Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Tuesday, October 9, 2012

Musibah


4 Oktober 2012 sekitar jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari, rumah kami dimasuki/dipecah masuk pencuri.  Tarikh yang akan saya ingat sampai bila-bila.  Entry mengenai ini dimasukkan dalam blog bukan untuk meminta simpati tetapi sekadar untuk menjadi peringatan kepada saya dan pembaca blog ini.  Jangan simpan barang kemas dan duit di dalam rumah.  

Keadaan rumah masa kejadian habis berselerak.  Walaupun berpagar dan dipasang jerigi besi di setiap pintu dan tingkap, namun pencuri dapat juga memecah masuk.  Mungkin bukan rezeki kami, tapi saya percaya ini merupakan ujian dariNya.  Setiap yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi, Insya'Allah, Allah akan mengganti dan melipat gandakan rezeki kami selepas ini.  Mujur berlaku ketika kami tiada di rumah dan saya amat bersyukur kerana walaupun harta yang hilang jika dinilaikan hampir RM20,000.00 tetapi saya masih ada suami dan anak-anak yang lebih berharga dari segala-galanya.  Saya kena muhasabah kembali amalan saya, mungkin peristiwa yang berlaku ini memberi ingatan supaya saya lebih berhati-hati, sentiasa berdoa, lebih bersedekah dan yang penting bersederhana dalam segala hal.

Antara barang yang hilang (untuk ingatan dan kenangan abadi saya) :-

1.    Duit tunai dan di dalam tabung Khadija -  RM5,000 +++
2.  Barang kemas (cincin tunang dan merisik (Hakim bagi), 2 gelang/1 rantai tangan (mak bagi), loket gambar Queen Elizabeth (arwah Wan bagi, beli semasa menunaikan haji tahun 1978), anting-anting saya, Khadija dan Fatihah).
3.  2 unit kamera (Canon dan Olympus).  Saya perlu beli segera kamera baru bagi menggantikan kamera yang dicuri.  Mana boleh bercerita tanpa gambar dalam blog ni.
4.  Aksesori (cincin, gelang yang disadur warna emas), gelang mutiara Sabah, 2 jam tangan.
4.   Minyak wangi dan minyak rambut.
5.   2 bilah pisau yang dibeli di Sarawak.
6.   Kasut sukan Hakim.
7.   Pen untuk membaca Quran Digital (Al-Qurannya tak dicuri pula). 
8.   2 beg milik Hakim dan Fatihah (dijadikan beg untuk mengangkut semua barang yang dicuri).

Rentetan dari musibah @ ujian ini, saya lebih berhati-hati dan beringat.  Terima kasih kepada ahli keluarga yang banyak membantu dan kawan-kawan yang beri kata semangat.  Insya'Allah, saya akan lebih peka dengan keselamatan, menjaga solat dan berdoa untuk dipelihara keselamatan kami sekeluarga.  Semoga pencuri itu dilembutkan hati untuk mengembalikan kembali barang yang dicuri dan ditangkap Polis (supaya tak ada orang lain lagi jadi mangsa pecah rumah).

 





2 comments:

Norliza Ismail said...

Simpati ibu pd shima sekeluarga. Ibu jg pernah mengalami perkara yg hampir sama dimana motosikal suami dicuri 2x tp alhamdulillah sdh rezeki kami temui semula. Harap shima bersabar

Ibu br lg dlm dunia blogging ni. Kalau shima sudi jenguklah blog ibu.

http://izaismail.com

Shima said...

Terima kasih ibu Norliza, nanti sy berbalas kunjungan ke blog anda. Ujian dari Allah dtg dalam pelbagai bentuk. Salah satu ujian buat kami sekeluarga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...