Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Wednesday, June 27, 2012

Tahniah Kakak Dija!

Syukur Alhamdulillah, Khadija dapat nombor 2 dari 21 orang pelajar dalam kelas Naim, di PASTI Darul Ulum II.  Pencapaian yang memberangsangkan bagi saya.  Peperiksaan yang pertama kali diduduki kerana walaupun Khadija dah mula ke PASTI tahun lepas, tapi tiada peperiksaan untuk pelajar usia 4 tahun.  Daripada 8 mata pelajaran, Khadija mendapat 7A (6 mata pelajaran 90% ke atas, 1 mata pelajaran 80%) dan 1B (76 %) untuk mata pelajaran peribadi muslim.

PASTI Darul Ulum II ni pelajarnya hampir 100 orang yang terdiri dari 4 kelas.  2 kelas untuk pelajar usia 5 tahun dan 2 kelas lagi untuk pelajar 6 tahun.  Cumanya saya tak pasti untuk semua pelajar usia 5 tahun, Khadija mendapat nombor berapa. 

Pencapaian Khadija buat masa ni bagi saya, Alhamdulillah kerana Khadija dah boleh mengeja dan membaca perkataan 2 suku kata.  Dari segi aktiviti ko-kurikulum pula, Khadija terpilih menganggotai kumpulan nasyid bagi mewakili PASTI baru-baru ini.  Kelakar juga saya tengok semasa latihan dijalankan, walaupun sebagai 'backup' sahaja, Khadija dilihat memberikan komitmen dan kerjasama kepada kumpulan tersebut kerana suara beliau yang paling kuat, nyaring dan bertenaga.  Tahniah Dija!



















Geram tengok aksi 2 beradik ni.



Sama je buat muka!















Adik Fatihah ni memang banyak songeh dan suka buat ragam sejak akhir-akhir ni.  Terutama waktu pagi.  Ada sahaja helah Fatihah untuk mengelak dari dihantar ke Taska.  Mama harap Fatihah pun akan menjadi seperti kakak bila dah ke tadika nanti.















Gambar kakak Dija yang diambil secara 'candid'.

Tujuan 'entry' mengenai nombor peperiksaan Khadija ni bukanlah untuk menunjuk-nunjuk atau berbangga diri.  Cuma untuk kenangan buat saya dan Khadija bila beliau dewasa nanti.  Semua ibu bapa inginkan anak mereka cemerlang dalam pendidikan, begitu juga harapan saya dan Hakim kerana semua anugerah Allah itu ada keistimewaan masing-masing. 

"Dija, andai kata Dija tak dapat nombor bawah daripada 3 pun, mama tetap berbangga dengan Dija dan mama harap Dija terus cemerlang di dunia dan akhirat".










Tuesday, June 26, 2012

Bacaan Yasin, Tahlil & Doa Selamat

Syukur Alhamdulillah, kenduri doa selamat, bacaan Yasin dan tahlil di rumah baru kami di Kampung Delek Kiri, Klang pada hari Ahad, 24 Jun 2012 berjalan lancar.  Kenduri meraikan rumah baru ni akhirnya dapat juga kami adakan walaupun agak lewat iaitu setelah hampir 8 bulan kami berpindah dari Kapar ke sini dalam majlis yang sederhana tetapi meriah dengan kehadiran adik-beradik, ipar-duai, keluarga terdekat dan jemaah surau.















Surah Yasin yang juga sebagai cenderahati kepada tetamu yang datang.















Tak berapa ramai jemaah surau kerana terdapat beberapa kenduri dalam kariah yang sama pada hari tersebut.



















Fatihah bergambar berlatar belakang lukisan kaligrafi yang saya tempah secara 'online'.















Baby Faris yang tembam.  Anak buah saya paling terbaru.




Di hadapan sekali ibu mertua dan ipar/biras.  















Kami 4 dari 5 beradik.  Kak lang Saleha (no. 3), saya @ kak ngah Shima (no. 2), kak Ti @ kakak sulung dan kak cik Nor (no.4).















Keluarga sebelah saya di ruang keluarga @  menonton.















Ipar dan biras @ family sebelah Hakim.  Terima kasih kak Dil @ biras pertama saya kerana telah men'sponsor' rojak buah.  Kuah rojak yang kak Dil buat memang best.
 



Khadija dan sepupunya.  Habis bersepah bilik Dija bila semua mainannya dikeluarkan oleh budak-budak ni.


Adik Fatihah yang 'moody'.  Buat hal, asyik merajuk.  Fatihah seringkali buat perangai bila terlalu ramai budak.


Bergambar dengan Nurdeen Sani dan Ain.















Sebahagian tetamu yang makan setelah selesai bacaan Yasin dan tahlil.  Sebahagian lagi masih berada di dalam rumah.















Menu utama kenduri ni nasi putih, ayam masak lemak, sambal udang + petai, ulam dan sambal belacan di'order'.  Tujuannya saya tak nak menyusahkan @ memenatkan keluarga kedua-dua belah pihak. 















Menu sampingan @ pencuci mulut boleh dikatakan semuanya di'sponsor'.  Saya cuma sediakan cheese tart dan bahulu gulung sahaja.















Jutaan terima kasih kepada yang sudi 'sponsor' -

Karipap dan agar-agar - Mak
Rojak buah - Kak Dil
Apam polkadot - Mak usu
Tauhu sumbat - Mak lang















Antara tetamu yang berada di khemah.  Sepupu saya Fiza sekeluarga dari Cyberjaya pun turut hadir. 















Tempat mencuci pinggan mangkuk.  Rajin betul budak-budak lelaki yang semuanya anak sedara Hakim mencuci pinggan.






Diakhiri dengan gambar tuan rumah @ saya.

Terima kasih kepada ahli keluarga yang hadir ke rumah baru kami.  Rata-rata memuji rumah kami cantik dan luas.  Syukur Alhamdulillah, semuanya rezeki daripadaNya.  Terima kasih mak, bapak, arwah atuk (Haji Hashim) dan arwah wan (Hajjah Mariam) kerana hasil usaha mereka, kami anak cucu dapat merasa peninggalan tanah pusaka ni.






Friday, June 15, 2012

Aktiviti Office

Kalau diikutkan kisah di office memang banyak tetapi saya jarang berkongsi cerita di blog ni.  Cuma kali ni sengaja saya pertontonkan disini.  Tujuan majlis makan ni diadakan adalah bersempena dengan birthday kami sendiri.















Kami di Bahagian Jawatankuasa, Jabatan Khidmat Pengurusan.  Kiranya kami ni di antara barisan hadapan yang terhampir dengan Tuan YDP, Timbalan YDP/Setiausaha dan Ketua-Ketua Jabatan di MPK ni.  Unit kami ni kecil sahaja dalam 12 orang kesemuanya yang mana tugas utama kami mengambil minit semua mesyuarat berkaitan Majlis, menjaga bos besar (YDP/Timbalan YDP) dan hal ehwal berkaitan Ahli Majlis. 















Juadah utama kami order iaitu spagheti, laksa sarawak, mushroom sup dan fruit cocktail.

Makanan sampingan lain yang kami bawa antaranya cream puff, apam polkadot, salad buah-buahan, nugget, puding laici (saya bawa) dan cucur udang.  Nampak macam sikit, tapi siap berlebih lagi sampaikan boleh tapau bawa balik walaupun kami makan berulang dari pagi sampai ke petang.

 














Kek ni kami order dari nazeha cupcake klang.















Kek pelangi menjadi pilihan kami. 















Memang berbaloi, sedap sangat dan berpatutan harganya.  Markah penuh saya bagi pada rasa kek ni.















Kami dengan kek cawan diletak nama masing-masing.















Oleh kerana majlis bersempena dengan hari jadi masing-masing.  Jadi kesemuanya akan mendapat hadiah.  Hadiah diperolehi secara cabutan nombor.















Nadiah orang yang bertuah dapat hadiah dari saya.

Aktiviti makan-makan ni memang best walaupun hanya di dalam ruang kerja kami tetapi memang best dan bermakna buat kami.






Wednesday, June 13, 2012

Doa Amalan

Elak suami/isteri dan anak-anak  bergaduh
Surah Al-Baqarah – Ayat 102
Anak2 pandai belajar
Surah Al-Anbiya’ – Ayat 79
Anak2 lembut hati/elak panas baran
Surah Al-Anbiya’ – Ayat 69
Surah Al-Hasyr – Ayat 22-24
Anak2 malas ke sekolah
Surat Toha – Ayat 1 – 5
Suami tak kahwin lain
Surah Toha – Ayat 39 – mula dari tanda jim kecil
Ayat pendinding
Ayat akhir surah Al-Taubah
Bagi anak2 yang suka keluar malam
Surah Ar-Rum – Ayat 31
(baca 33 kali)
Pendinding rumah
Surah Al-Baqarah dibaca dan ditiup pada air, spray keliling rumah.






Monday, June 11, 2012

Kelas Belajar Buat Kek

Antara aktiviti cuti sekolah Khadija baru-baru ni adalah mengikuti kelas belajar buat kek.  'Rainbow cupcake' atau kek belang/pelangi.  Kelas dianjurkan oleh Isham Kitchen @ Sabrina Ismail bertempat di kedai 'Coolblog' bersebelahan Econmart, Jalan Yadi.  Saya dapat tahu mengenai kelas belajar kek untuk kanak-kanak ni menerusi fb beliau.  Komen saya mengenai kelas ni, agak bagus diadakan untuk kanak-kanak, cumanya perlu diperbaiki dari segi cara penyampaian, bahan dan suasana di dalam kelas supaya semua kanak-kanak dapat mencuba sendiri setiap langkah @ step membuat kek dan tidak merasa boring.

Kalau diikutkan Khadija dah biasa melihat saya membuat kek.  Dan tujuan saya ingin Khadija turut serta ke kelas ni selain mengisi masa terluang, harapan saya Khadija lebih bebas mencuba membuat dan mendekorasi sendiri kek tanpa 'tegahan' dari saya sepertimana di rumah.















Kelas bermula lebih kurang pukul 10.00 pagi.  Ada 8 orang kanak-kanak sekitar umur 5 hingga 10 tahun turut serta.  Syabel dan Damia, anak kawan saya turut serta dalam kelas ni.















Khadija diberi peluang mengacau adunan yang telah dimasukkan pewarna.















Kacau sesuka hati sampaikan jam tangan pun kena krim.  Khadija rupanya dalam diam curi-curi makan adunan mentah ni.


Masa untuk memasukkan adunan berselang-seli warna ke dalam cawan kertas.


Bukan je tangan dan mulut comot terkena adunan, baju pun sama habis bertompok-tompok kuning.















Khadija sedang leka memasukkan adunan ke dalam cawan kertas.















Adik dengan mama duduk kat kerusi sambil menunggu dan melihat aktiviti Khadija dari jauh.




Setelah siap dimasukkan kesemuanya ke dalam cawan kertas.  Adunan kemudiannya dibakar.  Masa proses membakar tu, saya balik tinggalkan Khadija di sini.















Masa untuk mendeko 'cupcake' dengan krim.  Khadija menunggu krim yang ingin digunakan.















Tabur coklat urai yang berwarna-warni.















Inilah hasil deko 'rainbow cupcake' oleh Khadija.






Fatihah Dengan Projeknya

Walaupun usia Fatihah dah hampir 3 tahun, tapi dia masih dipakaikan lampin pakai buang.  Samada buang air kecil mahupun air besar, semua kat dalam 'diapers'.    

Fatihah ni kalau nak buang air besar je memang riuh mulutnya.  Gambar-gambar ni dirakam masa Fatihah sedang berusaha meneran. 



















Sampai berpeluh-peluh berusaha untuk mengeluarkan 'khazanah'.



















Selagi tak selesai, selagi tu lah kami mendengar rengekan suara Fatihah.















Akhirnya suasana kembali tenang selepas Fatihah berjaya menyempurnakan 'hajatnya'.

Kalau diikutkan perancangan kami, tahun depan Fatihah nak dimasukkan ke tadika.  Nampaknya saya kena usaha lebih untuk mengajar Fatihah buang air di dalam tandas.  Kalau masih ber'diaper' macam mana nak ke tadika tahun depan.

Fatihah ni kalau dah mula bercakap memang tak berhenti, cukup keletah walaupun masih ada perkataan yang disebutnya pelat.  Memang kelakar, tambahan bila dia sibuk nak tunjuk pandai menyanyi atau mengaji yang mana kadang-kadang siap tukar senikata lagu yang dinyanyikan.  Tu belum lagi bila bergaduh, memang cukup pandai.  Memang banyak perbezaan antara 2 anak kami ni.  Kedua-duanya punya keistimewaan dan kelebihan masing-masing.






Wednesday, June 6, 2012

Bagan Lalang, Sepang

Bercuti dan bermalam di Bagan Lalang, Sepang ni adalah bersempena dengan ulang tahun perkahwinan kami yang ke - 6 dan juga birthday Khadija.  Percutian yang tidak dirancang, main terjah je mana-mana tempat yang kosong.  Mulanya kami singgah di Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang, jawapan yang menghampakan, tiada kekosongan.  Ingatkan bila 'check in' hari Ahad, hotel dah kosonglah, rupa-rupanya sangkaan kami salah.  Tambahan pula dalam musim cuti sekolah.  

Dah rezeki kami nak bermalam di sana, dapat juga bermalam di Bagan Lalang walaupun cuma di resort yang berharga RM80.00 semalam.  Resort/bilik yang berhawa dingin dan mempunyai televisyen tetapi bersaiz agak kecil dan bolehlah bagi saya yang berkeluarga kecil ni.















Lepas 'check in', Dija dan Tiha boring katanya, merengek ajak abah keluar jalan tepi pantai.















Bagan Villa Resort ni lah tempat kami menginap untuk satu malam di Bagan Lalang, Sepang.  Lokasinya betul-betul berhadapan dengan pantai dan beberapa meter dengan Sepang Gold Coast Resort.















Yang tak bestnya air kat pantai ni agak surut.  Masa ni lebih kurang pukul 5.30 petang.  Air laut sampai ke tengah.  Dalam pukul 6.30 petang baru air laut mula pasang sedikit demi sedikit.















Khadija dan Fatiha teruja tengok ketam-ketam kecil berjalan dan bersembunyi dalam lubang bila diusik.















Fatiha yang busuk masam.  Geram betul dengan keletah Fatihah ni.  Pandai menjawab dan buat alasan kalau sesuatu benda yang kita suruh dia tak nak buat.















Ni dah lebih kurang nak sampai ke tengah laut.  Khadija dan Fatihah ni memang suka mandi laut @ kolam renang. 















Sebenarnya dia orang ni tak puas main air laut petang tu, sampai je dalam bilik, Khadija beria-ia pesan kat abah nak mandi lagi esok paginya. 















Makan malam di restoran makanan laut bersebelahan dengan resort kami.  Saya bagi 5 bintang kat kedai makan ni.  Service cepat, harga berpatutan dan rasa masakan juga kena dengan selera kami.















Udang goreng tepung, sup sayur, sotong cili padi dan ikan siakap 3 rasa.















Ikan siakap yang agak besar.  Jenuh nak dihabiskan kami.















Reaksi Khadija yang berpuas hati dengan sup sayur dan udang goreng tepung kegemarannya.















Di luar bilik kami.  Masing-masing berpuas hati sebab dapat mainan sorang satu.















'On the way' balik ke Klang, singgah sarapan pagi kat gerai tepi jalan.

Percutian yang agak bajet walaupun singkat tapi bermakna buat kami sekeluarga.  Terima kasih abah.  Mama dan anak-anak sayang abah.  Anugerah 'sementara' dan amanah dari Allah kepada saya di dunia ini diharap dapat kekal abadi hingga ke syurga nanti.  Insya'Allah.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...