Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Friday, April 27, 2018

Sukan Al-Farabi 2018 ~ SAFAR

Bulan April tahun 2018, jadual saya agak padat dengan program.  19 April, seawal jam 7.30 pagi kami dah sampai ke Sekolah Kebangsaan Taman Gembira bagi meraikan sukan tahunan Sekolah Islam Integrasi Al-Farabi (SAFAR).























Pelajar tahap 1 diminta duduk berkumpul di dataran hadapan kantin.























Kesian Khairin bosan menunggu.  Datang awal jam 7.30 pagi, tapi acara sukaneka pukul 10.00 pagi baru bermula.

















Acara untuk pelajar tahap 2 dan sekolah menengah iaitu larian dijalankan di padang.  Agak menguji kesabaran juga sebabnya padang lecak teruk kerana petang dan malam sebelumnya hujan turun lebat.  Macam mana pun acara sukan perlu diteruskan walau dalam keadaan yang kurang selesa ini.


Lebih kurang pukul 9.30 pagi baru acara perarakan/perbarisan rumah sukan bermula.  Agak lewat sebab menunggu ketibaan tetamu VIP untuk merasmikan program.

















Khadija masuk 2 acara.  Satu telah dilaksanakan pada hari sebelumnya di padang sekolah.  Untuk acara tu, dia bawa balik pingat Perak.  Pada hari sukan berlangsung dia cuma masuk perarakan/perbarisan sahaja. 

















Khadija rumah biru sama dengan Faris.  Rumah biru mengambil Doraemon sebagai maskot pasukan mereka.

















Rumah merah bertemakan Boboiboy.  Rumah kuning iaitu rumah sukan Khairin pula bertemakan Spongebob.  Satu lagi rumah hijau tak pasti bertemakan kartun apa.


















Harraz yang menyibuk ke tengah padang sebab nampak kakak Dija dan kawan-kawan kakak yang kenal Harraz melambai-lambai panggil dia.

















Habis kaki Harraz terkena selut dan air lecak.  Mujur ada paip air.  Agak mencabar jaga Harraz sorang-sorang sebab abah Hakim tak ikut serta kami kerana ada tugasan lain.


Sementara menunggu giliran acara sukan mereka, Khairin duduk melepak dengan kawan-kawan.

















Sengaja skodeng pergerakan dan pergaulan Khairin dengan kawan-kawan dia.  Boleh tahan juga dia ni berborak dan melawak dengan kawan-kawan dia.  Ingatkan dia ni pasif tak ada kawan sebab apa Khairin ni 'moody' orangnya.

















Mujur acara tahap 1 dijalankan di gelanggang hoki.  Kalau di padang, habis kotorlah pakaian dan kasut mereka.

















Faris anak mak cik Nor yang masuk acara kepit bola.  Kesian kalah.  Tak dapat apa-apa pingat.  Tak apalah Faris, yang penting semangat kesukanan tu ada.  Lagi pun bukanlah dia penyebab kepada kekalahan.  Bila acara berpasukan mesti ada yang agak lambat pergerakannya.























Harraz yang asyik-asyik merengek.  Lepas satu, satu dia minta nak beli dekat gerai-gerai jualan yang disediakan di situ.  Kalau makanan atau minuman tu memanglah tak kisah, ni nak mainan.  Sabar jelah.


Dah penat dan bosan menunggu.


Monyok tunggu acara dia.


Akhirnya, dekat pukul 11.30 pagi baru acara sukan Khairin bermula.  Masa berlatih, dia masuk acara pakai kasut boot.  Tapi dihari sebenar, acara bertukar kepada golek bola dengan gelung disebabkan masalah teknikal.  Itu yang kami dimaklumkan oleh Ustaz.
 
 
Boleh tahan lincah juga Khairin ni.


















Penat mama menjerit bagi sokongan pada Khairin.























Alhamdulillah.  Dapat pingat Gangsa (nombor 3).


Khairin dan BFF dia, Khairunnisa.  Dia ni kawan Khairin dari tadika PASTI.  Yang peliknya bila masuk Al-Farabi, mereka berlainan kelas tetapi masih berkawan baik.  Akan rehat bersama setiap hari di kantin.  Cuma, Khairin ada cerita yang tahun hadapan Khairunnisa akan bertukar sekolah.  Pesan juga pada Khairin, jangan lupa minta nombor phone Khairunnisa supaya boleh berhubung nanti.


Khairin anak solehah.























Si pipi merah mama dan abah.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...