Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Wednesday, February 11, 2015

Rezeki @ Pesta Buku SACC, Shah Alam

Kami tak lepaskan peluang bawa anak-anak ke pesta buku yang berlangsung pada awal Februari di SACC, Shah Alam. 



'Booth' pertama yang Khadija tuju, Ana Muslim.  Dija dah pandai memilih buku ikut citarasa dia, bukan lagi buku komik atau majalah tetapi yang dipilihnya novel bersiri Ana Muslim.














Fatihah yang belum berminat dengan karakter Ana Muslim.  Kat 'booth' ni sempat juga saya belikan mereka berdua t-shirt Ana Muslim. 














Kami di 'booth' kaedah membaca bahasa inggeris 'Noddy'.  Kerana nak 'menjaga hati' dan memberi peluang kepada jurujual, saya terperangkap hampir 1 jam di 'booth' ini.  Padahal tak berminat langsung.  Kaedahnya lebih kurang macam 'Grolier'.  Harga hampir RM2,500.00 termasuk buku dan set DVD yang boleh dibeli secara ansuran bulanan.  Pendapat saya mengenai kaedah pembelajaran sebegini, ianya memang baik untuk membantu anak-anak belajar membaca dengan cepat, tetapi masih perlu pemantauan dan tunjuk ajar dari ibubapa.  Tak berbaloi rasanya kerana saya tahu tahap anak saya yang cepat bosan dengan sesuatu. 














Budak baik, Muhammad Harraz yang berada bersama abah Hakim sepanjang kami menjelajah setiap 'booth'.























Mereka berdua yang tak tahu duduk diam.

Kami berbelanja tak sampai RM100.00 dengan 6 majalah Upin Ipin, novel Ana Muslim, 2 buah buku pengetahuan agama abah Hakim dan 2 helai t-shirt Ana Muslim.














Singgah ke Plaza Alam Sentral sebab nak ke Romantika.  Sebelum tu kami makan tengahari di Restoran Syed.























Di pesta buku, Muhammad Harraz didukung abah Hakim.  Tapi kat Plaza Alam Sentral kami baringkan dia dalam 'stroller'.  Lebih selesa untuk Muhammad Harraz.

Sebenarnya selama 2 hari berturut-turut kami ke pesta buku ni.  Esoknya petang Ahad kami berulang ke sana disebabkan nak 'collect' hadiah cabutan bertuah.  Alhamdulillah, tak dijangka rezeki berpihak kepada kami.  Nama abah Hakim yang saya tulis pada setiap kertas cabutan bertuah terpilih salah satu daripadanya.  Makluman dibuat oleh pihak penganjur menerusi panggilan telefon pada jam 8.30 malam yang meminta hadiah cabutan bertuah diambil di kaunter urusetia di dalam tempoh 24 jam.  Cabutan  bertuah ni kalau tak silap dibuat setiap hari dengan tawaran beberapa hadiah.























Abah Hakim biasa-biasa je.  Yang teruja saya, sebabnya saya yang menulis kertas cabutan bertuah tersebut.














Di kaunter urusetia, kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.














Hadiah disampaikan secara tidak formal di hadapan kaunter urusetia.  Rupa-rupanya salah seorang kakitangan PPAS ni isteri kepada kawan kami, staff MPK juga iaitu Baizurin.














Hadiah cabutan bertuah, set Al-Quran Read Pen. 














Ni set Al-Quran Read Pen yang kami ada sebelum ini.  Tapi pen dan 'charger'nya telah dicuri semasa rumah kami dipecah masuk dulu.  Sangat bersyukur kerana Allah gantikan set yang lebih lengkap buat kami.

Dari sini, saya belajar........ hikmah yang tersembunyi daripada amalan bersedekah dan wakaf.  Terdapat rahsia disebaliknya, semakin banyak kita memberi, Allah akan pulangkan kembali kepada kita dengan cara yang tidak disangka-sangka.  Rezeki bukan sahaja dari sudut harta dan kebendaan, tetapi juga kesihatan yang baik, anak-anak yang sihat, cerdik dan cemerlang serta rumahtangga bahagia. 

Pesanan buat diri saya dan pembaca, jangan kedekut atau teragak-agak untuk bersedekah.  Bukan nilai yang besar perlu dibelanjakan untuk bersedekah, yang penting ianya ikhlas walaupun kecil.






1 comments:

Admin Kbey said...

Ada urusan di Shah Alam/Klang/USJ Subang Jaya i.e Summit USJ, Sunway, Alam Sentral, Kota Kemuning, SACC Mall, I-City, Wet World, ADTEC, CIAST, WISMA GM, UITM, UNISEL, MSU, POLITEKNIK Shah Alam atau sebagainya. Tempahlah homestay kami yang berdekatan dengan harga murah & berpatutan (RM180/semalam) dan boleh layari INTERNET @ UNIFI percuma. Layari blog kami untuk info terkini di http://onlinebookinghomestay.blogspot.com

p/s: perkhidmatan sewa harian juga disediakan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...