Selepas menghadiri kenduri kahwin di Telok Gong, kami terus ke Pantai Acheh, Pulau Indah. Tujuan ke sana adalah bagi melihat aktiviti paramotor @ paragliding oleh sekumpulan mat saleh. Kami ke sana pun sebab menerima undangan daripada salah seorang mat saleh tersebut yang dikenali dengan nama James. Si James ni menurut Hakim merupakan supplier kepada peralatan untuk Unit Paraglider, MPK. Jadi, sambil melihat aktiviti James, sambil tu Hakim turut meninjau penggantian alat paramotor yang rosak.
Salah satu peralatan paramotor.
Payung paramotor.
Salah seorang member satu unit dengan Hakim iaitu Sharuel dan keluarga turut serta pada petang tersebut.
Peralatan paramotor si James ni lengkap, semua ada.
Budak lelaki, berkasut biru ni adalah anak James. Menurut Hakim, isteri James, orang Vietnam. Handsome anak James ni, macam muka pan-asean.
Menurut Hakim, sebelum terbang kena tengok keadaan angin dulu.
Sedang mendengar penerangan dari James.
Comel betul anak Sharuel, 3 orang anak dan kesemuanya adalah perempuan.
Pengamatan saya pada petang tersebut, orang mat saleh ni memang menjaga kebersihan kerana sampah tidak dibuang di merata tempat. Aktiviti mereka pula pada hujung minggu, tidak melepak di shopping complex tetapi bersantai @ beriadah bersama keluarga. James pula saya lihat, bukan setakat anak, isteri yang di bawa, mak dan bapak dia sekali pun ada dibawa bersama bersantai bagi melihat dan berkongsi aktiviti beliau. Menurut Hakim lagi, James ni bekerja di sini.
Secara kesimpulannya, kenapa kita sebagai rakyat Malaysia adakalanya tidak bersyukur dengan negara sendiri, sedangkan orang dari negara luar pun seronok duduk di Malaysia kerana menurut mereka negara kita aman, tiada peperangan.
Berbalik kepada cerita mengenai paramotor, menjadi juruterbang paramotor ni adalah salah satu daripada tugasan Hakim yang mana bertujuan untuk memantau permasalahan/isu dari udara dan untuk makluman, di negeri Selangor, MPK merupakan PBT pertama yang meneraju aktiviti tersebut.

0 comments:
Post a Comment