Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Monday, September 25, 2017

Wedding Abang Faiq

Tahniah, abang Faiq kerana dah naik pangkat kepada 'suami' pada 17 September lepas.  Faiq ni anak buah dan cucu pertama dalam keluarga sebelah abah Hakim.  Alhamdulillah, kenduri berlangsung dengan meriah dan jayanya bermula dari hari Jumaat sehinggalah  ke petang Ahad.  Teruja saya melihat kerjasama kawan-kawan Abang Aci dan Kak Dil yang membantu dari pagi Jumaat sehinggalah majlis selesai.   

Boleh dikatakan kenduri berlangsung seolah-olah 3 hari 2 malam jugalah sebabnya orang yang datang tak putus-putus. Dan selama itu jugalah kami semua berkampung di rumah Abang Aci dan Kak Dil di Kampung Bukit Kapar.

 
Tengahari Sabtu, orang yang datang pun dah ramai. 













Harraz paling suka sebab dapat bebas main kat luar, dapat main air.  Takpe, abah Hakim cakap bagi peluang kat dia untuk belajar.  Nanti dah besar, taklah kekok nak tolong bila ada kenduri-kendara.


















Nana dan Lisa adik pengantin dengan acik Kod.























Seronok kenduri macam ni.  Tapi kat keluarga sebelah Telok Gadong, suasana macam ni dah tak ada sebabnya tak ramai yang nak bantu hulurkan tenaga memasak.  Sebab tu, kebanyakan kenduri lebih mudah mendapatkan khidmat katerer.














Ambil peluang berswafoto di atas pelamin.

















Sama ke muka kita orang?























Terlebih pencahayaan mungkin (sebenarnya handphone saya biasa-biasa sahaja).














Dia orang berdua ni sebenarnya dah tak suka bergambar.  Mama yang paksa, sebab tu muka susah nak senyum.














Nasib baik ada TV dan cerita menarik, budak-budak ni duduk diam je dalam rumah.














Waktu makan, yang ditunggu-tunggu.  Dari petang Jumaat sampai Ahad, makan je kerjanya.  Menu pulak bermacam-macam.  Yang diet memang rugi.
 













Ni menu untuk majlis hari Sabtu malam Ahad. 























Abang Long @ Abang Aci dan Kak Fadilah @ Kak Dil.  Masa saya ambil gambar ni, dia orang cakap dia orang belum bersiap lagi.  Takpe, ambil suka-suka je kak.  Kak Dil ni biras yang paling lembut bagi saya.  Sentiasa senyum, lembut berkata-kata dan bersifat keibuan.  Memang boleh dijadikan contoh kerana rumahnya bersih tersusun rapi dari halaman sehinggalah ke dapur.  Kalau ke rumahnya, tak kira masa pasti dijamu dengan makanan yang berat dan sedap.  Begitulah cara dia sekeluarga menyantuni tetamu. 























Di pagi hari berlangsung.  Saya tiada dalam gambar.  Teruja sebab mak mertua dan kakak ipar pakai baju dari kain yang saya bagi.























Dipaksa bergambar lagi.

Manis belaka mereka ni.  Anak-anak kakak dan abang juga boleh dikatakan sopan dan menghormati orang.  Memang kak Dil ni boleh dijadikan idola dalam mendidik anak.

 





















Tahniah Faiq dan Dila (nama sama macam mak mertua dia).  Semoga kalian berjaya mengharungi alam rumahtangga ini dengan warna-warni indah sehingga ke jannah. 










0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...