Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Friday, February 14, 2020

2019 Tahun Mencabar

Alhamdulillah, syukur masih diberi nikmat hidup olehNya.  Setahun tiada cerita di blog ini.  Kekangan masa dengan tanggungjawab yang semakin bertambah menghadkan saya untuk memuatnaik gambar dan bercerita di blog ini. 

Tahun 2019 tahun yang mencabar.  Tahun di mana mak dan bapak diuji dengan kemerosotan kesihatan.  Mak mula menjalani proses rawatan haemodialisis.  Tahun yang saya ambil keputusan untuk Cuti Separuh Gaji untuk bantu apa yang perlu.  Alhamdulillah, dipermudahkan.  Dari sini saya belajar banyak perkara terutama dari sudut syukur.  Syukur masih diberi nafas, syukur punya keluarga yang bahagia, syukur punya kesihatan yang baik, syukur punya kerjaya dan syukur dengan nikmat Allah bagi mudah semuanya.

Kembali bertugas bulan Julai, selepas seminggu pula saya diuji dengan kemalangan kecil di rumah sendiri.  Insiden pagar rumah roboh menimpa kaki kiri.  Mulanya ingat tidak serius hanya luka sahaja kerana darah mengalir keluar banyak, ingatkan sekadar ke hospital untuk dicuci luka dan dijahit jika perlu, tetapi setelah di x-ray, barulah tahu satu jari kaki patah.  Makanya, dimasukkan terus ke Hospital Pantai dan menjalani pembedahan.  Allah bagi cuti yang benar cuti di mana 2 bulan bertongkat dan hanya duduk berehat dirumah.  Alhamdulillah.  Aturan Allah sebaiknya.  

Tahun 2019 berlalu dengan banyak kisah yang buat kami tersenyum bila mana anak-anak hadiahkan kegembiraan pada kami dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang.  Terima kasih Khadija, Khairin dan Harraz kerana telah buat mama dan abah berbangga walaupun baru permulaan tapi kami tahu itu atas usaha dan selebihnya Allah yang permudahkan.  

Nikmat apa lagi yang hendak saya dustakan?  Syukur Ya Allah.

Wednesday, December 26, 2018

Hari Keluarga Haji Ardani 2018

Pada 15 dan 16 Disember 2018, bertempat di Impian Resort, Janda Baik, Pahang kami berkampung selama 2 hari bagi meraikan Hari Keluarga Haji Ardani.  Syukur, program yang dirancang pada pertengahan tahun 2018 itu berjalan dengan lancar setelah tertangguh beberapa tahun disebabkan masing-masing sibuk dengan komiten sendiri.





Khadija, Khairin dah Harraz yang paling teruja sebab tak sabar nak berkumpul dengan sepupu-sepupu sebelah abah Hakim.  Cucu Haji Ardani memang ramai dalam 25 orang beserta seorang cicit.



































Program keluarga Haji Ardani memang seronok sebab adik-beradik abah Hakim seramai 8 orang ni, 6 daripadanya lelaki, cucu pun ramai lelaki daripada perempuan.  Makanya, memang senang kalau nak buat program sebab tenaga lelaki ramai.




Chalet-chalet kat Impian Resort ni selesa dan harga juga berpatutan.


Sampai je semua terus kumpul makanan yang dibawa, 'potluck'.  Saya bawa rendang ayam, tempe masak kicap dan buah anggur.



Selesai makan, 'check in' dan solat Zohor, budak-budak dah tak sabar nak terjun kolam dan sungai.





Dengan kakak ipar @ kakak abah Hakim yang paling dia rapat, Kak Nani.  Kakak yang baik dan tak banyak cakap.



Sungai tak jauh dari resort, cuma berjalan kaki dalam 2 minit sahaja keluar dari kawasan resort.














Puas mandi kat sungai, masing-masing sambung mandi kolam pula.  Kolam renang kat sini sumber airnya air sungai.  Kolam taklah besar sangat, tapi masih boleh lagi untuk abah Hakim layan anak-anak buah main.





















Seawal jam 4.00 petang, biras-biras yang rajin dah mula keluarkan segala dapur dan periuk belanga untuk sediakan minum petang.


















Lepas solat Asar, semua bersiap sedia untuk 'game' berkumpulan.  'Game' dikendalikan 100% oleh abah Hakim.  Bab bagi arahan ni, memang abah Hakim 'superb'.  Jadi 'game' boleh berjalan dengan lancar tanpa sebarang pertikaian dan mendapat kerjasama sepenuhnya dari semua orang.























































'Game' dibahagikan kepada 2 iaitu kanak-kanak dan dewasa yang dijalankan secara berkumpulan.












































Kami solat secara berjemaah di dewan kecil resort dengan diimamkan oleh abang sulung abah Hakim.

















Selesai solat, lebih kurang jam 9.30 malam, kami berbarbeque. 


















Kemudiannya, kami berkumpul semula dalam dewan kecil resort untuk meneruskan 'game' teka gambar. 


















Hadiah untuk 'game' yang telah dijalankan.

















Acara tukar-tukar hadiah ikut keluarga.























Saya dapat hadiah Kak Nira.  Kak Dil dapat hadiah saya.  Kak Nirah dapat hadiah Kak Dil. Kebetulan bukan dirancang kerana hadiah yang dapat dibuat secara cabutan nombor.





















Keesokan harinya, selepas solat Subuh, kami semua bergotong-royong menyediakan sarapan pagi.  Penyediaan makanan diketuai oleh abang Aci dan kak Dil.




































Mak mertua, Hajjah Mahinah yang 'sporting'.


















Mandi sungai lagi sekali sebelum berkemas untuk balik.


Haji Md. Ardani yang usianya sudah melepasi 80 tahun dan Hajjah Mahinah, 74 tahun masih sihat.  Semoga Allah kurniakan kebahagian di penghujung usia mereka.  Insha Allah.


Anak menantu dan cucu serta cicit Haji Ardani.  Semoga ukhuwah dan hubungan kekeluargaan terus erat dan sepakat sehingga ke anak cucu cicit kami.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...