Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Thursday, September 14, 2017

Aktiviti Harraz Kat Taska

Alhamdulillah.  Keputusan dan pilihan yang terbaik telah kami buat untuk masukkan Muhammad Harraz ke taska sebulan yang lepas telah menampakkan hasilnya.  Banyak dah Harraz belajar dekat taska.  Harraz belajar baca doa, dapat ikuti pelbagai aktiviti perkembangan moto kasar dan halus, belajar mengenal abjad dan huruf (awal matematik), belajar melalui bermain dan banyak lagi.

Setiap hari gambar aktiviti taska akan teacher masukkan dalam whatssapp group taska.  Memang tertunggu-tunggu je setiap hari sebab nak tahu apa yang Harraz buat kat taska.  Balik je dari taska, bila tanya dia, memang betul apa yang dia bagi tahu dengan apa yang teacher laporkan.
 





 



















Dah besar 'baby' mama.  Cepat betul masa berlalu.  Lepas ni masuk tadika pula. 






1 comments:

MrsEnoxis said...

Seronok bila tau anak-anak berseronok dan belaja di taska..lagi2 bila dapat teacher yang sporting n suka berkongsi gambo..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...