Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Tuesday, June 3, 2008

Ulangtahun Ke-2 dan Hari Lahir-1 Khadija di Langkawi


























Syukur Alhamdulillah, percutian kami 3 hari 3 malam bermula dari Selasa 27 Mei hingga 30 Mei 2008 ke Langkawi berjalan dengan lancar. Khadija pun ok tak meragam langsung. Percutian kami menaiki pesawat Air Asia ke sana memang best sangat sebab tak penat. Walau pun flight delay tapi tak lama dalam 10 minit je. Berbeza sangat kalau pergi drive sendiri. Tapi suami kata memanglah tak penat sbb dia yg asyik drive kat sana dan kena pikul barang yang aku beli (2 set corningware dan caserole). Menginap pulak di Perdana Beach Resort (rumah rehat MPK), apartment dua bilik yang kosnya hanya RM25.00 je sehari.

Tempat yang paling best kami lawati ialah ke Pulau Tasik Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan Pulau Singa Besar. Another place yang best sangat kat Pantai Cenang, Cable Car dan diikuti dengan tempat-tempat lain (especially tempat shoppinglah, sampai suami bengang). Tempat makan pun not bad, seafood ok jgk. Harga pun berpatutanlah dengan rasanya yang menepati selera kami.

Perjalanan balik dari Langkawi ke KLIA selamat tiba pada jam 11.50 malam. Terus g parking ambil kereta (kereta parking kat KLIA) dan balik ke Klang. Memang best, terima kasih kepada suami kerana menaja percutian ini.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...