Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Thursday, September 18, 2008

Ramadhan Al-Mubarak

Hari ni dah 18 hari umat Islam menunaikan puasa. Lagi 12 hari insyaallah semua akan beraya. Kalau diikutkan banyak jgk aktiviti yang saya buat pada bulan puasa tahun ini. Secara keseluruhannya, kebanyakan juadah berbuka (kalau tak berbuka kat rumah mak) dimasak sendiri. Ada jgklah yang pernah beli. Tapi disebabkan bila fikir tak berbaloi dan mahal, terus ambil keputusan masak walaupun tak se terror mana. Antara menu yang dicuba dan ada jgk rasa adalah nasi ayam, mee kari, donut, pau sardin. La, bila disenaraikan sikit je rupa2nya yang saya masak. Yang lain2 kebanyakannya tapau dari rumah mak. Yelah, selalu sampai rumah pun hampir 6.30 petang, kelam-kabut belum lagi dgn si Khadija dok mengacau tolong susun dan sepahkan barang kat dapur. Entry untuk gambar bulan puasa ni agak malas sikitlah. Saya pun dah berjaya menghias serba sedikit rumah saya tu dgn memasang langsir, mengubah warna cat dinding (sbnrnya nak warna merah cili tapi bila dah cat rupa2nya warna pink) dan memaku beberapa aksesori sebagai hiasan dinding. Syukur alhamdulillah. Lagipun rumah yang kemas dan tersusun bukankah membuatkan penghuninya tenang sepanjang masa untuk berada dalam rumah. Heheheh.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...