Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Monday, April 22, 2013

Tetamu Allah

Sujud syukur kami kepadaNya kerana telah menjadi tetamuNya bagi mengerjakan ibadah umrah di tanah haram pada 9 hingga 19 April 2013.  Antara hadiah  yang paling bermakna buat diri ini yang mana pada bulan April juga merupakan bulan kelahiran saya.

Anak-anak kami tinggalkan, tidak turut serta untuk umrah kali pertama ini. Syukur Alhamdulillah dan terima kasih kepada mak dan adik-adik saya yang sudi menjaga anak-anak kami sepanjang kami berada di sana.


















Bersama suami yang juga mahram saya.  Syukur Alhamdulillah kerana dikurniakan suami yang terbaik buat saya.  Terima kasih sayang kerana tanpa beliau mana mungkin saya sampai ke sana.  


















Tiram Travel Sdn. Bhd. menjadi pilihan kami.  Mungkin kerana pakej yang ditawarkan membuat kami memilih syarikat ini tetapi saya percaya ianya merupakan ketentuanNya sejak dari Azali lagi.  Syukur Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun terdapat penundaan tarikh berangkat sebanyak 2 kali.   Siapalah kita?  Insan yang hanya mampu merancang, yang menentukan segalanya adalah 'Dia'.  Terima kasih kepada mutawif pihak syarikat iaitu Tuan Haji Mohd Aji bin Bujal yang telah banyak membantu memberi tunjuk ajar dan mengambil berat sepanjang kami berada di sana sehinggalah tiba di KLIA. Bertuah sungguh kami diletakkan di bawah 'Kumpulan 5' yang terdiri daripada 42 orang jemaah di bawah mutawif berkenaan.  Saya difahamkan lebih kurang 250 orang jemaah keseluruhannya yang berangkat mengerjakan umrah di bawah agensi yang sama pada tarikh tersebut.


















Beg-beg kami.  Kakak ipar, mak dan bapak mertua turut bersama-sama kami mengerjakan umrah. 























Bersama passport, visa dan tiket penerbangan NAS Air (Charter).Terus memakai telekung selepas solat di KLIA bagi memudahkan saya.

















Memakai ihram di KLIA kerana perjalanan kami terus ke Makkah.























Lafaz Talbiyah mengiringi perjalanan kami ke tanah haram Makkah bagi mengerjakan umrah.






5 comments:

iedajenny said...

alhamdulillah kak..semoga saya berpeluang mengikut jejak akak ke sana satu hari nanti...

iedajenny said...

oopss..lupa nak perkenalkan diri..saya ni mama damia, karang terkejut lak akak sbb xkenal nickname saya, hehe..

Shima said...

Ieda.....Insya'Allah, kalau dah ada impian dan niat, akan dipermudahkan olehNya. Cuma cepat atau lambat sahaja, kita kena usahakan.

rATu kEBaYA said...

Alhamdulillah... dah sampai akak kat sana.

Shima said...

Ratu Kebaya ~ Lepas ni giliran awak sekeluarga plk. Mudah-mudahan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...