Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Tuesday, September 7, 2010

Karipap


Kuih kegemaran kami berdua memang sama, karipap. Kalau nak tahu, inilah percubaan pertama dari kami berdua untuk menghasilkan karipap. Inti saya hasilkan, sementara kulit karipap hasil adunan Hakim. Not bad, tapi agak keras kulitnya.



Yang ni pula mihun sup untuk berbuka puasa, ini saya masak sendiri. Kalau diikutkan kebanyakan juadah kami pada hari bekerja samada dibeli di bazar ramadhan atau diberi oleh mak. Yelah, masa suntuk kalau saya nak memasak pada hari bekerja ditambah dengan kerenah 2 beradik yang bijak tu. Kalau juadah berbuka dari mak dah tentu best-best belaka setiap hari dari laksa, lontong, bubur lambuk, nasi lemak dan baru-baru ni, sempena malam 27, mak masak nasi impit, kuah kacang dan rendang ayam untuk disedekah ke masjid. Jadi bulan puasa ni, saya memang kurang memasak.


Cerita 2 Beradik

Bersempena dengan ulangtahun kelahiran pertama Fatihah yang kebetulannya jatuh pada bulan puasa, saya belikan juga sebiji kek kecil. Al-maklumlah bulan puasa ni, lepas saja berbuka, kek yang sekecil tu pun tak dapat dihabiskan oleh kami disebabkan banyak lagi makanan yang lain. Sambutan yang lebih meriah, Insya'Allah akan disekalikan nanti dengan majlis rumah terbuka Aidilfitri di rumah kami.



Kek kecil dan murah.



Kami raikan di rumah wan Fatihah, lepas berbuka. Tengoklah 2 beradik ni tak sabar-sabar. Jenuh saya mengawal keadaan, disebabkan nak rakamkan gambar, tak sempat saya nak kawal keadaan.



Habis tangan dan mulut Fatihah penuh dengan krim.

Bercerita mengenai Khadija dan Fatihah, bulan puasa ni memang kedua-duanya banyak menguji kesabaran saya. Tak tahu duduk diam, saya dan Hakim penat mengemas, habis diselerakkan semula oleh mereka. Lantai pun begitu, tak henti-henti kena dimop.



Sekarang ni Fatihah kena diawasi sebab suka memanjat samada kerusi atau tangga. Maklumlah dah dapat kaki.



Lihat 2 beradik ni. Si kakak pun sama je memanjat. (Lantai rumah kami belum dipasang tile, masih bertikar getah, Insya'Allah rumah baru nanti akan kami lengkapi dengan kemasan lantai tersebut. Rumah idamanlah katakan. Rumah ni nanti jadi rumah persinggahan hujung minggu kami).



Muka budak tak tahu duduk diam tapi bukan hyperaktif ye.



Sedang menyelongkar almari kasut.



Mengacau abah sedang tidur. Geram sungguh dengan telatah kedua-duanya.


Friday, August 20, 2010

Pelaburan Kami

Bulan Ramadhan ni aktiviti luar kami amat terhad. Hakim tumpukan hampir 90% daripada masanya dengan ibadat. Syukur saya dikurniakan suami yang agak patuh kepada suruhan agama. Saya pulak sibuk menguruskan hal anak-anak sementelah Hakim menunaikan solat terawikh. Sementara hujung minggu kami pula dihabiskan di rumah sahaja. Hal-hal persiapan raya telah kami settlekan lebih awal.

Kalau ikutkan cerita ni dah lama. Ianya berlaku pada awal bulan Mei lepas, kalau tak silap saya. Itupun berdasarkan perkiraan saya, setelah seminggu kami balik dari bercuti di Langkawi. Hehehe, kami telah melabur di dalam arena penternakan......lembu. Insya'Allah, ianya menjadi pelaburan buat masa depan kami sekeluarga.



Permulaan, kami membeli 3 ekor lembu, 2 betina dan seekor jantan. Kandang untuk menempatkan lembu tersebut masih di dalam pembinaan iaitu di kebun yang terletak beberapa meter dari rumah mertua saya. Kami meletakkan tanggungjawab dan amanah untuk menjaga lembu tersebut kepada abang ipar saya yang turut menetap di sana. Doa saya semoga kami menjadi penternak dan peladang lembu yang berjaya suatu hari nanti. Insya'Allah.


Monday, August 16, 2010

Selamat Ulangtahun Pertama

Syukur Alhamdulillah, hari ni 16 Ogos, Fatihah meraikan ulangtahun kelahirannya yang pertama. Mama doakan semoga Fatihah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, berbudi pekerti yang mulia, cerdas akal fikiran dan menjadi anak yang solehah untuk mama dan abah. Amin.

* Mama rakamkan ucapan dahulu, Insya'Allah petang nanti waktu berbuka puasa kita raikan secara sederhana di rumah ye. Sambutan majlis hari lahir yang lebih sempurna, Insya'Allah di dalam perancangan mama pada majlis hari raya nanti.



Khadija dan Fatihah leka menonton TV.



Tak sabar nak makan breakfast nasi lemak yang mama masak sendiri.

Wednesday, August 11, 2010

Adik Dah Pandai Jalan

Syukur Alhamdulillah, Fatihah dah berjalan pada usia 11 bulan. Next week, 16 Ogos adalah ulangtahun kelahiran yang pertama buat Fatihah. Fatihah bagi saya memang anak yang tak banyak ragam, senang dijaga tetapi cuma aksi lasaknya sahaja yang membuatkan kami kena lebih berhati-hati dengan Fatihah. Tapi jangan salah tanggapan pula, dia bukanlah kategori anak-anak yang hiperaktif, dia anak yang normal dan sihat. Sebagai mama, bagi saya anak saya ni memang bijak sebab mudah faham dengan apa yang kami katakan walaupun sekali kami ajar/tunjuk pasti dia akan ikuti. Moga2 panggilan 'bijak' yang kami sering tuturkan pada Fatihah menjadi doa yang mustajab buat kami. Sekarang ni juga, Fatihah pantang nampak makanan, tindakbalas pertama yang akan Fatihah lakukan adalah menadah tangan dan terus sapu ke muka tanda mengaminkan doa makan. Perkembangan lain pula, Fatihah dah boleh sebut perkataan seperti tak, abah, jah (untuk Khadija walaupun kami betulkan kepada panggilan 'kakak'), wan dan ma untuk mama.



Gambar ni gambar lama, masa ni usia Fatihah dalam 8 bulan.

Untuk N3 yang ni, tak lupa juga saya diselitkan perkembangan Khadija yang mana sekarang ni sedang mengingati banyak perkataan dalam bahasa melayu yang diinggeriskan. Kami ajar Khadija sedikit demi sedikit supaya sekurang-kurangnya bila dia masuk Tadika nanti takdelah dia ketinggalan di belakang. Maklumlah anak-anak zaman sekarang ni semuanya bijak-bijak belaka. Malam tadi, Khadija pun kami ajarkan niat puasa. Untuk kanak-kanak umur 3 tahun, apalah yang mereka faham mengenai puasa. Cuma kita sebagai ibubapa kenalah mendidik anak-anak dari awal bak kata peribahasa 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Kalau Fatihah kami gelarkan 'bijak', Khadija pula kami memang dari dulu gelarkan 'cerdik'. Semoga panggilan itu menjadi kenyataan buat anak-anak mama sebagai insan yang cemerlang di dalam ilmu di dunia sebagai bekalan di akhirat kelak. Amin.


Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan 1431H



Tuesday, August 3, 2010

N3 Tanpa Gambar

Kalau ada yang perasan (ada ke?) setiap n3 saya pasti akan disusuli dengan gambar atau cerita bergambar. Tapi kali ni, takde gambar disekalikan dengan n3. Kamera digital saya tu buat hal pulak. Tak tahu di mana silapnya, mungkin bateri tak cukup power kot. Bateri rechargeable dah lama saya tak gunakan. Macam nak kena beli baru je kamera, yelah raya dah hampir lagipun rugi rasanya kalau saya tak dapat rakamkan setiap detik dan perkembangan anak-anak. Kalau ikutkan usia kamera digital saya yang berjenama Nikon tu dah pun 4 tahun dan mungkin saya perlukan pembaharuan kepada kamera yang lebih canggih. Tengoklah nanti, kalau ada duit terlebih. Bukan tak boleh gunakan gambar dari handphone tapi bagi saya 'feel'nya tetap lain.

Banyak sebenarnya yang nak diceritakan kat blog ni, tapi saya tetap rasa kalau n3 bergambar lagi menarik. Antaranya cerita masak-masak saya, cerita Fatihah dah pandai berjalan pada usia 11 bulan (30 Julai 2010 tarikh Fatihah mula berjalan), kenduri tahlil dan macam-macam lagi. Insya'Allah saya takkan biarkan kamera saya tu tidak berfungsi dengan lama dan n3 bergambar akan kembali semula.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...