Sudah menjadi kebiasaan kami, jika ingin bercuti atau berjalan jauh mesti membuat perancangan dari awal lagi. Sekurang-kurangnya sebulan dari tarikh yang kami rancang. Untuk percutian hujung tahun sempena cuti sekolah yang panjang, kami 'plan' dari akhir bulan Oktober lagi. Setelah sepakat memilih Desaru, Johor sebagai lokasi percutian kami, terus sahaja kami 'survey' hotel melalui booking.com mengikut tarikh yang kami 'plan'. Percutian selama 3 hari 2 malam ini juga bagi meraikan Khadija dan Fatihah di atas komitmen dan kejayaan mereka di dalam pelajaran.
Mama dan abah Hakim memang pernah ke Johor beberapakali tapi ini merupakan kali pertama buat mereka bertiga. Dah tentulah Khadija dan Fatihah yang paling teruja dengan percutian ini.
Memulakan perjalanan seawal jam 7.00 pagi dari Klang menuju ke arah Selatan. Perjalanan agak lancar bersekali dengan kenderaan yang menuju ke tempat kerja. Memang sengaja kami 'plan' bercuti pada pertengahan minggu bagi mengelakkan perjalanan yang sesak pada hujung minggu.
Lebih kurang jam 9.30 pagi kami berhenti di R & R Pagoh. Berhenti lebih kurang sejam di sana. Muhammad Harraz yang 'happy' sepanjang perjalanan.
Fatihah yang 'terkucil' di dalam seluar kerana tidak sempat membuka seluar di tandas R & R. Sabar sangat dengan kerenah dia ni.
Alhamdulillah, sampai di Pulai Desaru Resort & Spa, Kota Tinggi, Johor lebih kurang jam 1.15 tengahari. Urusan 'check in' kami dipermudahkan. Walaupun sepatutnya masa yang diberikan jam 3.00 petang tapi disebabkan bilik dah 'ready', kami dapat memasuki bilik seawal jam 1.40 tengahari.
Disebabkan urusan awal sudah lancar, saya berikan 9/10 bintang buat hotel ini.
Bercuti hujung tahun, rata-rata lobi hotel mesti dihias dengan 'Christmas tree'.
Kakak dan Harraz di bilik mainan yang disediakan untuk kanak-kanak sementara menunggu urusan 'check in'.
Susah nak rakam gambar mereka. Harraz yang agak lasak bila dilepaskan berjalan.
Bergambar di lobi hotel.
Mereka.
Kakak dah pandai 'posing'.
'Survey' sekitar kawasan hotel. Khadija dan Fatihah yang mula buat perangai bila nampak 'swimming pool'. Mulalah menagih janji, merayu simpati abah dan mama minta turun awal sebab nak mandi kolam.
Tumpang bergambar dengan motor pantai. Motor yang disewakan dengan kadar RM50.00 untuk 30 minit penggunaan. Tapi kami tak sewa pun.
Sedikit info mengenai Pantai Tanjung Balau yang mana kami difahamkan pantai ni tak sesuai untuk mandi manda kerana keadaannya yang agak dalam dan telah berlaku banyak kes lemas disini.
Kami.







