Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Tuesday, November 6, 2012

Pelajar Harapan PASTI Darul Ulum II Tahun 2012

Syukur Alhamdulillah, 4 November 2012 satu tarikh yang akan saya abadikan sebagai salah satu peristiwa penting dan bersejarah sebagai seorang mama.  Khadija telah melakar sejarah bagi saya dan Hakim kerana berjaya mendapat anugerah 'Pelajar Harapan' mewakili PASTI Darul Ulum II bagi pelajar berumur 5 tahun.  Khadija terpilih daripada hampir 40 orang pelajar umur 5 tahun di PASTI Darul Ulum II ini.  Menurut salah seorang guru, kriteria pemilihan dinilai dari awal tahun yang mana Khadija dilihat berketrampilan dan cemerlang di dalam pendidikan dan ko-kurikulum.  Khadija juga mendapat nombor 1 di dalam kelasnya dengan peratus pencapaian 97%.

 
Majlis penyampaian hadiah diadakan bersekali dengan Majlis Konvokesyen peringkat DUN Selat Klang untuk pelajar usia 6 tahun bertempat di bangunan Kolej Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuan Selangor di Kampung Delek Kanan.  3 PASTI di bawah DUN Selat Klang terlibat yang mana terdiri daripada lebih 100 orang murid berumur 6 tahun iaitu PASTI Darul Ulum II, PASTI Al-Ikhwan dan PASTI Al-Islah. 















Suku daripada ibu bapa yang hadir.  Kami duduk di belakang tetamu VIP.  Nasib baik dapat tempat hadapan, kalau di belakang alamatnya tak nampaklah pentas.


Antara persembahan daripada pelajar.  Bacaan al-quran dan terjemahan surah.  Begitu lancar bacaan al-quran dan terjemahan tersebut dibaca.  Insya'Allah, tahun hadapan saya berdoa dan berharap Khadija yang akan berada di pentas untuk bacaan ini.


Majlis disempurnakan oleh ADUN Selat Klang sendiri, Y.B. Dr. Hajjah Halimah binti Ali.















Perarakan masuk pelajar usia 6 tahun.  Khadija menyelit di belakang sebab Khadija hanya dijemput untuk menerima anugerah sahaja.  Majlis penyampaian hadiah untuk tempat pertama diadakan berasingan dengan majlis ini.  Oleh kerana jubah konvokesyen agak terhad, pelajar pakai bergilir-gilir di belakang pentas.















Perasaan saya ketika ini amat bangga, rasa nak menangis dan bersyukur sangat.  Khadija pula kelihatan selamba je.















Khadija menerima piala daripada Y.B.  Insya'Allah, tahun hadapan saya nak Khadija membawa balik anugerah 'Pelajar Cemerlang' pula.  Kami difahamkan, anugerah untuk pelajar usia 5 tahun merupakan 'Pelajar Harapan' sebab masih ada setahun lagi di tadika.  Manakala anugerah untuk pelajar usia 6 tahun adalah 'Pelajar Cemerlang'.



















Khadija dengan pialanya.



















Bersama adik Fatihah.  Mama dan abah harap kejayaan kakak ini berterusan.  Kejayaan dunia dan akhirat.  Adik Fatihah pula diharap akan menjejaki kakak Khadija nanti.  Insya'Allah, sama-sama kita berusaha dan berdoa.


Inilah dia piala Khadija.  Baru 2 tahun di tadika dah banyak piala Khadija bawa balik.

Nampaknya kenalah mama dan abah tunaikan janji kami sebab Khadija dah dapat nombor 1.  Mama berdoa dan berharap Khadija dan Fatihah diterangkan hati dan cemerlang pendidikan dunia dan akhirat.  Amin.





1 comments:

Norliza Ismail said...

Alhamdulillah, tahniah pada adik Khadija.2 org anak ibu juga belajar di tadika PASTI dan yang bongsu akan mula belajar di PASTI tahun depan.

Apa yang ibu perhatikan, kebanyakkan pelajar PASTI semuanya cemerlang dari segi akademik berbanding dgn sek. tadika berbayar yang lain.

Semoga adik khadija dpt anugerah pelajar cemerlang thn depan ye, Insyaallah.
http://IzaIsmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...