Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Tuesday, December 2, 2014

Tahniah Kakak Dija!

Alhamdulillah, 'result' peperiksaan akhir tahun Khadija amat membanggakan mama dan abah.













Khadija mengekalkan prestasinya di tempat pertama di dalam kelas dan keseluruhan murid tahun 1 dengan kesemuanya A.  Mumtaz untuk Khadija!



Majlis Ihtifal bagi meraikan pelajar cemerlang Sekolah Islam Al-Farabi diadakan secara sederhana dengan disempurnakan perasmiannya oleh Tuan Haji Kamaluddin  bin Rahmat yang juga suami kepada Puan Hajjah Zaharah Awang. 

Majlis yang hanya dihadiri oleh abah Hakim sebab mama masih 'berpantang'.























Khadija dapat 3 hadiah.  Hadiah nombor 1 dan hadiah untuk 8A diberikan bersekali.























Hadiah untuk kedatangan penuh untuk tahun 1.  Syabas Khadija! Mama dan abah memang puji sikap Khadija yang bersemangat setiap hari ke sekolah.  Tidak pernah sekali pun dia mengeluh atau mencari helah untuk tidak ke sekolah.  Bersyukur juga sebab antibodi Khadija kuat, tidak demam, batuk atau selesema.























Hadiah untuk kedatangan penuh.  Sejujurnya mama dan abah amat berbangga dengan Khadija.  Namun bagi kami, kejayaan akademik Khadija juga adalah bermula dari kerajinan beliau menunaikan solat dan mengaji Al-Quran.  Boleh dipuji kerana Khadija tidak tinggal solat dalam usia 7 tahun.  



Khadija dan rakan kelas 1 Bestari menyampaikan persembahan nasyid.














Sekolah ini tidak meraikan kejayaan pelajarnya dengan piala atau sijil. Pemberian lebih berbentuk peralatan untuk kegunaan pelajar. Mulanya saya agak tidak berpuashati kerana lebih mengharapkan piala.  Tapi bila difikirkan ada manfaat juga pemberian peralatan seperti ini kepada pelajar berbanding piala.  Cumanya tiada kenangan berbentuk kekal yang dapat dilihat nanti.

Mama dan abah untung juga sebab dah tentu tak payah beli beg sekolah untuk Khadija.  2 buah beg sekali Khadija dapat tahun ni. Mama dan abah harap tahun depan Khadija dapat lebih banyak hadiah termasuk anugerah hafazan untuk tahfiz.

Doa mama dan abah untuk Khadija, Fatihah dan Harraz supaya diterangkan hati dan dilapangkan dada untuk mudah terima pelajaran. Khas untuk Khadija, mama harap kecemerlangan akademik ini berterusan setiap tahun. 






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...