Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Saturday, May 16, 2015

Kakak Fatihah Naik Bas

25 April lepas, Fatihah ikut serta rombongan pelajar PASTI Darul Ulum II ke Aquaria, KLCC dan muzium tentera (tak pasti pulak kat Sungai Besi atau Subang).  Sikap Fatihah boleh dipuji sebab dia memang bersemangat sejak mula ustazah bagi tahu nak bawa lawatan naik bas.


Fatihah agak 'moody' sebab kawan rapat belum sampai.














Kawan rapat Fatihah, si Khairunnisa.  Oh, ini rupanya Khairunnisa yang selalu Fatihah cerita kat kami.  














Fatihah tak macam kakak Dija.  Apa yang mama tahu, Fatihah tak pandai berkawan.  Hanya rapat dengan yang satu.  Untunglah Khairunnisa jadi sebutan Fatihah setiap hari sebab nama kawan-kawan yang lain dia tak ingat kecuali Ahmad Hafiz.  Kawan dari tadika lama.













Bersemangat nak naik bas.














Duduk di kerusi hadapan, nampak dia cukup puashati sebab dapat duduk dengan 'best friend' dia.

Bercerita mengenai Fatihah, banyak perkembangan positif dari dia. Dia dah boleh membaca walaupun masih merangkak.  Bagi mama, itu dah cukup baik.  Mengira pun ada peningkatan.  Yang paling best, disebabkan dia dah kenal alif, ba, ta melalui bacaan Iqra' yang abah Hakim ajar setiap hari selepas solat subuh, Fatihah dah boleh baca jawi sikit-sikit.  Pelajaran bahasa Arab juga Fatihah menunjukkan minat. Alhamdulillah.  Satu permulaan yang baik sudah cukup membuatkan mama tarik nafas lega.  Mudah-mudahan, Fatihah cemerlang dunia akhirat.  






1 comments:

nhuthuy said...

Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

FadoExpress là một trong những top công ty chuyển phát nhanh quốc tế hàng đầu chuyên vận chuyển, chuyển phát nhanh siêu tốc đi khắp thế giới, nổi bật là dịch vụ gửi hàng đi nhậtgửi hàng đi pháp uy tín, giá rẻ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...