Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Friday, January 19, 2018

Hobi 'Extreme' Mr. Hakim @ Scrambler Dalam Kenangan

Abah Hakim punya pelbagai hobi.  Salah satu hobi dia yang agak 'extreme' bagi saya ialah dia amat meminati motor retro zaman 80-an.  Motor zaman Azroy, Gila-Gila Remaja.  Dia siap join group Scrambler Retro Semalaya (SRS) yang mana group ni terdiri daripada rata-ratanya anak muda yang meminati motor Scrambler ini. 

Bercerita mengenai motor ini, saya memang bengang dengan hobi dia yang ini.  Sebabnya dia akan duduk berjam-jam dengan motor ini.  Ada sahaja benda yang dia buat untuk motor ini. 

Motor ni abah Hakim beli secara 'online' pada tahun 2014 dari pengumpul motor ini.  'Owner' pertama motor ini kami pernah jumpa di Johor Bahru atas tujuan untuk proses tukar nama.

Setelah 3 tahun memiliki Scrambler ni, akhirnya pada awal tahun 2018 abah Hakim putuskan untuk jual sebab ada perancangan untuk 'upgrade' kepada yang lain.  Jualan motor ni pun dibuat dengan iklan di dalam facebook yang mana 'respond' yang diterima amat memberangsangkan daripada peminat motor retro ini.  Ramai yang bertanya dan nak 'booking'.  Kurang daripada 2 hari urusan jual beli selesai dengan tawaran harga yang dipersetujui oleh pembeli dari Kedah.








































Scrambler dalam kenangan.  Banyak juga abah Hakim ikut serta program SRS berkonvoi dan ber'camping' beramai-ramai, rakaman rancangan TV1 bersama Faizal Hussin dan yang terkini mengumpulkan peminat Scrambler dari serata tanahair di Sepang pada akhir tahun 2017 yang mana abah Hakim juga selaku urusetia bagi membantu program tersebut.

Antara gambar-gambar abah Hakim bersama Scrambler.












Lega dah tak ada motor Scrambler ni.  Kalau tidak memang boleh timbulkan perbalahan sebabnya ada sahaja 'planning' abah Hakim bila cuti nak ikut serta 'group' SRS berkonvoi.






Thursday, January 18, 2018

Kakak Khadija Merentas Desa

13 Januari 2018, murid tahun 5 dan tahun 6 Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Farabi berlari merentas desa.  Khadija tetap bersemangat walaupun dalam keadaan cuaca yang lembap disebabkan hujan berterusan beberapa hari.

Dari rumah Khadija asyik risau kalau-kalau hujan lebat sebab dia takut program merentas desa tu tak jadi.  Syukur, program tetap diteruskan walau dalam keadaan hujan renyai yang berlaku sekejap-sekejap.






Abah Hakim dan Muhammad Harraz memantau permulaan larian merentas desa.  Dapatlah rakam gambar Khadija dan kawan-kawan.























Lebih kurang pukul 11.30 pagi, dapat WhatsApp dari Ustazah kata ada beberapa orang pelajar 5 Bestari tersenarai antara 10 peserta larian terawal yang sampai  ke garisan penamat.


Paling tak sangka, Khadija dapat juga.  Tahniah Khadija.  Tempat ke - 9 daripada 10 peserta yang terawal sampai.  Dapat juga medal.


Bangga dengan Khadija sebab dia seorang yang komited, berdisiplin, bertanggungjawab dan rajin dalam hal-hal berkaitan sekolah.  Sifat kepimpinan tu terserlah ada dalam diri Khadija.  Mama sentiasa doakan Khadija cemerlang dalam semua bidang.  Semoga urusan pelajaran Khadija dipermudahkan.  Insha Allah, doa-doa mama, abah dan Khadija sendiri akan menjadikan Khadija seorang yang cemerlang dunia dan akhirat.






Kisah Khairin Dan Beg

Kisah mengenai kehilangan beg sekolah Khairin ni berlaku pada hari ke - 2 sekolah.  Memang menyirap juga darah bila dia balik cakap "Mama, jangan marah tau, beg adik hilang".  Khadija dan abah Hakim pula menambah "Kita orang dah puas cari kat semua tempat kat sekolah, tapi tak ada".  Marah tetap marah, tapi usahakan juga dengan meminta pertolongan ustaz dan group WhatsApp kelas 3 Bestari dan 5 Bestari untuk tularkan kehilangan beg Khairin.  Yelah, mana tahu ada yang tersilap ambil dan terbawa balik ke rumah. 

Alhamdulillah, berkat doa dan pertolongan semua.  Akhirnya beg Khairin ditemui keesokan harinya dalam keadaan sempurna, tiada apa yang hilang.  Kami positif, mungkin ada yang tersilap terbawa balik.




Beg merah ni hadiah semasa Majlis Ihtifal tahun 2016.  Tapi baru nak pakai tahun 2018.  Mungkin ada yang terlupa dan terambil beg Khairin sebab sama.























Khairin yang banyak songeh.  Sentiasa kena ingatkan dia, kalau tidak ada sahaja benda yang dia tertinggal.  Paling kerap tertinggal duit belanja dia.  Tapi, dia ni komited dengan kerja sekolah.  Sampai sahaja rumah, lepas mandi selalunya dia akan 'settle' dulu kerja sekolah, lepas tu baru fikir nak makan.  Sebab apa dia siapkan kerja sekolah cepat-cepat?  Sebabnya dia nak kejarkan tidur.  Dia memang kuat tidur dari kecil hinggalah sekarang.

Khairin anak baik yang kalau dia senyap rasa macam tak kena.  Tapi kalau dia 'start' buka mulut, kena tahan sabar sebab dia ni suka merengek.  Jadi, lebih baik jangan cuba-cuba usik atau ajak dia bergurau. 

Mama sayang Khairin sebab apa?  Perangai Khairin ni ada sikit macam mama.  Kedudukan pun sama, anak kedua.  So, tahu sahajalah banyak kesamaannya.  Bila Khairin buat perangai, abah Hakim mesti cakap dia cerminan mama. 

Doa mama buat Khairin, semoga Khairin jadi anak yang mendengar kata dan cemerlang dalam pelajaran.






Friday, January 12, 2018

Muhammad Harraz Ke Tadika @ 3 years 3 months

Alhamdulillah.  Muhammad Harraz dah memasuki tadika pada usia 3 tahun 3 bulan.  Ikut tahun 2018 ni usia Harraz 4 tahun.  Mungkin ada yang kata terlalu awal masuk tadika, tapi bagi saya banyak sebab saya dan abah Hakim masukkan anak-anak kami ke tadika seawal usia 4 tahun.  Di tadika dapat belajar berkawan, mengikut arahan dan peraturan, menghafal doa-doa harian yang asas, peradaban dan yang penting disiplin dan ketepatan masa.























Alhamdulillah.  Handsome boy memang senang bangun pagi.  Seawal jam 5.00 pagi selalunya dia dah bangun.  Tipsnya mudah, tidurkan dia seawal jam 8.30 malam.  Paling lewat pun dia akan tidur jam 9.00 malam.  'No more TV or gadjet' selepas jam 8.30 malam untuk anak-anak kecuali Khadija untuk mencari info atau berhubung dengan rakan sekelas mengenai pelajaran.  


Kat rumah memang dia 'excited' nak pergi sekolah.



Ambil gambar banyak-banyak buat kenangan.  Tapi sampai sekarang, belum ada 'photo book' tentang Harraz lagi.  Kekangan masa dan mungkin faktor keterujaan mama dah semakin menurun tak sama macam Khadija dan Fatihah masa kecil dulu.  Insha Allah, salah satu 'target' mama tahun 2018 ni adalah untuk menghasilkan 'photo book' Muhammad Harraz dari lahir hinggalah masuk tadika. 



Hari pertama Harraz di tadika adalah hari kedua sesi persekolahan. Kami sampai di tadika seawal jam 7.30 pagi (sememangnya waktu masuk untuk sesi pagi Tadika An Nur).  Mama memang daftarkan Harraz di tadika seawal bulan Ogos 2017 sebab nakkan kelas sesi pagi.  Tujuannya mudah untuk menghantar Muhammad Harraz ke tadika dan juga sebab mama dan abah Hakim yakin waktu pagi adalah waktu terbaik untuk mendidik anak dari segi ketepatan waktu bangun pagi awal dan juga emosi masih segar untuk menyerap ilmu.  Itu pendapat kami.





Mulanya, Harraz buat perangai tak nak masuk dan duduk dalam kelas. Bermacam alasan dia bagi untuk mengelak masuk dalam kelas.  Nak kuih donutlah, nak mainanlah, nak main gelongsorlah dan nak ikut mama pergi Jusco (sebab dia tahu mama cuti).




Akhirnya, tinggalkan juga dia dengan ustazah kelas Saidina Umar walaupun dia menangis.  Syukur, menangis tak lama setelah ustazah pujuk.  Mama hanya intai Harraz dari tingkap yang dia tak nampak.















Sampai rumah wan, kakak Puteri yang belum memulakan sesi tadika di Little Caliph dengan Firdaus 'excited' tengok Harraz pakai baju sekolah.

Doa mama sentiasa menyebut anak-anak mama.  Semoga Khadija, Khairin dan Harraz dipermudahkan urusan menuntut ilmu kerana Allah.






Kembali Menuntut Ilmu

Tahniah dan selamat kembali menuntut ilmu anak-anakku, Khadija dan Khairin.  Alhamdulillah, mereka berdua bersemangat nak masuk sekolah semula setelah sebulan bercuti. 































Bertambah lagi seorang cucu Atuk Ariff dan Wan Ani di Sekolah Islam Integrasi Al Farabi.  Muhammad Fariz merupakan cucu yang kelima masuk sekolah ini setelah abang Naim, kakak Sarah, Khadija dan Khairin.  

Rezeki abang Naim dan kakak Sarah yang cemerlang dalam akademik teras dan agama juga menjadi pendorong kepada kami untuk masukkan anak-anak disini kerana kami sedar kami insan biasa yang 'alpa' dan memerlukan tunjuk ajar agama untuk membimbing anak-anak kami.  Syukur, saya lihat Naim dan Sarah cemerlang dalam pelajaran dan juga agamanya.  Insha Allah, adik-adik sepupu pun bakal ikut nanti.































































































Selamat menuntut ilmu anak-anak.  Semoga kamu diterangkan akal dan hati, dilapangkan dada dan ditetapkan iman untuk menuntut ilmu kerana Allah.  Doa mama sentiasa bersama kamu.






Thursday, January 11, 2018

Harraz Oh Harraz!

Kisah Muhammad Harraz yang dah masuk tadika tahun 2018 mendahului cerita-cerita lain.  Satu-satunya waris lelaki abah Hakim dan kesayangan kami semua ni dah dimasukkan ke tadika pada seawal usia 3 tahun 3 bulan. 
 






















Muhammad Harraz yang semakin bijak, petah bercakap walaupun tutur katanya masih ada yang pelat.  Segala-galanya dia pandai.  Pandai makan, pandai buat sepah, pandai bodek abah dan mama serta pandai juga buat hal.























Handsome boy.  Bila tanya siapa nama awak?  Dia boleh jawab nama penuh dia dan nama abah Hakim.























Adik kesayangan kakak. 























Kakak Khadija ikut serta program taklimat yang diadakan oleh Tadika An Nur Bestari sebelum sesi persekolahan bermula.  Alhamdulillah, kebanyakan tadika di kawasan kami ini akan mengadakan taklimat kepada ibu bapa bagi memberi penerangan tentang garis panduan di tadika.


















Kali ni kami pilih Tadika Islam An Nur Bestari untuk pendidikan awal Harraz.



Penerangan daripada Pengetua tadika.























Apa yang seronoknya bila menghadiri taklimat, pasti dislotkan ceramah agama di dalamnya.  Alhamdulillah, program diserikan oleh taklimat daripada Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki. 























Perkongsian mengenai tips-tips untuk diamalkan oleh ibu bapa bagi mendapat anak yang cemerlang bukan sahaja dalam akademik, tetapi juga cemerlang dalam agama dan akhlak.























Salah satu sebab kenapa saya pilih Tadika Islam An Nur kerana Ibu Zarah salah seorang daripada pihak pengurusan tadika ini.  Tadika ini juga difahamkan ditadbir oleh barisan ahli jawatankuasa daripada pelbagai kalangan profesion dan kepakarannya.  Bayaran yuran yang dikenakan juga berpatutan pada saya.  Lokasi tadika yang terletak antara laluan ke tempat kerja juga antara sebab kenapa saya memilih tadika ini.


Budak busuk masam yang semakin hari semakin besar.  Mama akan rindu saat-saat kecil Muhammad Harraz yang tidak akan berulang lagi.  Jadi, mama nak hargai setiap detik cium busuk masam mama yang bijak walau kadangkala buat mama geram.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...