Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Friday, October 30, 2015

Santai Hujung Minggu @ Pusat Akuatik Shah Alam

Perkongsian mengenai aktiviti santai hujung minggu kami di Pusat Akuatik Shah Alam.  Sekali-sekala bertukar angin daripada mandi-manda di kolam renang MPK ke lokasi berjiran dengan Klang dengan jarak perjalanan hampir 15 minit sahaja.

Mengenai kolam renang MBSA ini, saya dapati tiada banyak perbezaan dengan kolam renang MPK.  Keselesaan dan persekitaran rasanya tidak jauh beza.  Cumanya di MBSA, ada disediakan kolam renang 'outdoor' dan 'indoor'.  Info lanjut mengenai lokasi, waktu operasi dan bayaran masuk yang dikenakan boleh dilayari di laman web rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam.













Khadija yang paling teruja sebab dah pandai berenang.














Kami.  Saya macam biasa hanya jadi pemerhati dan tak turut serta berendam di dalam kolam.














Kami memilih kolam renang 'outdoor'.  














Abah Hakim melayan anak-anak turut berendam dalam kolam yang cetek sesuai untuk kanak-kanak. Muhammad Harraz juga sangat sukakan air.  Berendam sehingga kecut dan biru tangan dia.  














Kakak Khadija yang dah pandai berenang tapi dengan satu gaya sahaja.  Kalau diikutkan dia belum tamat sepenuhnya belajar berenang.  Insya'Allah, akan sambung semula cuti sekolah bulan Disember ini.














Mereka yang 'happy'.  Alhamdulillah.














Di kolam renang dewasa.  Sebenarnya berlaku satu peristiwa di sini yang mana baju renang Fatihah tertinggal akibat kelekaan dan kecuaian kami.  Harapkan kakak Khadija, dia hanya uruskan pakaian renang dia sahaja tanpa memperdulikan Fatihah.  Mujur ada kedai menjual baju dan peralatan berenang di Pusat Akuatik ini.  Tak pasal-pasal,  Fatihah dapat baju renang baru.














Boleh tahan 'best' di sini.  Insya'Allah akan datang lagi di masa-masa akan datang. 






Thursday, October 29, 2015

Muhammad Harraz Dah 1 Tahun

Alhamdulillah.  15 Oktober lepas, Harraz menyambut ulangtahun kelahirannya yang pertama.


Mama sengaja minta abah Hakim bawakan Harraz ke kedai gunting rambut minta dibotakkan terus rambut Harraz. 


Adik kesyangan kakak.














Anak abah.


Sambutan sederhana untuk Harraz.














Doa mama sentiasa mengiringi setiap nafas Harraz.  Mama doakan Muhammad Harraz diterangi hati, dimurahkan rezeki, dipelihara kesihatan dan keselamatan, menjadi anak soleh dan berjaya di dunia dan akhirat.

Mama, abah, kakak Dija dan Fatihah sayang sangat-sangat dengan Harraz.






Wednesday, October 14, 2015

Muhammad Harraz @ 11 Months

Syukur Alhamdulillah.  Muhammad Harraz dah mula berjalan pada usia menjelang 11 bulan.  Perkembangan Harraz juga dilihat setanding dengan kakak-kakaknya yang mana semuanya dapat berjalan dalam usia kurang setahun. Harraz juga nampaknya mengikut setiap proses perkembangan bayi iaitu bermula dari meniarap, merangkak, main pondok-pondok, duduk, berdiri, memanjat dan seterusnya berjalan. Banyak perkataan juga dah mula disebutnya seperti wan, mama, abah, Ja untuk kakak Dija dan Ya untuk Fatihah. Nampaknya dia juga akan bercakap awal seperti kakak-kakaknya juga.  























Hanya akan duduk diam bila tidur.  Waktu tidur malam paling lewat jam 9.00 malam.  Sepanjang tidur dia tidak terjaga sehinggalah jam 5.00 pagi akan ikut jaga bila mama jaga.  























Agak lasak sejak dapat kaki ni.  Berbeza dengan dua kakak dia. Anak lelaki barangkali.  Kena sentiasa awasi sebab pantang leka sedikit dia dah berada di atas kerusi atau meja. 























Budak bijak dan 'handsome' yang bakal menjadi penghafaz Al-Quran. Amin.






Sunday, October 11, 2015

Mereka Yang Disayang


























Tuesday, October 6, 2015

Mengasah Bakat Memasak

Bakat memasak yang ada kalau tak diasah akan tumpul juga.  Terus terang saya katakan, saya hanya memasak yang ringkas-ringkas pada hari biasa.  Hanya bila aura memasak datang bersama kerajinan barulah saya teruja untuk memasak. Tambah lagi kalau semua bahan yang nak dimasak ada di dalam stok simpanan. Kalau tak ada pun tak menjadi jugakan?














Setelah percubaan ayam masak 'ungkep' menjadi dan kena dengan selera kami, saya susuli pula dengan daging masak 'ungkep'.  














Dimakan pula dengan ketupat palas.  Memang 'best'.  Lauk yang senang penyediaannya dan boleh dimakan samada dengan nasi, ketupat atau pun roti.






Saturday, October 3, 2015

Basikal Baru Kami

Sejak beberapa tahun kebelakangan ni, 'trend' berbasikal sebagai aktiviti riadah hujung minggu semakin mendapat perhatian tak kira usia khususnya bagi masyarakat yang tinggal di kawasan bandar yang mana aktiviti tersebut dilakukan samada di taman rekreasi dan kawasan perumahan yang kurang aliran trafiknya.


Kami juga turut terpengaruh untuk menambah koleksi basikal yang ada. Puas 'survey' di laman web dan laman sosial, kami akhirnya memilih untuk membeli terus di kedai basikal Kuala Selangor.  'Folding bike' atau basikal lipat yang menurut tauke kedai boleh menampung berat penunggang sehingga 130 kg.  Bukan sahaja abah Hakim, saya malah Khadija pun boleh menunggang sama.  Tempat duduk dan pemegang boleh dilaras mengikut ketinggian penunggang serta cirinya yang mudah dibawa ke mana-mana amat menarik perhatian kami. Harganya pula?  Bolehlah, berbaloi dengan jenama dan kualitinya. Puas memujuk tauke, dapatlah kami 'free gift' berupa lampu keselamatan sebagai aksesori tambahan.


Mudahkan untuk dibawa ke mana-mana?  


Boleh dimuatkan di dalam kereta bersaiz kecil.  


Perasmian oleh saya.














Khadija paling teruja nak cuba.  Yang ramai-ramai tu pula sepupu-sepapat Khadija belah abah Hakim.  














Warna basikal, mestilah atas pilihan saya.  'Black and silver'.  














Fatihah dengan kakak Aqilah sedang belajar bawa basikal tanpa sokongan 2 roda di belakang.  Teruskan usaha Fatihah. 

Dah ada 'folding bike' ni, bila kelapangan nanti kami 'plan' nak ke padang Setia City Mall atau Putrajaya sebab di sana memang ada laluan untuk berbasikal.  Dapat juga mengeluarkan peluh.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...