Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Friday, April 7, 2017

Fraser Hill ~ Part 6 @ Memanah dan Menunggang

Kami ke The Paddock, Fraser's Hill ni selepas 'breakfast' pagi tu.  Dah puas budak bertiga tu main kat 'playground' berhadapan hotel, kami mula berjalan kaki ke The Paddock.  Kenapa jalan kaki?  Sebab abah Hakim kata dekat je.  Petang sebelumnya pun kami dah 'survey' mana letaknya The Paddock ni.  Dekat pun adalah dalam 2 kilometer jaraknya dari hotel.  Cuaca pula mujur tidak terlalu panas walaupun sinar cahaya matahari pagi tu agak terik.























Keadaan jalan yang bersimpang siur menuju ke The Paddock.























BFF mereka ni sebab makan, mandi, tidur, gaduh, menangis, gelak sama-sama.














Perjalanan kami dirakam setiap langkah.














Bila abah Hakim angkat je kamera, masing-masing 'ready' untuk bergambar.














Ada juga tempat menunggu disediakan di tepi jalan ni.  Tak pasti untuk apa sebab bas memang tak naik kat sini.


Sampai kat The Paddock seawal jam 9.00 pagi.  The Paddock pun baru mula dibuka.  Selain kami, adalah satu lagi keluarga kat dalam kawasan tu.














Bergambar di dalam kabus seolah-olah berada di kawasan pergunungan luar negara.














Alhamdulillah.  Allah bagi nikmat seolah-olah berada di luar negara.






















Kami kesayangan abah Hakim.


Mulanya kami nak naik kuda.  Tapi kaunter kuda belum dibuka, lewat sikit kata penjaga kaunter tu sebab kuda tengah makan.  Kuda ni tak boleh dipaksa sebab kena dapatkan 'mood' dia.














Maka berjalanlah kami ke arah padang memanah yang juga letaknya di dalam The Paddock ni.














Bayaran yang dikenakan untuk memanah adalah RM11.00 untuk 10 mata anak panah. 















Kami diajar cara memanah terlebih dahulu.  Memanah adalah aktiviti yang baik bagi saya kerana sukan ini memerlukan fokus yang tinggi.  Saya tak pasti mengenai saranan Nabi Muhammad S.A.W. yang meminta umatnya mengajar anak menunggang kuda, memanah dan berenang kerana ada yang katakan hadis tersebut palsu.  Walau bagaimanapun, pendapat saya pandang dan ambillah kebaikan sukan ini dari sudut positifnya.  Wallahualam.














Menurut penjaga tempat memanah ini, peralatan memanah yang ada ni tak sesuai untuk kanak-kanak.  Makanya, 10 anak panah tu semuanya abah Hakim yang habiskan.























Masing-masing ambil peluang pegang dan cuba untuk memanah.  Khadija cuba dahulu.























Hero kecil pun nak cuba.























Besar alat memanah dari Harraz.























Budak yang tak rela tapi kena paksa juga pegang alat memanah sebab nak bergambar.



Abah Hakim yang tak ada masalah untuk memanah sebab dia menembak pun pakar.  Yelah, orang ada lesen senjata apilah katakan.















Gaya kena lebih.  Padahal, nak tarik pacu memanah pun susah.














Hasil panahan sang arjuna.














Terbaik bagi saya.















Lebih kurang pukul 9.30 pagi kami ke kawasan kandang kuda semula.  Masa ni pun sebenarnya kuda belum 'ready'.  Orang yang menunggu pula makin ramai.  Tapi mujur kami diberi giliran orang yang mula-mula menunggang kuda.























Mereka yang teruja nak naik kuda.  Khairin Fatihah memang tak 'sporting' sebab bila je nampak kuda terus cakap, "adik tak nak ye naik kuda".  Tapi kalau diikutkan pun kuda tu boleh naik tak lebih daripada 2 orang.  Mujur Khairin mengalah awal lagi. 

 
Harraz paling teruja.  Khadija biasa je sebab dah beberapakali naik kuda.























Satu pusingan je jalan kuda ni. 























Jalan pula boleh tahan lajunya.  Budak yang pegang kuda ni pun nampak saja je nak laju-laju bila nampak makin ramai yang datang nak naik kuda.  Kalau ikutkan ada 3 ekor kuda kat situ, tapi cuma seekor kuda je yang dikeluarkan dari kandang pagi tu.























Nak ambil gambar pun susah sebenarnya.  Sebab kuda ni laju sangat jalannya.


















Si comel Harraz yang teruja.














Sebelum keluar dari The Paddock, kami bergambar banyak-banyak kat situ.














Cantikkan pemandangan kat sini.


Inilah kenangan kami.














Terima kasih sayang sebab bawa ke sini.  Walaupun tak berapa nak 'best' tapi mama hargainya.














Superhero Harraz.


Kami yang 'happy'.






Thursday, April 6, 2017

Fraser Hill ~ Part 5 @ Apa Ada Dengan Fraser Hill

Kepada yang sukakan ketenangan, bolehlah ke Fraser Hill.  Sebab di Fraser Hill ni yang ada hanya keindahan dan kehijauan alam.  Suasana yang nyaman, redup dan sejuk juga antara tarikan di sini.
























































Fraser Hill ~ Part 4 @ Pagi Di Atas Bukit

Seawal jam 7.30 pagi, kami dah keluar bilik bagi menikmati 'breakfast'.  'Breakfast' untuk kami berdua dah termasuk di dalam pakej bilik.  Walau bagaimanapun, caj tambahan dikenakan untuk Khadija dan Khairin iaitu dalam RM15.00 untuk sekepala.














Bercuti di Fraser Hill ni tak memerlukan bawa baju berbeg-beg sebab dah tentu baju tak kotor dan hanya pakai 'sweater' je. 













Pilihan makanan di hotel  ni kalau dibandingkan dengan hotel-hotel lain yang kami pergi adalah agak kurang.  Tapi masih ada kepelbagaiannya.  Ada bijiran, buah-buahan, nasi, kuetiau goreng, bubur nasi, salad dan roti bakar.  Cuma yang nampak kurang sebab tak ada pilihan 'pastry', puding atau kek.  Yang lain-lain tu kira dah ok dengan harga yang dikenakan.













Khadija dan Khairin dengan bijiran dan susu.  Harraz pula bila dapat sosej, sudu dan garfu dah boleh buat dia duduk diam.  Benda yang paling dia suka di meja makan ialah sudu dan garfu.  Sebab itulah, mulut kami kalau makan tak berhenti cakap sebab sibuk mengawasi Harraz.  Takut kalau-kalau tercucuk garfu.














Rasa macam kurang sesuatu sebab tak ada telur separuh masak dan telur dadar seperti di hotel yang pernah kami pergi sebelum ini.














Khadija tak tahu nak makan apa lagi barangkali.


Muka kekenyangan.


Harraz dengan buah tembikai.  Buah tembikai salah satu kegemaran dia.















Kami duduk betul-betul dekat dengan pintu yang dibuka menghala ke taman.  Harraz bila dah puas makan, mulalah meronta-ronta nak keluar.














Main dekat dengan pintu.














Akhirnya, dia dapat juga keluar main kat taman dengan diawasi abah Hakim.  Mama dan kakak-kakak masih sambung makan.














Khairin yang 'join' sekali sebab dah kenyang.























Budak tak tahu duduk diam.














Rupa-rupanya masa ni dia tengah 'mengeram'.














Khairin si budak becok.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...