Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Monday, August 13, 2018

Bonding Time


















Friday, August 10, 2018

Ke Port Dickson Kita

Mereka ke Port Dickson ni sebab ambil saya yang bermesyuarat di sana dari hari Rabu hingga ke Sabtu pada pertengahan bulan Julai yang lepas.  Pada mulanya, abah Hakim rancang untuk bermalam di sana tapi disebabkan saya sudah penat duduk berhari-hari di hotel dan rasa rindu dengan rumah sendiri, makanya mereka hanya balik hari sahaja.

Disebabkan memang dah berada di PD, makanya kami tidak lepaskan peluang ke Pantai PD walaupun pada waktu tengahari.


































Singgah makan durian berhampiran Kem Sunggala, Port Dickson.  Dia orang bertiga ni memang suka makan durian.























Harraz tak sabar nak mandi laut.  Dialah yang paling teruja.  Alhamdulillah, Khadija, Fatihah mahupun Harraz tak takut air dan suka berendam.























Ni dalam lebih kurang pukul 3.00 petang.  Matahari agak terik juga.  























Dapat abah 'sporting', ikutkan je kemahuan anak.  Nak mandi laut tengahari buta pun dibolehkan.


Bertambah hitamlah kulit Muhammad Harraz.






















Masing-masing pujuk abah, tak nak balik awal sangat sebab belum puas mandi laut.



Abah pun lebih kurang, 2 kali 5 dengan anak-anak.  Bila mama campur tangan, semua berhenti mandi dalam lebih kurang pukul 4.30 petang.


2 tahun selepas SPM menimba ilmu di Politeknik Port Dickson.  Saya budak baik dulu ketika zaman Politeknik (ayat perasan, tapi kalau yang kenal saya mungkin tahu saya macam mana).  Ada yang meminati saya secara terang dan dalam diam, tapi saya tak layan.  Yang kelakarnya, ada juga terima surat yang diposkan di alamat rumah.  Mungkin 'peminat' saya tu ambil alamat saya di pondok pengawal. 

Apa yang saya tahu, hujung minggu bukan masa untuk 'dating', tapi balik rumah.  Anak mak bapaklah katakan.  Boleh dikatakan juga saya agak mahir ke PD menaiki komuter sehingga ke Seremban, kemudiannya mengambil bas di Terminal One untuk ke Politeknik Port Dickson.























Dah banyak perubahan berlaku di Politeknik PD nampaknya.  Makin tersergam indah.  Politeknik PD lah permulaan hidup saya selepas di alam persekolahan dan hasilnya adalah pada hari ini.  Alhamdulillah.





  

Tuesday, July 31, 2018

Clever Boy ~ Muhammad Harraz

Dulu masa Khadija dan Khairin kecil, banyak cerita tentang dia orang.  Agak tak adil juga untuk Harraz kalau cerita masa kecil dia sikit berbanding kakak dia.  Jadi kali ni, cerita tentang Muhammad Harraz yang juga sama bijak macam kakak-kakak dia.






Amat pandai bercakap.  Jadi kalau nak cakap sesuatu perkataan tu, kena hati-hati sebab Harraz ni dia akan dengar dan simpan lepas beberapa ketika dia akan keluarkan perkataan yang kita cakap hari tu.  Contohnya, dia akan tanya "Mama, saya nak mandi wajib".  Perkataan yang dia dengar kita cakap dia akan gunakan balik.  Memang agak gelihati juga bila dengar dia sebut 'mandi wajib' tu.  Ada banyak lagi perkataan lain yang dia akan tiba-tiba sebut dan buat-buat tanya dekat kita.


Harraz dah pandai 'request' apa dia nak makan bila kita orang makan kat luar.  Dia pun nak satu pinggan juga, makan sendiri-sendiri.
 
















Pandai berjanji bila nakkan sesuatu.  Contohnya nak kura-kura dengan ikan, lepas tu kata nanti dia akan jaga baik-baik.  Kura-kura ni pun dia bagi nama sekor Green, sekor lagi Hijau.

















Sehari dia masih 'excited'.  Masuk hari kedua, dia dah buat tak tahu je dengan kura-kura dia.


Ikan gapi ni pun dia yang nak.  Mula-mula je dia rajin tengok, lama kemudian dibiarkan, akhirnya ikan  ni pun mati.

















Harraz pun dah makin suka dengan pensil dan kertas.  Walaupun hanya menconteng dan mewarna, banyak perkembangan positif yang dia tunjukkan sejak ke tadika.


Tapi dia ni ikut mood, bila nak tu dia akan cakap berulangkali sampai bingit telinga.  Bila dia tak nak tu, kita suruh dan janji macam-macam pun kat dia, takkan dia buat.

Syukur Harraz bijak dan sempurna akal fikiran dan sifatnya.  Mama doakan semoga Harraz jadi anak soleh yang taat dengan perintah agama, cemerlang di dunia dan akhirat.






Monday, July 16, 2018

Kisah Anak-Anak

Semakin hari makin dewasa dan makin mencabar untuk membesarkan dia orang bertiga ni.  Dia orang dah pandai menjawab, menafikan, endah tak endah, berlengah-lengah dan macam-macam lagilah kerenah dia orang ni.  Bohong jika katakan yang mereka ini sebaik-baik anak.  Tapi dalam kenakalan mereka, pandai juga mereka mengambil hati saya balik, pandai juga minta maaf dan pujuk jika mama dia ni dah berubah menjadi 'singa'.

Itu dari segi kenakalan mereka.  Dari segi akademik pula, ada penurunan juga markah walaupun nombor/kedudukan di dalam kelas untuk Khadija masih kekal tempat pertama keseluruhan tahun 5.  Manakala Khairin dapat nombor 4 dari keseluruhan tahun 3.  Nak kata tak ulangkaji, mereka rajin juga membuka buku, 'homework' juga tidak pernah tak buat.  Mungkin faktor sukatan pelajaran yang semakin susah menyebabkan markah sedikit menurun.

Muhammad Harraz pula agak 'clever' juga peningkatan diri dia.  Dalam usia baru 3 tahun 9 bulan, Harraz dah boleh bercakap dengan petah, kenal warna di dalam bahasa inggeris dan melayu, boleh mengira angka 1 hingga 10, dah pandai menghafal huruf A hingga Z dan beberapa doa ringkas.  Dia juga agak rajin pegang pensil walaupun hanya menconteng.  Alhamdulillah, pada saya ada kemajuan.  Syukur dia tidak terlewat jika dibandingkan dengan anak-anak lain yang seusia dia ada yang masih belum pandai bertutur.  Karakter dia agak manja, mungkin sebab dia yang bongsu.  Suka merengek bila hendakkan sesuatu, boleh berimaginasi bila kita ajak dia berbual atau bercerita dan pandai juga bodek bila nak ajak ke kedai kesukaan dia (Kedai ECO RM2.00).























































Walau kadang-kadang perangai mereka memeningkan kepala dan membingitkan suasana, tapi ia umpama muzik bagi saya.  Saya cuba hargai masa ini kerana momen-momen ini tidak akan berundur atau berulang lagi.  Yang berlaku hari ini bakal menjadi kenangan yang tersimpan dalam kotak fikiran sahaja.  Insha Allah.






Friday, July 13, 2018

Khadija Beraya Dengan Kawan-Kawan Sekolah

Alhamdulillah, semua kawan sekelas Khadija kami kenal terutama kawan perempuan.  Khadija dan kawan-kawan dah pandai buat perancangan sendiri nak baraan raya ni.  Padahal masing-masing pergi dan balik sekolah dihantar dan diambil ibubapa masing-masing.  Jadi bagi memenuhi permintaan Khadija, abah Hakim sanggup ambil cuti sehari untuk ambil anak-anak ini dan bawa ke rumah kami serta menghantar mereka satu persatu balik rumah masing-masing.  

Kami memang cuba untuk jadi mama dan abah yang memahami setiap kehendak anak-anak, mendengar dan berkongsi cerita serta memberi sokongan kepada mereka.








































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...