Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Tuesday, April 5, 2011

Hari Keluarga Haji Ardani 2011

Sabtu dan Ahad (2 dan 3 April 2011), Haji Ardani & Co. dari Kampung Bukit Kerayong, Kapar telah mengadakan Hari Keluarga di D'Ark, Janda Baik, Pahang. Ini merupakan aktiviti di sebelah keluarga Hakim yang dilaksanakan dengan jayanya hasil kesepakatan dan kerjasama 8 orang anak Haji Ardani dan Hajjah Muhinah.

Kami mengambil 8 buah chalet bagi menempatkan 8 buah keluarga. Manakala budak-budak lelaki tidur di dalam khemah.



Kami bertolak seawal jam 6.30 pagi. Janda Baik taklah jauh sangat. 1 1/2 jam perjalanan dah sampai. Sengaja kami rancang sampai ke sana awal supaya program yang diatur dapat berjalan lancar.



Semasa berhenti berkumpul. Masa ni dah hampir-hampir tiba di Janda Baik.



Banner gambar mak dan bapak mertua saya.



Bukan main lagi Khadija duduk. Penatlah konon tu. Khadija sebenarnya tak berapa sihat masa ni, kena batuk yang teruk, kasihan dia sebab tak cukup tidur malam sebelumnya.



Fatihah yang paling 'cool'. Jelas nampak yang Fatihah seronok dan 'excited' sebab dapat berkumpul dengan sepupunya yang berjumlah 19 orang (tidak termasuk Khadija dan Fatihah).



Bangsal tempat berkumpul, masak dan makan.



Sarapan pagi dan makan tengahari dibawa dari rumah. Semuanya Kak Nani yang masak. Kak Nani ni kakak Hakim, dia ni memang rajin dan baik hati. Masakannya pun boleh tahan sedap. Kami semua telah diberi tugas masing-masing sepanjang berada di sana. Ada yang ditugaskan sebagai Jawatankuasa hadiah, menyediakan nasi, minuman, minum petang, barbeque dan lain-lain.



Fatihah yang menjadi tumpuan sebab terlampau 'sporting', tak meragam langsung.



Dhiya Khalisya ni memang suka dengan budak kecil. Pantang nampak Fatihah mesti nak dokong.



Chalet kami yang siap berhawa dingin dan tv. Kadar bayaran untuk chalet ni RM120.00. Bagi chalet yang cuma berkipas sahaja dikenakan RM50.00.



Check-in je dalam bilik, Fatihah terus berbaring atas katil. Letih agaknya.



Khadija memang suka kalau dapat tidur tempat yang dipanggilnya 'rumah hotel' ni. Beruntung sungguh Khadija ni. Mama dah besar panjang, bekerja baru merasa tidur kat hotel. Sedangkan Khadija dah banyak hotel dia merasa bermalam.



Masa ni sekitar jam 11.30 pagi. Sebelum makan tengahari, budak-budak dah terjun sungai. Tak sabar mereka ni. Khadija sekejap je saya benarkan berada dalam air sebab dia selesema.



Fatihah pun bukan main lagi bila nampak air.



Selepas makan tengahari, kami berehat sebentar, ada yang sambung mandi di sungai dan ada yang tidur. Bermula jam 3.00 petang kami berkumpul semula untuk memulakan game. Banyak hadiah disediakan yang mana setiap family perlu membawa sekurang-kurangnya 5 hadiah.

Antara game yang diatur adalah tiup belon, kerusi muzik, pakaikan baju anak, treasure hunt, teka gambar dan kotak beracun (game sebelah malam). Sebenarnya ada lagi game tapi saya tak ingat.



Ni acara treasure hunt. Penamatnya setiap kumpulan perlu menyusun selipar dengan cara masing-masing. Selipar yang paling tinggi dikira pemenang.



Acara kerusi muzik. Masa ni ada kerusi yang patah sebab berebut.



Kerusi muzik untuk kaum ibu.



Cucu sulung Haji Ardani iaitu Faiq yang memang berbakat bermain gitar dan menyanyi.



Budak -budak terjun semula ke dalam sungai setelah selesai game petang tu.



Masa ni hampir-hampir senja. Kami dah berada dalam bilik, mandi dan bersiap.



Bergambar di balkoni bilik.



Bilik kami ni balkoninya menghala ke arah sungai. Itu yang seronok, sentiasa dengar deruan air dari dalam bilik.



Sementara menunggu waktu maghrib. Solat maghrib malam tu diadakan berjemaah di sini.



Acara seterusnya berbabeque.



Game kotak beracun. Semua kena main kecuali mak dan bapak.



Nana yang kena buat aksi garu. Sebelum game ni, sebenarnya ada acara tukar-tukar hadiah. Kami dapat termos, hadiah dari achik Kod.



Mandi pada sebelah pagi keesokan harinya setelah kami bersarapan pagi.



Masa ni baru jam 9.00 pagi. Tahan betul budak berdua ni dengan air sungai yang sejuk.



Bergambar dengan kakak Lisa yang pantang nampak Fatihah. Asyik nak didokong je.




Khadija dah pandai berposing depan kamera.



Bergambar sebelum balik. Masa ni muka Hakim tension sebab salah satu kunci bilik hilang. Mujur jumpa semula setelah mencari beramai-ramai.



Haji Ardani & Co.



Bergambar lagi beramai-ramai.



Kami.

Saya sebenarnya dah 2 kali ke sini. Dengar kata Hakim, bulan Jun ni kami akan ke sana lagi bersama member-member Hakim pula. Tak kisahlah sebab percutian di sini memang jimat dan perjalanannya juga tidak jauh.






1 comments:

FArhan Nur said...

salam, boleh x nak dapatkan contact no D'ark ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...