahuilah Khadija.......We Love U So Much.



Tuesday, December 14, 2010

Angin Petang Di Pantai Remis

10 minit perjalanan dari rumah kami, Taman Saujana Kapar, sampailah kami ke Pantai Remis, Jeram petang Ahad lepas.



Ramai sangat orang pada setiap hujung minggu di Pantai Remis ni.



Layang-layang yang dah tak balance. Tak boleh naik tinggi.



Khadija dan Fatihah yang seronok bermain pasir dan kulit kerang.



Kena perhatikan mereka ni sebab di celah-celah pasir ni ada kaca.



Budak comel yang manja.

Pantai Remis ni dah semakin terhakis, saya berharap pihak berwajib yang berkenaan dapat bertindak bagi menangani masalah hakisan ini. Selain daripada itu, saya dapati persekitaran kawasan juga tidak terjaga di mana sampah-sarap dibuang di merata tempat. Sepatutnya PBT yang bertanggungjawab bertindak memantau kawasan tersebut kerana ia menjadi tumpuan pengunjung terutama pada hujung minggu.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...